#TurkiAndalus: Green Tour Cappadocia

Niat di hati mahu ke Sunset Point yang jaraknya 700m dari hostel kami tapi terpaksa dilupakan saja, risau juga terkejar-kejar untuk Green Tour hari ini. Pukul 9 pagi kami pun sarapan, MashaAllah berbagai-bagai. Memang menyelerakan! 10 bintang.

9:30 pagi, seperti yang dijanjikan van kami pun sampai. Alhamdulillah, kami pun memulakan perjalanan Green Tour kami hari ini bersama tour guide, Osman dan pemandu van, Ahmet.


Destinasi 1: Pigeon Valley

Disebabkan angin kencang, maka hari ini tiada belon udara panas yang dinaikkan. Kami juga seperti boleh terbang melayang dibawa angin. Sungguh kencang! Dikatakan di sini dibuat banyak rumah burung merpati sebab zaman dulu burung merpati sangat penting kegunaannya iaitu menyampaikan mesej. 


Destinasi 2: Derinkuyu Underground City

MashaAllah! Struktur bangunan bawah tanah yang hebat, yang tidak terbayang dek akal saya sebelum ke tempat ini. Pencerahan daripada Osman sangat mendalam, seolah-olah kita dapat menghayati kisah zaman dahulu. Menarik! Saya suka! 


Destinasi 3: Nar Lake

Nar bermaksud buah delima. Air di tasik ini panas walaupun pada ketika musim sejuk. Cantik sangat pemandangan di sini. Di sini, ada 3 ekor anjing besar, memang kecut perut kami berempat. 


Destinasi 4: Belisirma

Di sini kami berhenti makan dan solat. Makanan ditanggung ya, air bayar sendiri. Berlaku adegan dikejar anjing ya di sini, fuh sangat memalukan. Apa-apa pun, tempatnya cantik sangat. Untuk ke sini, pemandu memberhentikan kami di suatu tempat. Jalan-jalan di sini sangat cerun ya, sangat mendebarkan melihat pemandu kami memandu dengan kelajuan yang laju sambil melalui cerun dan jalan yang sempit itu. Kemudian, kami turun dan fuyoo! Ibarat "into the unknownnnn~~~". Kami berjalan mengikut arus sungai, melintasi batang-batang kayu yang licin, panjat sana, panjat sini, barulah sampai di restoran tersebut. 


Destinasi 5: Selime

Di sini, sangat mencabar sehinggakan saya terkedu! Batu-batu yang saya nampak atas bukit itu, bisik dalam hati, "Fuh, hebatnya orang ukir-ukir di batuan atas tu. Macam manalah diorang panjat, ukir, duduk atas tu."

Sekali, kami semua diajak panjat bukit yang tinggi itu! MashaAllah! Tak tahu nak cakap apa, hari ini kerja kami memang panjat sana, panjat sini, turun sana, turun sini, mencabar! Saya sememangnya tidak menyangka kami akan seekstrem ini pada hari ini. Kaki dah menggeletar. Melihatkan orang lain pun bersemangat, kami pun ikut semangat sekali. 

Dah sampai atas bukit, MashaAllah, tak sangka :') berbaloi gais ambil Green Tour ni, memang mencabar! Saya bagitahu Dayana, "Hari ini saya buat perkara di luar comfort zone saya."

Fuh! 

Memang, saya buat perkara yang saya tak terfikirkan pun. Nak panjat sana, panjat sini, kaki menggeletar, badan dah penat, faham tak! Kita rasa nak nangis, nak give up tapi kena juga teruskan sebab takkan kita nak tertinggal seorang diri dekat belakang? Kenapa semua orang boleh buat tapi kita nak berundur? Maka, siapa yang tidak bersedia sekarang, kan? 

Maka, apa yang saya buat?

Teruskan saja! 

Serius! 

Teruskan saja, tak payah pikir banyak. Tak payah toleh belakang. Tak payah nak ikutkan sangat rasa hati. Sebab, segala kepayahan dekat depan, akan ada bantuan, akan ada nasihat, akan ada yang memimpin. Bukannya orang lain tinggalkan kita, bukannya orang lain akan mengejek kita, bukannya orang lain akan memandang rendah terhadap kita -- malah mereka yang memberi semangat, mereka yang menarik tangan kita, mereka yang memimpin tangan kita.

Sama juga dalam jalan dakwah, jangan takut untuk bergerak ke hadapan dek overthinking, dek bebanan, dek segala alasan --- tapi jalan terus! Yakinlah, akan ada jalan yang dibuka di depan. Jalan kita tak akan sama dengan orang lain tapi teruskan langkah! 


Destinasi akhir: Kedai Cenderahati di Goreme

Kami singgah di kedai cenderahati dan kami jugalah yang membeli belah. Saya dan Dayana membeli kekacang untuk dibawa pulang ke Malaysia. Murah juga. Tak mahal sangat. Bak kata orang sekarang, mur mur saja. 

Kami dihantar sehingga ke depan pintu hostel oleh tour guide kami hari ini. Alhamdullillah, ohsem! 

Malam itu, kami makan malam di restoran Seckin juga. Usai makan malam, kemas barang, tidur awal sebab pukul 3 pagi nanti dah nak gerak ke Kayseri Erkilet Airport.


Comments

Popular posts from this blog

Cara Bayar Bil Elektrik dan Bil Air Online: myTNB, PahangGo

Cara Mati Setem di LHDN UTC

Cara Bayar Bil Telefon Rumah Online