Posts

Showing posts from April, 2017

Yuyuantan Park: Beijing Spring 2017

Image
Bermula semester baru kali ini, semester kedua tahun pertama, aku merasakan masa begitu pantas berlalu. Manakan tidak, terasa baru sahaja mendarat di bumi Tembok Besar ini pada tahun 2015, pejam celik pejam celik sudah pun tahun 2017.


   Apa lainnya kali ini? 


   Jika mahu diulas tentang sesi pembelajaran; sudah tentu semakin meningkat tahapnya. Sebagai contoh, kalau dulu hanya bermula dengan sekadar belajar dua subjek, kini sudah menjangkau lima subjek dan lebih. Bukan hanya belajar sahaja, setiap minggu kami juga perlu rasa pengalaman mengajar rakan-rakan sekelas sebagai latihan untuk menjadi seorang guru kelak. Usai mengajar, setiap kekurangan kami akan diperbaiki, diperbetulkan serta ditambah baik oleh para pensyarah kami. Yang pasti, kami mengajar dalam bahasa Mandarin. 


   Selain daripada pembelajaran, kehidupan seharian di bumi Beijing juga semakin hari semakin nampak perbezaannya. Semakin banyak pembangunan di bumi Beijing, bangunan dirobohkan untuk membina bangunan yang lebih…