Posts

Showing posts with the label Tips

Tukar dari Celcom ke Umobile

Image
Assalamualaikum WBT Bekerja sebagai guru yang kadang perlu berkursus, mesyuarat ke sana sini, kadang ada tempat tidak ada kemudahan Wifi.  Jadi, selama ini saya bertahan dengan Celcom, tetapi kuota Hotspot yang ada tidak mencukupi. Setelah berfikir panjang, saya sudah nekad untuk bertukar kepada line Umobile. Pakej yang lagi menarik dan  memberi manfaat. Namun, saya tidak mahu menggunakan nombor telefon baru. Jadi, saya telah ke Service Center UMobile di bandar Kuantan untuk servis Mobile Number Portability (MNP) , kiranya saya ingin mengekalkan nombor lama. Jadi, saya ke Umobile Kuantan Sentral, dan sepantas kilas, selesai. Langkah-langkah: 1. Pergi ke mana-mana Umobile Authorized Seller, boleh cari Umobile Store Locator. 2. Bawa IC. Jumpa seller .  3. Nanti seller akan daftarkan, dan akan beri simkad baru & bayar. Selesai! 4. Kemudian, kita tunggu sahaja mesej daripada telco asal untuk Port Out. Ikut langkah yang dinyatakan. Keluarkan simkad lama, masukkan yang baru...

Cara Menjejaki Telefon Bimbit atau Tablet Android Yang Hilang

Image
Hai assalamualaikum wbt! Hari ini saya nak kongsikan kepada anda semua, satu cara yang pastinya dapat melegakan hati yang gundah mencari telefon/tablet kita yang tertinggal atau hilang atau tercicir. Langkah-langkah ini juga saya dapatkan jawapan dari internet:  How to Locate or Track an Infinix Xpad (klik sini).  Jadi, jom kita ambil tahu Cara Menjejaki Telefon Bimbit atau Tablet Android Yang Hilang. Sebelum apa-apa buruk berlaku kepada tablet/telefon, kita perlulah ingat dan lalukan beberapa perkara. 1) Tablet/telefon mestilah sync dengan Google account kita.  2) Tablet mesti connect dengan internet. Jadi, dua hari telefon saya tertinggal di kawasan sekolah. Disebabkan saya cari-cari geledah tak jumpa, saya pun menggunakan cara yang moden ini. 1) Saya pergi pada pautan ini: Find My Device (klik sini) 2) Pada pautan ini akan auto cari device kita yang sedia sync dengan Google Account kita. Maka, keluarlah nama tablet Infinix Xpad saya. 3) Jadi, saya pun pergi ke lokasi y...

Nak Buat Apa Selepas SPM?

Image
Nak Buat Apa Selepas SPM? Saya pernah berkongsi satu entri Buat Apa Selepas SPM . Ramai rakan-rakan serta anak-anak yang tercari-cari hala tuju selepas SPM. Sama juga seperti saya, tamat saja SPM 2014, saya juga tercari-cari, apakah yang perlu saya lakukan selepas SPM ini? Kali ini, saya menulis sebagai seorang guru. Akhirnya, setelah 9 tahun entri itu ditulis, saya akan menulis pula beberapa perkara yang anda boleh lakukan selepas SPM daripada POV seorang guru. Pertama, rehat. Rehatkan sebentar minda dan fizikal setelah anda berhempas pulas mengorbankan masa, tenaga dan usaha untuk menghadapi salah satu peperiksaan terbesar dalam hidup iaitu SPM. Tahniah saya ucapkan atas usaha anda yang telah berhempas pulas untuk menikmati perjalanan menuntut ilmu. Syabas anakanda! Rehat dahulu, sentiasa berdoa agar hati pemeriksa lembut ketika menanda, menanda dalam keaadaan yang tenang serta memohon agar Yang Maha Esa melapangkan dada atas segala apa jua keputusan yang Dia beri. Kedua, tahu minat ...

Tip Menyimpan Duit Gaji dan Duit Raya untuk Beginner

Image
Assalamualaikum WBT,  Selamat Hari Raya 🌙  Sudah 3 Syawal 1444H, Alhamdulillah Allah beri kita peluang untuk bertemu dengan Ramadan & akhirnya menyambut kemenangan di bulan Syawal pula. Terdetik pula saya ingin berkongsi dengan para pembaca tentang satu tip yang sangat ohsem tetapi tak ramai yang tahu dan ingin praktikkan iaitu Tip Menyimpan Duit Gaji dan Duit Raya untuk Beginner 😬  Hah, tip ini sebenarnya sudah sangat banyak dikongsikan oleh ahli-ahli kewangan di pelbagai platform media sosial tapi saya ingin juga berkongsi ringkasan dapatan daripada tip mereka semua. Dulu-dulu, saya tidak tahu di mana, bila, dengan siapa saya mahu belajar tip kewangan ini. Saya kira orang zaman sekarang sangat bertuah kerana dengan adanya media sosial yang senang diakses, kita mudah untuk belajar dan mendapatkan info tentang satu-satu perkara dengan cepat dan berguna.  Baiklah, tip ini saya kongsikan daripada perkongsian di YouTube Dr Adam Zubir (klik sini) , yang menjadi as...

Cara Tamatkan Perkhidmatan Telefon Rumah Secara Atas Talian

Image
Assalamualaikum WBT Sebelum ini saya pernah berkongsi cara untuk membayar bil telefon rumah di aplikasi MyUnifi  kali ini saya ingin berkongsi satu cara terkini untuk menamatkan talian telefon rumah . Hal ini disebabkan Tok Abah saya sudah tidak menggunakan telefon rumah itu lagi. Mudah saja caranya, saya hanya berurusan dengan pihak Unifi melalui e-mel sahaja. PROSEDUR UNIFI Berikut adalah prosedur penamatan yang diberitahu oleh pihak Unifi kepada saya: Adalah dimaklumkan bahawa kami kini melaksanakan polisi penamatan akaun dalam tempoh 30 hari. Dibawah polisi ini, para pelanggan dikehendaki untuk menyetujui memberikan notis 30 hari penamatan akaun dan membuat bayaran bagi tunggakan bil dan caj penggunaan dalam tempoh 14 hari selepas notis diberikan. Pihak pemprosesan akan menamatkan perkhidmatan pada hari ke 28 hingga ke hari 30 daripada tempoh notis jika tiada tunggakkan bil. Jadi, sebelum anda hendak menamatkan perkhidmatan, anda hendaklah menyelesaikan bil telefon yang tertu...

Review: Sunscreen Beauty of Joseon

Image
  Assalamualaikum wbt!  Hah, jarang sekali nak share hasil skincare cuma kali ini rasa nak share juga sebab result dia betul-betul ohsem! Saya beli sunscreen ini di Tiktok Shop dengan harga promosi RM35/50ml. Pertama kali saya gunakan produk ini, terus jatuh hati!  Teksturnya nampak pekat tapi tidak meninggalkan rasa berminyak di muka malah terus meresap dalam kulit. Kulit terasa lembab dan selesa di muka. Tidak seperti sebelum ini, saya memang pengguna sunscreen Biore kerana kulit saya kering ketika belajar di Beijing. Cuaca yang kering, menjadikan muka berasa sedikit ketat dan flaky menjadikan sunscreen Biore UV Watery Essence memang favorite saya sepanjang zaman belajar. Pulang saja ke Malaysia, saya masih tidak menjumpai sunscreen yang betul-betul sesuai dengan kulit. Cuaca Malaysia yang lembab dan panas ini, serta alergik turut menambahkan masalah pada kulit muka saya. Akhirnya saya bertekad untuk mencuba produk ini dan hasilnya sangatlah ohsem! Muka saya jeni...

Cara Bayar Kompaun MBK dengan PahangGo

Image
Kredit: Majlis Daerah Jerantut Assalamualaikum WBT! Teringat pula 4 Ogos yang lepas, kereta kena kompaun RM30 sebab tak bayar parkir kereta. Wah, boleh pula selama ni bayar je parkir di bandar raya Kuantan ni, nak dijadikan cerita, 4 Ogos 2022 tu boleh pula tak bayar parkir di sekitar Kolej Widad tersebut. Dah terselit kompaun dekat wiper kereta. Untuk kompaun di bandar raya Kuantan ini, boleh terus bayar di apps PahangGo . Tidak perlu bersusah-payah cari tempat untuk bayar kompaun. Esoknya terus saya bayar kompaun yang berjumlah RM30 di apps tersebut.  Hanya masukkan maklumat yang diperlukan dan selesailah pembayaran kompaun tersebut.  Aduhai.  Ingat!  Selesaikan kompaun tak lebih daripada tempoh sebulan, kalau tidak, nilai kompaun semakin bertambah. Jika nak bayar waktu promosi pun boleh, boleh check announcements oleh Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) di Facebook page mereka. Kadang-kadang mereka buka booth di pasar tani, pasar malam atau mana-mana event yang berl...

Cara Perbaharui Lesen Secara Atas Talian (Renew License Online)

Image
Assalamualaikum WBT. Hari ini saya nak berkongsi cara-cara untuk kita perbaharui lesen tanpa perlu ke kaunter! Sangat mudah. Hanya perbaharui lesen memandu secara atas talian sahaja! Langkah 1 Layari laman web Lesen2u (klik sini) . Kemudian, anda akan nampak paparan seperti gambar di bawah: Langkah 2 Klik pada butang "Perbaharui Lesen Memandu". Kemudian, isi semua maklumat dengan betul dan tepat, dan klik "Hantar Permohonan dan Buat Bayaran." Mudah saja, kan? Kadar Bayaran Seperti yang dinyatakan dalam gambar di bawah, kadar bayaran untuk setahun ialah RM100, 2 tahun sebanyak RM155 dan paling maksimum 5 tahun ialah RM290. Beza harga promosi dengan harga asal!

Cara Tukar Kad Debit Maybank di Maybank2U

Image
Assalamualaikum WBT Saya nak kongsi cara yang paling senang nak ganti kad debit Maybank secara atas talian sahaja! Kad debit Maybank saya luput pada tarikh 31/01/2022, jadi saya dapat mesej daripada Maybank pada awal bulan untuk tukar kad debit.  Jadi, kita ada dua pilihan nak tukar kad tersebut, sama ada secara atas talian (Maybank2U) atau pergi saja ke mana-mana cawangan Maybank. Saya memilih untuk menukar kad tersebut di laman web Maybank2U sahaja! Caranya mudah saja, hanya ikut saja arahan pada pautan ini: Cara Tukar Kad Maybank di Maybank2U . Satu-persatu langkah diajar untuk kita buat sendiri. Yang penting, kad dapat ditukar secara percuma! Namun begitu, perlu untuk kita tahu, jumlah wang sebanyak RM12 akan dipotong terlebih dahulu. Kemudian, saya menunggu lebih kurang 14 hari (termasuk hari cuti) untuk dapatkan kad baru yang dipos terus ke alamat rumah kita. Setelah saya aktifkan semula kad debit baru saya itu, beberapa hari kemudian saya dapat semula wang RM12 tersebut....

Slidesgo: Lubuk Template Pembentangan Cantik-Cantik!

Image
Assalamualaikum WBT Kali ini saya ingin berkongsi tentang satu tips yang sangat menarik dan boleh diguna pakai oleh para pelajar dan para guru dalam membuat pembentangan. Apakah tips itu? Nah, jawapannya ialah membuat pembentangan menggunakan template pembentangan yang sangat comel, cantik dan menarik! Terdapat banyak tema, warna dan jenis template yang boleh dipilih. Yang menariknya, kebanyakannya adalah PERCUMA ! Tinggal untuk kita explore dan edit  mengikut citarasa sendiri. Jadi, di bawah saya akan berkongsi satu laman web yang menjadi lubuk saya mencari template yang lawa. Slidesgo   Slidesgo merupakan laman web kegemaran saya! Sudah banyak template telah saya gunakan untuk pembentangan dan ketika praktikum.  J ika kita klik pada Powerpoint , ia akan automatik dimuat turun dalam komputer riba kita. Jadi, kita boleh edit ketika di luar talian. Namun, jika kita klik pada Google Slides, kita boleh edit secara atas talian. Nah, ini part kegemaran saya. Edit Power...

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) Online?

Image
 PBS Online ? Selepas berhempas-pulas belajar dan menghadam segala teori, maka bermulalah episod untuk mendekati dan memahami keadaan, budaya dan warga sekolah. Namun, dek pandemik Covid-19 ini, maka sekolah terpaksa ditutup dan saya serta rakan-rakan perlu menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) selama dua minggu secara atas talian.  Jadi, syarat utama untuk PBS kami adalah sekolah kebangsaan yang mempunyai opsyen Bahasa Cina. Setelah menghubungi beberapa buah sekolah di Kuantan, rezeki tidak berpihak kepada kami untuk ke sekolah yang mempunyai opsyen Bahasa Cina. Akhirnya, Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota Utama (SKIMU) menjadi tempat saya dan rakan partner  untuk menjalani PBS di situ, dengan syarat kami perlu berada dalam kelas bahasa kedua seperti Bahasa Inggeris atau Bahasa Arab. Hari pertama kami disambut dengan penuh ramah oleh GPK Pentadbiran, Pn Fatma. Minggu pertama kami cuba menyelesaikan portfolio dan berbincang dengan guru pembimbing untuk aktiviti mi...

Cara Bayar Parking Kereta di Kuantan Menggunakan Aplikasi PahangGo

Image
Saya antara orang yang selalu juga ke bandar dan semestinya hendaklah membayar parking kereta sekiranya parking di mana-mana tempat di bawah Majlis Bandar Raya Kuantan. Sebelum ini saya beli terus sebuku kupon parking kereta di pondok-pondok MBK tetapi kini saya membayar parking dengan menggunakan aplikasi PahangGo.   1) Boleh muat turun PahangGo di Apple Store atau Google Play Store dalam telefon bimbit anda! Pastikan logo seperti gambar di bawah ini! 2) Kemudian, nampak tak "Park" di situ, klik saja di situ.  3) Setelah klik "Park", anda akan lihat paparan seperti gambar di bawah. Saya ada bulatkan dua perkara iaitu "Passes" dan "Fil". Kalau anda klik "Passes", ada 3 pilihan passes yang anda boleh beli. Saya tidak membeli "Passes" kerana saya hanya akan ke bandar sekiranya ada urusan. Lainlah kalau mungkin orang yang bekerja di bandar atau sering kali perlu ke bandar, berbaloilah untuk beli "Passes".  Jadi, ...

Cara Pos Barang Menggunakan Pgeon dari Rumah Sahaja!

Image
Musim pandemik sekarang memang menguji tahap kemampuan dan kesabaran semua orang. Semua orang terjejas dan diuji dengan ujian yang berbeza. Benarlah, hanya Allah sebaik-baik tempat meminta pertolongan. Semoga kita dilapangkan dada dan sentiasa bergantung harap kepada Allah.  Jadi, ramai juga beralih kepada berbisnes, membuat bisnes dengan ruang dan peluang yang ada. Urusan untuk pos barang pun semakin ditambah baik dan mempunyai banyak pilihan. Sebelum ini saya pernah menulis entri cara untuk pos barang dengan mendaftar di laman web Easy Parcel (boleh klik di sini) . Kini, saya ingin berkongsi cara-cara untuk pos barang di dua laman web lain iaitu Pgeon .  1) Kenapa saya pernah menggunakan perkhidmatan ini? Bukankah Pgeon juga turut ada dalam sistem Easy Parcel? Ha, ini adalah kerana Easy Parcel memerlukan kita untuk topup paling sikit RM20, tetapi barang yang saya hendak hantar tidak sampai RM20 caj pengeposannya. Jadi, saya cuba memikirkan cara lain untuk pos barang dengan ...

COVID-19: Thesis Defense Online, Luar Biasa!

Image

COVID-19: Online Class, Buat Thesis Dekat Rumah?

Image
Assalamualaikum WBT Hari ini 31 Mac 2020, sudah tiga bulan kita mengharungi tahun 2020 yang penuh dengan cabaran, bukan hanya kepada seorang dua malah seluruh manusia di atas muka bumi ini. Alhamdulillah, masih bernafas dan banyak kewajipan yang perlu kita buat. COVID-19 Di sana, di sini banyak kita dapat baca tentang info, statistik, perkembangan COVID-19 di seluruh dunia. Jadi, virus yang tidak diundang ini, datang dan menyerang. Maka, pada awal episod virus ini muncul, ramai juga yang menuding jari, yang berlepas diri, yang duduk di bawah tempurung sendiri dan akhirnya virus ini menjadi pandemik, tiada siapa yang terkecuali. Maka, kita sebagai seorang hamba Tuhan, seorang rakyat, seorang yang hidup di dalam komuniti masyarakat yang pelbagai, seorang anak, seorang pelajar; kita wajib memberi kerjasama dan saling cakna serta empati. Ujian ini mengajar kita untuk pupuk erti kesabaran, erti kerjasama, erti empati, erti kebergantungan kepada Allah. 我们一起加油吧! KELAS ONLINE ...

Cara Bayar Bil Elektrik dan Bil Air Online: myTNB, PahangGo

Image
Assalamualaikum WBT Salam Ramadan! Ramadan Kareem, Alhamdulillah kita dah masuk fasa kedua bulan Ramadan tahun ini. Sungguh bermakna dan tidak disangka-sangka begini realitinya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu, maka sebagai seorang yang percaya kepada-Nya, kita mesti bersabar dan bersyukur kerana itulah perkara terbaik untuk kita amalkan sepanjang tempoh PKP ini, pada musim virus ganas ini. Jadi, sepanjang tempoh menjaga nenek di kampung serta tempoh PKP ini, saya telah explore sesuatu di luar perkara kebiasaan yang selalu saya lakukan. Jadi, berbekalkan dengan sedikit ilmu ini, saya ingin berkongsi dengan anda beberapa cara mudah untuk kita tolong bayarkan bil letrik untuk atok nenek mak abah kita di kampung. CARA BAYAR BIL ELEKTRIK Pertama, muat turun aplikasi myTNB . Daftar akaun dan klik pada Tambah Akaun. Kemudian, masukkan No Akaun bil elektrik serta kad pengenalan. Tara! Terus keluar bil elektrik atok kita. Sumber: Google Jika tidak mahu m...

Cara Pos Barang Dari Rumah Menggunakan Easy Parcel

Image
Assalamualaikum WBT Hari ini saya nak kongsikan dengan anda cara menggunakan Easy Parcel . Kenapa perlu guna Easy Parcel ? Bagi peniaga online , cara ini sangat mudah! Kita tidak perlu pergi ke pejabat pos membawa barangan kita yang banyak itu, hanya dengan sistem atas talian, courier akan datang ke rumah dan mengambil barang kita. Caranya begini: 1. Daftar akaun Easy Parcel , percuma saja! 2. Klik "Top up". Top up kredit akaun kita, paling sikit RM 20. Top up via Maybank2u ke CIMB Clicks ke atau mana-mana akaun bank kita. 3. Untuk menghantar parcel, tengok belah kiri, klik "Send Parcel". Kemudian, klik "Single Parcel" (kalau nak hantar satu). Tengok gambar dekat bawah ni. 4. Kemudian, masukkan poskod pelanggan. Kemudian, isi maklumat pelanggan ya. Mudah! Yang penting, kena tahu berat barang yang ingin dipos tu, sebab harga berdasarkan berat barang. Makin banyak kita top up, 1 kg boleh jatuh harga RM 5.  BUNGKUS BARANG Okay, mac...