Review: Sunscreen Beauty of Joseon


 

Assalamualaikum wbt! 

Hah, jarang sekali nak share hasil skincare cuma kali ini rasa nak share juga sebab result dia betul-betul ohsem! Saya beli sunscreen ini di Tiktok Shop dengan harga promosi RM35/50ml. Pertama kali saya gunakan produk ini, terus jatuh hati! 

Teksturnya nampak pekat tapi tidak meninggalkan rasa berminyak di muka malah terus meresap dalam kulit. Kulit terasa lembab dan selesa di muka. Tidak seperti sebelum ini, saya memang pengguna sunscreen Biore kerana kulit saya kering ketika belajar di Beijing. Cuaca yang kering, menjadikan muka berasa sedikit ketat dan flaky menjadikan sunscreen Biore UV Watery Essence memang favorite saya sepanjang zaman belajar.

Pulang saja ke Malaysia, saya masih tidak menjumpai sunscreen yang betul-betul sesuai dengan kulit. Cuaca Malaysia yang lembab dan panas ini, serta alergik turut menambahkan masalah pada kulit muka saya. Akhirnya saya bertekad untuk mencuba produk ini dan hasilnya sangatlah ohsem!

Muka saya jenis oily-combo skin. Jerawat pada muka saya semakin berkurang, tidaklah seteruk dulu dan yang penting muka tidak berasa berminyak langsung! Ketika cuaca panas lit-lit pun, selepas reapply sunscreen pun membuatkan kulit saya lembab sentiasa. Ini ciri-ciri yang best, tidak berasa berminyak di muka.

Yang menjadikan muka lagi lembab adalah dengan penggunaan moisturiser yang sesuai! Siapa sangka, moisturiser lokal menjadi pelembab muka yang sesuai dengan muka saya. 

Comments

Popular posts from this blog

Cara Bayar Bil Elektrik dan Bil Air Online: myTNB, PahangGo

Cara Mati Setem di LHDN UTC

Cara Bayar Bil Telefon Rumah Online