Posts

Showing posts with the label skin care

Review: Sunscreen Beauty of Joseon

Image
  Assalamualaikum wbt!  Hah, jarang sekali nak share hasil skincare cuma kali ini rasa nak share juga sebab result dia betul-betul ohsem! Saya beli sunscreen ini di Tiktok Shop dengan harga promosi RM35/50ml. Pertama kali saya gunakan produk ini, terus jatuh hati!  Teksturnya nampak pekat tapi tidak meninggalkan rasa berminyak di muka malah terus meresap dalam kulit. Kulit terasa lembab dan selesa di muka. Tidak seperti sebelum ini, saya memang pengguna sunscreen Biore kerana kulit saya kering ketika belajar di Beijing. Cuaca yang kering, menjadikan muka berasa sedikit ketat dan flaky menjadikan sunscreen Biore UV Watery Essence memang favorite saya sepanjang zaman belajar. Pulang saja ke Malaysia, saya masih tidak menjumpai sunscreen yang betul-betul sesuai dengan kulit. Cuaca Malaysia yang lembab dan panas ini, serta alergik turut menambahkan masalah pada kulit muka saya. Akhirnya saya bertekad untuk mencuba produk ini dan hasilnya sangatlah ohsem! Muka saya jeni...

Review: Rosken Sensitive Cream

Image
Sumber: Google Assalamualaikum WBT Hari ini saya nak review tentang Rosken Dry to Extra Dry Skin Cream, warna biru gelap seperti dalam gambar di atas.  Okay, masalah utama saya ialah kulit kering. Lagi-lagi ketika belajar di Beijng, badan rasa gatal-gatal sebab kulit kering. Saya sudah cuba banyak losyen untuk lembabkan kulit. Awalnya saya beli losyen  Vaseline, losyennya melembabkan kulit cuma saya tak berapa suka tekstur losyen yang lambat menyerap ke dalam kulit. Bila sapu di atas badan, terasa losyen tu di atas badan lagi, sapu nipis-nipis pun ada rasa minyak-minyak, lama-lama saya berasa rimas. Lagi-lagi bila kita rushing nak ke kelas atau nak cepat-cepat keluar, jadi losyen itu membuat rasa mood agak tidak aman. Seorang rakan saya mencadangkan losyen jenama Rosken ini. Itulah kali pertama saya dengar jenama Rosken. B alik Malaysia saya pun beli yang 75ml. Alhamdulillah, losyen ni memang melembabkan, sapu dekat atas badan, bahagian yang kering dah tak gatal, lem...

Review: Innisfree Lava Seawater Cream

Image
Assalamualaikum WBT. Sumber Google Fuh, jujurnya saya bukanlah orang yang pandai tulis review tapi hari ini just nak share Innisfree Lava Seawater Cream dah buat dekat kulit muka saya!  Ceritanya, waktu tu moisturiser habis dan nak beli barulah, of course tapi kulit saya jenis sensitif, jadi sangatlah takut nak guna mana-mana produk sesuka hati. Satu hari ni saya dengan kawan, Dayana pergi ke sebuah pusat beli-belah, masuk Innisfree dan keluar daripada Innisfree dengan satu barang iaitu Lava Seawater Cream. Produk ini bahan pertama yang perasan ialah ceramide , satu bahan yang bagus untuk pelembapan. Jadi, ambil keputusan beli dan cuba! Fuh! Tak murah yang pastinya tapi itulah bagi merawat kulit muka yang kering lagi menggerunkan dengan cuaca yang tak menentu dekat Beijing ni.  Oh ya produk ini kira untuk anti-aging effect, sebab susah nak dapatkan moisturiser yang elok untuk muka, jadi saya memang berani mati untuk cuba produk ini. Sebelum ni pernah cuba Inni...