Posts

Showing posts from August, 2017

Backpackers Trip to Hohhot, Inner Mongolia

Image
Day 1: 呼和浩特欢迎我们


Tiket: beli dekat app Ctrip. Kalau nak beli sini, tips untuk dapat harga yang betul-betul sama harga yang kita usha dekat laman web dia adalah dengansign up sebagai ahli Ctrip. Kalau tak, adalah caj lebih sikit. Ada banyak laman web untuk beli tiket-tiket kereta api, kapal terbang, boleh lah nak try, China kan, mesti banyak aplikasi. Contohnya macam Qunar, E-long etc.

 Hari kejadian, kami pergi stesen kereta api, tunjuk invoice bayaran dekat kaunter (tunjuk invoice dalam handphone, bagi je phone dekat abang kaunter) dan tunggu train. Kami naik kereta api di 北京西站 (Beijing West Railway Station). 
Penginapan: Kami book hotel siap-siap di Beijing terlebih dahulu dengan menggunakan app WeChat! Wah, sangat berguna, bukan? Satu malam, seorang spent lebih kurang 66 yuan. 





Kereta api: Fuh, kami beli jenis seat biasa ataupun dalam bahasa Cina ialah 硬座。Tempat duduk macam tempat duduk bas balik kampung dekat Malaysia. Boleh pilih banyak jenis, contohnya nak yang tempat berkatil ke, be…

Ramadan 2.0 di Beijing

Image
 Ramadhan tiba, marhaban ya Ramadhan, marhaban ya Ramadhan~ 
   Alhamdulillah, Ramadhan tiba lagi, Allah bagi nikmat untuk kita berpuasa, dapat berjumpa sekali lagi dengan bulan Ramadhan, yang penuh keberkatan. Hari ini sudah pun menjangkau 9 Ramadhan, ha sampai bulan Ramadhan terus ingat kalendar Hijrah #deep


   Semestinya, setiap kali Ramadhan tiba, pasti ada terlintas niat di hati masing-masing. Ada yang nak khatam Quran, ada yang nak menghafal Quran, ada yang nak bangun malam, ada yang nak istiqamah bersedeqah. Perbanyakkanlah niat, jitukan semangat, terus-menerus berdoa kepada Allah kerana kita sendiri tidak tahu bila waktunya Allah memakbulkan doa-doa kita, jadi teruskan meletakkan sepenuh pengharapan kepada Allah. InshaAllah.


   Jadi, apa cerita Ramadhan kali ini? Sekadar perkongsian bersama, perjalanan Ramadhan di bumi Beijing ini. Alhamdulillah, kali ini merupakan kali kedua saya berpuasa di bumi Beijing. Kami bersahur seawal jam 2:30 pagi sebab subuh dah mula pukul 3 pagi. Kemu…