Posts

Showing posts with the label #nanaeuropetrip

#NanaEuropeTrip: London

Image
TOUCHDOWN 26 Jan Sabtu:  Pukul 10:30 pagi kami keluar dari rumah dan naik bas Skylink 100 ke Edinburgh Airport. Flight kami pukul 1:45 petang. Selepas drop luggage, kami pun terbang ke London Luton dan mendarat dengan selamat pada pukul 3 petang, lebih kuranglah. Bob, host Airbnb kami di Enfield ambil kami di Luton Airport dan hanya dikenakan caj sebanyak £35.  Kalau nak naik pengangkutan awam, memang lama dan akan menyusahkan sedikit sebab lebih empat kali kena tukar, naik, tukar, naik. Kalau nak ambil teksi pula lebih kurang £50. Jadi, alang-alang Bob dah tawarkan teksinya, kami naik saja. Setengah jam kemudian kami sampai di apartment Bob. Alhamdulillah, selamat sampai dan oh ya, sebelum ke rumahnya kami singgah sekejap di Coop untuk beli spaghetti buat makan malam dan bekalan hari esok. Expenses : Print Easyjet: £3 Skylink 100: £9=RM 49.79 Teksi: £35 Coop: £4.51 Strawberi: £1.89  HARRY POTTER AND OXFORD TOUR 27 Jan Ahad : Hari ini pukul 8 pagi kam...

#NanaEuropeTrip: Edinburgh

Image
EDINBURGH 23 Jan Rabu : Pukul 10 pagi kami checked out dan naik bas 397 menuju ke Schipol Airport. Disebabkan tiket 24 jam kami sudah tidak valid , kami kena beli tiket dengan pemandu bas. Pembelian tiket di atas bas pun hanya menggunakan kad bank sahaja, cashless. Wang tunai tidak diterima. Pukul 2:50 petang, kami terbang dengan pesawat British Airways menuju ke London Gatwick. Pukul 5:40 petang, kami terbang pula ke Edinburgh. Sampai tersesat dekat Gatwick Airport, mula-mula ke North Terminal, salah pula. Patah balik ke South Terminal. Selepas menunggu dalam setengah jam, kami akhirnya bisa terbang. Oh ya, tadi sewaktu pemeriksaan kastam, banyak soalan yang ditanya. Alhamdulillah, lancar. Sewaktu security check pula agak strict sebab segala jenis cecair kena letak di dalam plastik yang disediakan awal-awal sebelum masuk ke kaunter pemeriksaan keselamatan. Alhamdulillah pukul 7:05 petang kami tiba di Edinburgh Airport. Kemudian, kami beli tiket bas Skylink...

#NanaEuropeTrip: Paris

Image
PARIS 20 Jan Ahad: Kami checked out Marghera House pada pukul 6 pagi dan berjalan kaki ke stesen kereta api Roma Termini. Kemudian, Dayana beli tiket kereta api untuk ke Fiumicino Airport. Agak kelam-kabut sedikit sebab kami tak beli tiket train dari Roma Termini ke Fiumicno Airport awal-awal. Alhamdulillah, Dayana beli tiket dekat kedai runcit, validate tiket dan dapat naik train pukul 6:35 am. Sampai di airport, terus drop luggage, security check dan Alhamdulillah boleh rehat sekejap sebelum naik flight. Pukul 12 tengah hari, kami sampai di Paris Orly Airport. Naik Orlyval, tukar line sampailah di stesen berdekatan di hotel dan berjalan kaki ke hotel. Selepas check in kami keluar cari makan. Lapar woi! Kami berjalan kaki ke restoran Shaazan, recommended sebab harga dia ohsem, tak mahal sangat, portion makanan memuaskan. Usai makan, kami cari supermarket untuk beli roti dan air mineral buat sarapan esok. Kebanyakan roti buku yang dijual di Paris semuanya mengandungi alkoho...

#NanaEuropeTrip: Amsterdam

Image
AMSTERDAM 22 Jan Selasa: Malam semalam kami naik Flixbus dari Paris Bercy Seine ke Amsterdam Sloterdijk, sampai di Amsterdam lebih kurang pukul 5 pagi. Kemudian, pukul 6:45 pagi kami naik Sprinter (kereta api) dari Amsterdam Sloterdijk ke Amsterdam Central. Di Amsterdam, nak beli tiket transport di vending machine tak boleh guna cash , hanya kad bank saja. Jadi, untuk beli tiket Sprinter , saya beli di app NS secara online , murah 1 EU, jimatlah sikit. Kemudian, kami santai sekejap dekat kedai Albert Heijn, kira macam kedai runcitlah. Kami beli secawan kopi dan secawan warme chocomel untuk menghangatkan jari-jemari yang dah membeku. Sejuk sangat dekat luar, -3 Celcius, dijangka turun salji hari ini. Tak sanggup nak duduk dekat luar. Selepas itu, kami beli tiket GVB 24 hrs untuk naik transport dekat Amsterdam ni, kami beli di Amsterdam Central. Caranya adalah cari saja vending machine public transport, pilih jenis tiket sama ada 90 mins, 24 hrs, day pass dsb. Ingat! Pemb...

#NanaEuropeTrip: Venice

Image
VENICE 16 Jan Rabu : Selepas bersarapan, pukul 7 pagi kami ke stesen Interlaken West untuk naik train ke Spiez. Kemudian, turun di Spiez untuk naik train ke Milan Centrale. 11:34 pagi pula train menghala ke Venice. Sampai saja di Venice pada pukul 2 petang, kami terus check-in hotel yang terletak kita-kira 500 m dari stesen kereta api. Hotel kami terletak berdekatan saja dengan stesen kereta api Venezia Santa Lucia. Kemudian, kami checked in dan berehat. Usai solat, dalam pukul 4:30 petang kami keluar jalan-jalan. Niat asal nak jalan dekat-dekat je, sekali terjalan jauh, sampai ke Rialto Bridge. Seram pun ada, jalan bersimpang-siur dengan gelapnya, allahu berdebar je rasa tapi takkan nak patah balik ha. Bila tengok Google Maps rupanya dah jauh sangat dari kawasan hotel, sedar tak sedar dah berjalan sejauh 1 km. Jadi, kami teruskan saja misi berjalan sehingga ke Rialto Bridge. View dari atas Rialto Bridge sangat cantik! Dekat situ banyak kedai cenderamata. Terdap...