Posts

Showing posts with the label jihalaoshi

Kemahiran yang Wajib Guru Pelajari #dasarpendidikandigital

Image
Assalamualaikum WBT, Salam sejahtera! Hari ini saya nak kongsikan beberapa kemahiran yang boleh dipelajari dan dikuasai guru-guru yang bakal posting serta guru-guru yang sudah berpengalaman juga. Kemahiran-kemahiran yang saya ingin kongsikan bukan saja memudahkan kerja, malah menjimatkan masa serta yang paling utama, sebagai nilai tambah dalam diri para guru yang dipilih oleh Allah SWT. Baiklah, jadi jom kita cuba buat kemahiran-kemahiran di bawah ini: 1) Kemahiran Berucap Saya merupakan seorang yang sangat darah gemuruh. Masih saya ingat ketika di Tingkatan 1, saya perlu berucap secara spontan dalam Bahasa Inggeris. Usai berucap hanya selama 5 minit, saya terus berasa sesak nafas, sakit perut dan akhirnya saya demam selama lebih 4 hari. Jadi, sedari itu saya sedar, saya bukanlah seorang yang boleh bercakap secara spontan atau memberikan ucapan spontan.  Kini, saya sudah bergelar seorang guru. Tidak boleh lari daripada perlu bercakap di hadapan pelajar. Jadi, saya cuba menambah ba...

3 Bengkel Digital Yang Bermanfaat kepada Pelajar

Image
3 Bengkel Digital Yang Bermanfaat kepada Pelajar Hai assalamualaikum wbt! Dapatan tahun 2024, terdapat beberapa perkara yang saya ingin kongsikan, terutamanya aktiviti-aktiviti atau bengkel-bengkel yang telah dilaksanakan di sekolah, yang saya rasa sangat menarik dan berbaloi untuk cikgu-cikgu di luar sana mencuba! Jadi, hari ini saya ingin kongsikan 3 bengkel digital yang boleh kita anjurkan kepada pelajar. Bengkel-bengkel ini semestinya akan memberi nilai tambah dan spark kepada pelajar untuk terus menerokai perkara baharu dalam hidup mereka. 1. Bengkel Canva Menerusi bengkel ini, para pelajar akan didedahkan dengan kemahiran mereka bentuk poster, kad, brosur dan pelbagai lagi. Jadi, guru boleh berkongsi perkara-perkara asas tentang fungsi-fungsi Text, Elements, Upload, Apps dan banyak lagi ciri Canva. Jadi, usai perkongsian, kita minta pelajar untuk mencuba, meneroka dan menghasilkan produk reka bentuk mereka. 2. Bengkel Arduino Menerusi bengkel Arduino, pelajar akan didedahkan den...

Pengalaman Setahun Dua Guru Baharu

Image
Baru setahun lapan bulan saya berkhidmat menjadi seorang guru, namun seolah-olah sudah 10 tahun bekerja! Ah, sudah! Awal-awal bulan berkhidmat, tidak ada hari-hari saya tidak ditemani air mata. Terlampau berat rasanya sehingga tidak mampu diungkapkan dengan ayat yang betul, pada akhirnya, respon saya hanyalah, "Saya okay saja."  Alhamdulillah, masih ada emak dan abah yang sentiasa meminjamkan telinga setiap kali saya pulang ke Kuantan untuk menceritakan segala rasa yang terbuku di dada. Juga, kepada sahabat saya yang sudi menjadi bahu untuk saya lepaskan rasa. Semua ini takdir Allah, tidak mungkin Dia membiarkan saya hidup tanpa saya mampu menghadapi ujian-Nya. Pada akhirnya, kita hanya perlu bersangka baik dalam perihal takdir ini kerana bersama orang, masa, tempat dan lapangan yang kita hadapi sekarang -- adalah sesuatu yang pernah saya doakan juga, agar berada di tempat yang berkah dan diberikan hati yang tabah. Menjadi seorang guru muda, lagi-lagi baru saja berada dalam p...

Cara Nak Jadi Cikgu!

Image
Saya nak jadi cikgu tapi macam mana nak jadi cikgu sekolah rendah atau cikgu sekolah menengah?  Assalamualaikum WBT. Yeah, pertama kali saya ucapkan tahniah kerana adik-adik sudah ada matlamat dan cita-cita yang diinginkan. Sekarang, kita cuba faham bagaimana cara untuk melorongkan usaha kita menuju kejayaan. GURU SEKOLAH RENDAH Di Malaysia, kita ada beberapa pilihan dan jalan untuk mengejar cita-cita sebagai seorang guru. Jika kita mahu menjadi guru di sekolah rendah, ada dua cara.  IPG Pertama, menyambung pelajaran di Institut Pendidikan Guru (IPG) iaitu Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Contoh hebahan adalah seperti gambar di bawah: Bagaimana nak masuk IPG?  Halatuju selepas SPM seperti berikut: SPM -- IPG -- Temuduga SPP -- Pendidik Jadi, usai SPM, adik-adik boleh memohon pada pautan yang akan diberikan. Proses pemilihan untuk kemasukan ke IPG juga semakin sengit; perlu melepasi Ujian INSAK Calon Guru, dipanggil untuk temuduga dan perlu menunggu keputusa...

3) Tips Belajar Bahasa Cina

Image
  Tip 2: Buku yang Sesuai untuk Pemula ( Beginner ) 2.1  Free online course Anda boleh cari  free course  di Google, terdapat banyak platform yang anda boleh sertai untuk belajar bahasa Cina secara percuma di atas talian. 2.2 Buku Teks & Latihan Selain itu, anda juga boleh dapatkan buku teks atau buku latihan terbaik untuk menguasai bahasa Cina. Terdapat banyak buku bahasa Cina untuk pemula yang sesuai untuk yang pertama kali ingin belajar bahasa Cina.  Antara penerbitan yang telah mengeluarkan buku rujukan untuk belajar bahasa Cina ialah Penerbitan UiTM, UMP, UniKL dan banyak lagi. Buku-buku ini anda boleh dapatkan dengan mudah di Shopee. Terdapat banyak jenis dan jilid, jadi anda boleh memilih yang terbaik sebagai permulaan. Di samping itu, jika anda ingin menguasai bahasa Cina mengikut silabus antarabangsa HSK, anda boleh terus beli buku teks dan buku latihan HSK 1 di Shopee.  2.2.1 Jom kita kenali HSK HSK ialah singkatan daripada Hanyu Shuiping Kaos...

2) Tips Belajar Bahasa Cina

Image
  Tip 1: Kuasai Nada dan Sebutan Vokal serta Konsonan 1.1 Nada Bahasa Mandarin ada 4 nada:  Nada 1, Nada 2, Nada 3 dan Nada 4 . Anda boleh tonton di YouTube cara sebutan dan bunyi setiap nada ini. Setiap nada mempunyai bunyi yang berbeza yang menentukan maksud sesuatu perkataan. Awas! Jika anda tersilap sebut bunyi nada, maka maksud perkataan terus tidak sama dan boleh menimbulkan salah faham.  1.2 Vokal dan Konsonan Dalam bahasa Mandarin, terdapat beberapa konsonan yang berbeza sebutannya dengan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Contohnya: c, q, p, k, t, zh dan beberapa lagi konsonan lain yang memerlukan cara sebutan yang sedikit berbeza berbanding sebutan kita seharian.  Yang paling penting , anda hendaklah  berguru  untuk betul-betul menguasai nada dan sebutan vokal serta konsonan dalam bahasa Mandarin ini.

1) Tips Belajar Bahasa Cina

Image
Assalamualaikum wbt & salam sejahtera semuanya.   你好 nǐhǎo! Ada cara mudah untuk belajar bahasa Cina?  Jawapannya, ada. Pertama , mesti kena ada niat yang betul dan minat.  Kedua , mesti kuasai sebutan vokal dan konsonan serta nada yang betul. Ketiga , mesti banyakkan latihan menyebut, membaca, mendengar dan bercakap. Yang paling penting , kita hendaklah berguru dengan guru bahasa Cina yang boleh mengajar dan  guide  kita untuk jatuh cinta dengan bahasa Cina. Yezzah! Nak belajar Bahasa Cina from zero to hero, moh sertai kelas Bahasa Cina Jiha Laoshi. Confirm, boleh cakap Cina nanti, inshaAllah!

Mengajar Murid Genius di Kolej Genius Insan, USIM

Image
My gucci gang! Awesome teachers, I learnt a lot from them. Assalamualaikum WBT Kalau sebelum ini pada Jun saya berpraktikum di Akademi Sains Pendang, pada September yang lalu saya berpraktikum di Kolej Genius Insan USIM (KGI). Alhamdulillah a'la kulli hal! Betapa beruntungnya saya dapat merasakan pengalaman yang mahal ini. Selama seminggu kami berkampung di USIM, pada waktu yang sama SUKMA 2022 juga dilaksanakan. Inilah kali pertama saya ke USIM dan sungguh mengujakan! Teruja saya melihat Velodrom Nasional terletak betul-betul di hadapan pintu pagar USIM dan betapa terujanya saya masuk ke dalam USIM.  Pertama kali menjejakkan kaki ke dalam KGI, terus hati kecil saya berkata, "Bertuahnya pelajar di sini." Untuk pengetahuan anda, Genius Insan  merupakan sebuah program yang ditubuh khas di Universiti Sains Islam Malaysia dengan tujuan untuk melahirkan bakal ilmuan pemikir Islam yang agung berteraskan al-Quran dan al-Sunnah dari awal usia.  Fokus utama dalam program yang dira...

Mengajar Murid Pintar Cerdas Berbakat di Akademi Sains Pendang

Image
Assalamualaikum WBT Alhamdulillah, diberikan kesempatan dan ruang untuk masih bernafas dan hidup! Kali ini saya diberi peluang untuk mengenali, memahami dan mengajar murid-murid pintar cerdas dan berbakat.  Siapakah murid pintar cerdas dan berbakat? Mengikut laman web National Association for Gifted Children , murid pintar cerdas dan berbakat ialah mempunyai keupayaan untuk berprestasi—pada tahap yang lebih tinggi berbanding dengan orang lain yang mempunyai umur, pengalaman dan persekitaran yang sama dalam satu atau lebih domain. Umur kognitif mereka tidak sama dengan umur biologi mereka, malah lebih tinggi. IQ mereka tinggi berbanding kanak-kanak yang setara malah terdapat beberapa sifat lain yang kita boleh lihat apabila bersama-sama dengan mereka. Contoh, murid-murid di Akademi Sains Pendang ini, ketika umur mereka tingkatan 1, mereka sudah belajar Kimia Tingkatan 4 malah mereka sudah boleh meneroka dan berfikir lebih jauh daripada itu.  Bagi mengenali mereka dengan le...

Temuduga SPP 2022 Secara Bersemuka

Image
Assalamualaikum WBT Alhamdulillah, dapat juga mencuri masa dan ruang untuk menulis sebuah pengalaman yang saya kira sangat berharga iaitu menghadiri Temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP). Pada 31 Mei 2022, lebih kurang pukul 11:30 malam, rakan saya menelefon saya dan memberitahu SPP sudah membuat hebahan untuk panggilan temuduga pegawai pendidikan DG41. Saya terus klik pautan yang dikongsi, masukkan nombor IC dan akhirnya, dipanggil untuk temuduga! Alhamdulillah. Tarikh temuduga saya adalah pada 8 Jun 2022. Wah, seminggu saja lagi untuk menghadiri temuduga. Dalam masa beberapa hari untuk persediaan temuduga, saya sangatlah berdebar, makan tak kenyang, tidur tak lena, dada terasa berat saja. Terlalu berdebar sehingga setiap langkah saya akan teringatkan hari-hari temuduga yang mendatang.  Dalam masa beberapa hari itu juga saya membaca tips dan jenis soalan yang pernah disoal kepada calon-calon temuduga terdahulu. Dalam masa yang sama, saya menyediakan dokumen-dokumen ya...

Slidesgo: Lubuk Template Pembentangan Cantik-Cantik!

Image
Assalamualaikum WBT Kali ini saya ingin berkongsi tentang satu tips yang sangat menarik dan boleh diguna pakai oleh para pelajar dan para guru dalam membuat pembentangan. Apakah tips itu? Nah, jawapannya ialah membuat pembentangan menggunakan template pembentangan yang sangat comel, cantik dan menarik! Terdapat banyak tema, warna dan jenis template yang boleh dipilih. Yang menariknya, kebanyakannya adalah PERCUMA ! Tinggal untuk kita explore dan edit  mengikut citarasa sendiri. Jadi, di bawah saya akan berkongsi satu laman web yang menjadi lubuk saya mencari template yang lawa. Slidesgo   Slidesgo merupakan laman web kegemaran saya! Sudah banyak template telah saya gunakan untuk pembentangan dan ketika praktikum.  J ika kita klik pada Powerpoint , ia akan automatik dimuat turun dalam komputer riba kita. Jadi, kita boleh edit ketika di luar talian. Namun, jika kita klik pada Google Slides, kita boleh edit secara atas talian. Nah, ini part kegemaran saya. Edit Power...

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) Online?

Image
 PBS Online ? Selepas berhempas-pulas belajar dan menghadam segala teori, maka bermulalah episod untuk mendekati dan memahami keadaan, budaya dan warga sekolah. Namun, dek pandemik Covid-19 ini, maka sekolah terpaksa ditutup dan saya serta rakan-rakan perlu menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) selama dua minggu secara atas talian.  Jadi, syarat utama untuk PBS kami adalah sekolah kebangsaan yang mempunyai opsyen Bahasa Cina. Setelah menghubungi beberapa buah sekolah di Kuantan, rezeki tidak berpihak kepada kami untuk ke sekolah yang mempunyai opsyen Bahasa Cina. Akhirnya, Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota Utama (SKIMU) menjadi tempat saya dan rakan partner  untuk menjalani PBS di situ, dengan syarat kami perlu berada dalam kelas bahasa kedua seperti Bahasa Inggeris atau Bahasa Arab. Hari pertama kami disambut dengan penuh ramah oleh GPK Pentadbiran, Pn Fatma. Minggu pertama kami cuba menyelesaikan portfolio dan berbincang dengan guru pembimbing untuk aktiviti mi...