Posts

Showing posts with the label Beijing

Persediaan Melancong ke Beijing, China (Bahagian 2)

Image
Persediaan Melancong ke Beijing, China 1. Aktifkan transaksi luar negara kad debit anda: Anda hanya perlu mengaktifkan transaksi luar negara semudah ABC. Jika anda menggunakan Maybank, anda hanya perlu log masuk maybank2u dan aktifkan di situ. 2. Pakaian mengikut musim Kami pergi pada hujung bulan 5, jadi cuaca tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu sejuk. Jadi, pakaian boleh dipakai seperti semasa di Malaysia. 3. Muat turun aplikasi Alipay WAJIB! Untuk pembayaran, saya hanya melakukan pembayaran menggunakan Alipay. Saya pautkan kad bank serta kad Wise pada Alipay saya. Untuk pembayaran, saya hanya scan kod QR dan settle! Untuk pembayaran menggunakan kad bank, akan ada caj yang dikenakan. Jadi, terpulang sama ada anda mahu membawa cash yang banyak atau bayar melalui Alipay.  4. Tempah Didi (e-hailing) Baca tips di sini Urusan tempahan Didi pun boleh dibuat di Alipay! Sangat mudah. Hanya dengan satu aplikasi sahaja iaitu Alipay, kita boleh membuat pembayaran, menempah Didi dan b...

Melancong ke Beijing, China (Bahagian 1)

Image
   Awal tahun 2020, siapa sangka itu kali terakhir saya menjejakkan kaki ke Beijing, terpaksa meneruskan pembelajaran semester terakhir secara atas talian dek COVID-19 yang datang menyerang. Maka, terkuburlah impian untuk bergraduasi di wilayah Tembok Besar China itu di samping keluarga tercinta. Namun, perancangan Allah itu Maha Baik. Walaupun cabaran baharu, halangan luar biasa untuk menamatkan tahun akhir pembelajaran, akhirnya, segulung ijazah dapat ku genggam!    November 2020-November 2021: maka tamatlah juga  PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN ( PDPP ) yang saya serta rakan-rakan ikuti di IPG. Perjuangan menjadi seorang pendidik negara semakin sampai ke hujungnya. Alhamduillah! Berkat sabar, usaha dan tawakal, akhirnya Allah merezekikan saya serta rakan-rakan di tempat yang terpilih untuk kami berbakti.  Kini, sudah setahun lebih saya berkhidmat untuk nusa bangsa. Pengalaman setahun jagung ini juga saya merasakan seperti sudah bekerja untuk 10 ...

COVID-19: Thesis Defense Online, Luar Biasa!

Image

COVID-19: Online Class, Buat Thesis Dekat Rumah?

Image
Assalamualaikum WBT Hari ini 31 Mac 2020, sudah tiga bulan kita mengharungi tahun 2020 yang penuh dengan cabaran, bukan hanya kepada seorang dua malah seluruh manusia di atas muka bumi ini. Alhamdulillah, masih bernafas dan banyak kewajipan yang perlu kita buat. COVID-19 Di sana, di sini banyak kita dapat baca tentang info, statistik, perkembangan COVID-19 di seluruh dunia. Jadi, virus yang tidak diundang ini, datang dan menyerang. Maka, pada awal episod virus ini muncul, ramai juga yang menuding jari, yang berlepas diri, yang duduk di bawah tempurung sendiri dan akhirnya virus ini menjadi pandemik, tiada siapa yang terkecuali. Maka, kita sebagai seorang hamba Tuhan, seorang rakyat, seorang yang hidup di dalam komuniti masyarakat yang pelbagai, seorang anak, seorang pelajar; kita wajib memberi kerjasama dan saling cakna serta empati. Ujian ini mengajar kita untuk pupuk erti kesabaran, erti kerjasama, erti empati, erti kebergantungan kepada Allah. 我们一起加油吧! KELAS ONLINE ...

Angin Kencang Luruh di Beijing

Image
Angin kencang musim luruh hampir saja menumbangkan saya yang sedang berjalan menuju ke bangunan fakulti. Mujur saja sempat membuka langkah besar, berhenti sebentar untuk menyeimbangkan semula badan dan meneruskan langkah. Waktu ini ada dua perkara yang datang kepada kita:  - Angin kencang  - Usaha Angin --- kadang ia datang sewaktu kita kepanasan, bagaikan nikmat yang tiada tandingannya ketika itu; kadang ia datang sewaktu kita benar-benar sudah kesejukan, maka apa lagi perlunya angin? Kadang ia datang seolah-olah mahu menolak kita jatuh tergelincir daripada jalan yang sedang kita lalui, bagaikan ujian.  Ujian yang kadang datang dalam keadaan yang kita perlukan, kadang tidak diperlukan namun tidak kita sedari semua ini. Selalunya kita benar-benar merasakan angin itu ialah ujian ketika kita sudah selesa berjalan. Datang sekejap angin ketika kita sedang seronok berjalan sudah kita merasakan ujian itu penghalang. Walhal, punya cara untuk menghadapin...

Beraya di Perantauan

Image
Alhamdulillah, 30 hari kita dapat menjalani ibadah puasa, cuma istimewanya (ceh!) saya berpeluang merasai pengalaman berpuasa di bumi Tembok Besar China. Alhamdulillah, alhamdulillah. Terlampau banyak cerita semester ini, sebelum tibanya Ramadhan bertubi-tubi dihempap tangga, fuh! Banyaknya rintangan sampai rasa lemas, namun di saat hampir tenggelam, datang pertolongan Allah dari pelbagai arah, pelbagai cara.  Realitinya, kami pelajar yang belajar di negara orang, lagi-lagi negara China. Terlampau banyak perkara yang dulunya masih lagi boleh dipertahankan, namun kini terpaksa akur dengan undang-undang. Dengan sekuriti yang tinggi, segala tingkah laku mesti berhati-hati, kalau tidak, boleh jadi benda lain. Kita acap kali mendengar cerita kalau students overseas boleh solat di merata-rata tempat tanpa rasa takut, namun bukan di bumi Tembok Besar ini. Apa yang paling penting ialah berhati-hati. Sudah terlampau banyak cerita yang kita dengar di mana-mana media sosial tentang ...

Menyambut Aidil Adha di Beijing

Image
Selamat Hari Raya Aidil Adha Alhamdulillah, bersyukur atas kasih sayang Allah kita dapat meraikan Aidil Adha untuk tahun 2018 ini bersamaan dengan 1439 H. Peluang dan kesempatan yang saya ada, dapatlah pulang ke kampung bersama ahli keluarga. Berjumpa dengan tok abah dan nenek, merasai suasana kampung dan menikmati buah-buahan yang sedang berbuah lebat sekarang!  Pokok pulasan di depan rumah Tok Abah berbuah lebat, rambutan yang merah lagi menggiurkan, MashaAllah, nikmat! Oh ya, bukan buah yang saya nak ceritakan tapi sedikit cerita pada Aidil Adha yang sempat saya dan pelajar lain menyambut di bumi Tembok Besar Cina. Dua tahun lepas, 2016 kami menyambut Aidil Adha di Beijing. Tak sempat nak menyambut di Malaysia. Satu pengalaman baru untuk kami semua. Pertama kali saya menyambut raya haji di Beijing, terasa istimewa sekali kerana pengalaman itu sungguh berharga. 2015, awal bulan 9 kami sampai di Beijing dan beberapa minggu selepas itu menyambut Aidil Ad...

Persiapan Sebelum ke Beijing

Image
Assalamualaikum WBT.    Terdetik dalam hati saya untuk menulis serba sedikit pengalaman dan perasaan yang bercampur-baur, perasaaan yang susah untuk digambarkanlah, eceh, perasaan yang menggoncang jiwa, woah kemain, perasaan-perasaan sebelum terbang jauh ke Beijing untuk melanjutkan pelajaran.    Cerita saya biasa-biasa saja, kita boleh dapati banyak lagi cerita-cerita hebat dan padu daripada seniors lain yang telah melalui banyak jalan kehidupan yang membentuk diri mereka sekarang lantas menjadi manusia hebat!    Okay, sebelum terbang ke Beijing mesti ada persediaan dahulu. Tak bolehlah pergi saja-saja. Barangan penting untuk saya ke luar negara untuk pertama kalinya agak banyak, lagi-lagi namanya barangan penting. AL-QURAN, TELEKUNG & SEJADAH Ini penting ya, kalau terlupa susah pula nak pos jauh dari Malaysia.  MAKANAN Antara contoh jenis makanan yang pelajar selalu bawa ialah: Kicap Sos cili, sos tomato, sos thai, sos la...

Ramadhan 3.0 di Beijing

Image
   Ramadhan merupakan bulan yang sangat istimewa untuk umat Islam khususnya. Ramadhan juga turut memberikan peluang kepada saya dan pelajar Malaysia yang lain merasai suasana melaksanakan ibadah puasa di China.     Sekadar perkongsian bersama anda tentang perjalanan Ramadhan di bumi Beijing ini. Alhamdulillah, kali ini merupakan kali ketiga berpuasa di bumi Tembok Besar ini. Indah rasanya dapat melaksanakan ibadah puasa ini, seharusnya kita mesti bersyukur andai sampai ke saat ini Allah masih memberikan peluang kepada kita untuk berpuasa.     Hargai setiap peluang yang Allah bagi kerana sekecil-kecil kebaikan yang kita lakukan dipandang Allah jika disertakan dengan ikhlas. Berpuasa dengan sepenuh hati dan taqwa kepada Allah pasti diberi ganjaran syurga yang tidak terbayang indahnya.    Pepatah Melayu ada menyebut, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Untuk merasai indahnya sesuatu perkara, mesti melalui ...

Ramadan 2.0 di Beijing

Image
   Ramadhan tiba, marhaban ya Ramadhan, marhaban ya Ramadhan~     Alhamdulillah, Ramadhan tiba lagi, Allah bagi nikmat untuk kita berpuasa, dapat berjumpa sekali lagi dengan bulan Ramadhan, yang penuh keberkatan. Hari ini sudah pun menjangkau 9 Ramadhan, ha sampai bulan Ramadhan terus ingat kalendar Hijrah #deep    Semestinya, setiap kali Ramadhan tiba, pasti ada terlintas niat di hati masing-masing. Ada yang nak khatam Quran, ada yang nak menghafal Quran, ada yang nak bangun malam, ada yang nak istiqamah bersedeqah. Perbanyakkanlah niat, jitukan semangat, terus-menerus berdoa kepada Allah kerana kita sendiri tidak tahu bila waktunya Allah memakbulkan doa-doa kita, jadi teruskan meletakkan sepenuh pengharapan kepada Allah. InshaAllah.    Jadi, apa cerita Ramadhan kali ini? Sekadar perkongsian bersama, perjalanan Ramadhan di bumi Beijing ini. Alhamdulillah, kali ini merupakan kali kedua saya berpuasa di bumi Beijing. Kami b...