Posts

Showing posts from August, 2021

Cara Bayar Parking Kereta di Kuantan Menggunakan Aplikasi PahangGo

Image
Saya antara orang yang selalu juga ke bandar dan semestinya hendaklah membayar parking kereta sekiranya parking di mana-mana tempat di bawah Majlis Bandar Raya Kuantan. Sebelum ini saya beli terus sebuku kupon parking kereta di pondok-pondok MBK tetapi kini saya membayar parking dengan menggunakan aplikasi PahangGo.   1) Boleh muat turun PahangGo di Apple Store atau Google Play Store dalam telefon bimbit anda! Pastikan logo seperti gambar di bawah ini! 2) Kemudian, nampak tak "Park" di situ, klik saja di situ.  3) Setelah klik "Park", anda akan lihat paparan seperti gambar di bawah. Saya ada bulatkan dua perkara iaitu "Passes" dan "Fil". Kalau anda klik "Passes", ada 3 pilihan passes yang anda boleh beli. Saya tidak membeli "Passes" kerana saya hanya akan ke bandar sekiranya ada urusan. Lainlah kalau mungkin orang yang bekerja di bandar atau sering kali perlu ke bandar, berbaloilah untuk beli "Passes".  Jadi,

Cara Pos Barang Menggunakan Pgeon dari Rumah Sahaja!

Image
Musim pandemik sekarang memang menguji tahap kemampuan dan kesabaran semua orang. Semua orang terjejas dan diuji dengan ujian yang berbeza. Benarlah, hanya Allah sebaik-baik tempat meminta pertolongan. Semoga kita dilapangkan dada dan sentiasa bergantung harap kepada Allah.  Jadi, ramai juga beralih kepada berbisnes, membuat bisnes dengan ruang dan peluang yang ada. Urusan untuk pos barang pun semakin ditambah baik dan mempunyai banyak pilihan. Sebelum ini saya pernah menulis entri cara untuk pos barang dengan mendaftar di laman web Easy Parcel (boleh klik di sini) . Kini, saya ingin berkongsi cara-cara untuk pos barang di dua laman web lain iaitu Pgeon .  1) Kenapa saya pernah menggunakan perkhidmatan ini? Bukankah Pgeon juga turut ada dalam sistem Easy Parcel? Ha, ini adalah kerana Easy Parcel memerlukan kita untuk topup paling sikit RM20, tetapi barang yang saya hendak hantar tidak sampai RM20 caj pengeposannya. Jadi, saya cuba memikirkan cara lain untuk pos barang dengan harga ber