Thursday, 31 December 2015

Review 2015 : Eh ?




   Eh? Nak throwback kah? Sebelum nak move on, kita rehat dan rawat dulu sikit. Tak kan menonong-nonong saja meredah tanpa tujuan, tanpa sedikit pun kita toleh sekejap ke belakang, bukan? 

   Of course, dalam setahun ini banyak sangat benda yang telah terjadi. Banyak! Tahun 2015 ini tak setiap hari-harinya saya isi dengan baik *menyesal*. Sebab lepas SPM tahap mereputsssss tu ergh, memang teruk. Andailah bisa aku undur masa *ayat orang menyesal*.



   Tak apa, selagi Allah masih bagi hayat, masih bagi peluang untuk bangun daripada tidur dan bernafas; maknanya masih ada lagi kerja yang kita tidak settle lagi. Sama juga seperti anda. Masih diberikan peluang untuk bernafas, masih diberikan peluang untuk hidup selepas mati sekejap; tanda ada banyak lagi kerja, ada banyak lagi hak-hak yang tidak tertunai lagi. Jadi, ayuh lah! Kita selesaikan :)


   Semakin meningkat dewasa kita, semakin besar tanggungjawab *ayat deep ni*. Umur dah nak masuk 19 tahun ini pun masih terkial-kial lagi hendak mencari tujuan hidup. Serius! Tapinya, nak cakap dekat sini; tidak menjadi alasan untuk kita selidik balik dan berfikir untuk perkara yang kemungkinan akan dilakukan untuk hari ini, esok, lusa, minggu depan, bulan depan, beberapa tahun yang akan datang nanti. Kita belajar tiap-tiap hari, jadi menjadi tanggungjawab kita untuk berfikir atas kesemua nikmat, semua hints yang Allah bagi; lagi-lagi kita ini hamba yang kadang sedar, kadang tak sedar kita buat salah, kita dah buat dosa; tapi masih lagi sombong dengan Tuhan. Biar mula dengan langkah kecil. Dari permulaan yang orang kata mustahil itu, boleh jadi satu impak besar dalam kehidupan! 



   Dalam apa-apa perkara yang kita buat dalam hidup, biarpun harapan senipis kulit bawang; kita settle segala urusan kita dengan Allah. Menangis teresak-esaknya kita, stress tahap kepala nak meletup pun; ingat! Semua itu namanya ujian. UJIAN. Menangislah nak menangis, Allah mahu lihat tahap kebergantungan kita terhadap Dia. Yakinlah, pegang dengan kata-kata Allah; segala bentuk ujian yang datang itu tidak lebih daripada upaya kita untuk mengatasi ujian itu cumanya cara kita untuk menghadapi ujian itu; bagaimanakah? Dekat sini lah kita serahkan semua dekat Allah; lepas kita dah sampai tahap  menggelupur penat cuba untuk bereskan masalah. InshaAllah, Allah tolong kita, Allah kan sayang kita :)



   Okay, cukup sampai sini. Final exam dua hari lagi! 9 hari lagi sis nak ucap, "Assalamualaikum Malaysiaaaaaaa...". Tak sabarnya nak balik Kuantan :)



Wednesday, 16 December 2015

Beijing 1.0




   Alhamdulillah, masih lagi hidup dalam nikmat Iman dan Islam :) Macam dah lama tak menulis woi ! Fuhhhhhhh ...

   Aku checked balik post sebelum ni, last cerita Beijing pasal main salji kot. Adoi, macam budak-budak, but aku nak jugak lah cerita serba-sedikit pasal Beijing. Haaa, why Beijing? Why? 为什么?Haaa, sebab aku duduk kat Beijing, jadi aku bukak lah sedikit cerita pasal Beijing.



   Bismillahhirrahmaanirrahiim :) Okay, jujur lah aku cakap, sebelum aku ke China, apa yang aku bayangkan dalam kepala ni pasal China lagi-lagi Beijing; bangunan tinggi-tinggi, banyak shopping complex, penduduk yang ramai tapi still tak boleh nak bayangkan yang sebenar-benarnya *yelah, tak pernah sampai sini lagi* Sekali dah sampai; rupanya begini~ Rupanya begitu. Benda pelik yang pertama, naik bas pintu belah erk, kanan. Ye lah, dekat Malaysia naik belah kiri. Ye dok~ Sampai dekat 宿舍楼 (bangunan asrama) rasa aneh gitu. Ye lah macam tak percaya lagi. 


   Aku pernah terfikir, kecik-kecik dulu, "Ada ke sim card yang pabila kita call orang, kredit orang tu ditarik sekali..." Serius, aku pernah terfikir kecik-kecik dulu and yessss ! Wujud ! Dekat China :) Tak tau lah pulak dekat negara lain pulak ek. Wujud rupanya, bila kita call orang, bukan kredit kita je ditarik, kredit orang tu pun ditarik jugak haaa... Itu satu. Pelan langganan dia pelik sikit, lebih kepada kredit aku ditarik setiap hari. Banyak jugak ah depa untung :P


   Dua; dekat sini tak perlu lesen nak tunggang motosikal. Ye lah, rakyat ramai. Selain tu, banyak digunakan basikal elektrik. Jaranglah nampak orang pakai topi keledar kecuali orang yang bawak motor besar tu, tapi 习惯 (xiguan/kebiasaan) dekat sini tak payah pakai takpe kot. InshaAllah selamat. Orang yang bawak motor, kereta, bas, lori dekat sini; walaupun kau berdiri 100 meter depan dia, dia dah hon awal-awal. Jadi, jangan nak terasa sangat kena hon~ Hehe, lama-lama biasa lah dihon. Peraturan dekat sini; andai kata kau bawak basikal, kau terlanggar orang. Orang tu terjatuh, jari terseliuh. Nak dijadikan cerita, dia yang jalan sambil main fon, kita pulak bawak penuh hemah tup tup muncul orang depan kita main fon tak sempat ngelak. Haaa, sekali dia saman kau beribu, kena bayauuu lah jawabnya. Nak tak nak pun. Kesimpulannya, kenderaan yang lebih besar akan disalahkan. 明白了? Faham?





   Tiga; aku nak cerita jugak kemajuan dekat China ni. Yang paling aku suka, teruja; subway weh! Subway! Dalam bahasa Cina, 地铁 (ditie). Dah menjadi kebiasaan jugak dekat sini naik subway selain daripada naik 公共汽车 (gonggongqiche/bas awam). Dekat sini, nak memudahkan kita naik bas dan ditie tu, ada kad untuk kita swipe nanti. Nak topup kad, topup dekat stesen ditie. Okay, apa kepentingan kad ni? Kenapa tak bayar pakai duit je? Haaa boleh je. Boleh jugak nak bayar pakai duit, tapi sebab duduk lama sini, nak mudah pakai kad. Swipe je. 


   Haaa nak cerita sikit. Ini merupakan satu benda yang diamalkan oleh rakyat China dekat sini; lagi-lagi rakyatnya sangat ramai. Jadi semua benda nak cepat, mudah, cermat. Kalau fikir balik, bas awam dekat Malaysia pun dah promote pakai kad. Macam syarikat Rapid. Aku sokong cadangan tu, sangat menyokong! Tidak lah timbul lagi masalah tak ada duit kecik lah, nak duit baki lah! Haaa, baik guna kad, tak ada lah kau nak nyusahkan drebar rapid tu korek besi tempat simpan duit tu nak bagi kau baki naik bas. Cukuplah drebar tu buat kerja dia sebagai drebar, bukan akauntan separuh masa. Pehhhh! Guna kad bukanlah satu benda yang menyusahkan tapi satu legasi kemajuan negara. Benda macam ni aku sokong. Bayangkanlah ramai nak naik rapid tuh, kan mudah, pantas kalau kita swipe je kad. Ok, aku menyatakan pendapat, tapi rasa ada duit singgit singgit tu banyak je, bayar je lah. Orang rasa susah sebab persoalan remeh selalu dipersoalkan; contohnya, "Eh kejap swipe kat depan, kejap swipe belakang, leceh ah!". "Eh, susah ah buat kad, kang hilang lah apa lah!" Amboih, itu semua alasan. Kata nak maju~ Kad tu memang lah, kita masuk ikut pintu depan swipe dulu. Nak turun, swipe lagi. Kalau nak tahu sebab, panjang pulak ceritanya, tapi memang macam tu lah. Mudah kan, apa yang susah~ Jadi, penggunaan kad rapid dekat Malaysia aku sokong sangatlah, lagi-lagi jenis naik bas sokmo. Tak jatuh standard pun naik bas awam :) Ye lah kan, MUNGKIN, MUNGKIN, mungkin sebab tu kad bas, pakai pun masa nak naik bas je. Dekat sini, kad tu naik bas, naik subway. Macam keguanaan seharian~ 


   Baru cerita pasal bas. Haaa panjang dah. Empat; kalau bab menjual beli dekat sini, ada kedai kita boleh tawar-menawar, ada kedai kita tak boleh nak menawar. Contoh; kedai runcit, rasa harga mahal semacam, haaa memang wajib tu, aku sendiri tawar-menawar. Mahal weh! Mentang dia tahu kita 留学生 (liuxuesheng/pelajar luar negara), banyak duit lah konon, dia letak harga tinggi. Tips dia, dia paksa kau beli, kau memang tak nak, lari je! Tak pun, kau nak beli, tapi dia letak harga tinggi, kau letak je harga yang orang cakap; memang padanlah dengan standard barang tu. Kalau dia tak bagi jugak harga tu ditawar dengan harga yang rendah tu, kau lari je lah! Kebanyakkannya, pak cik mak cik tu kejar balik, dia setuju je dengan harga kita dan akhirnya, kita dapat beli barang tu. Kadang depa letak harga tinggi sebab kita orang luar. Jadi, kena ada hati yang sado lah nak fight dengan peniaga sini. Kedai yang tak boleh ditawar, contohnya; kedai yang memang dia letak price tag, contoh pasar raya. Ahahahak k tak lawak :P 


   Haaa nak cerita harga barang dekat sini, woi tak semurah disangka! Tak murah woi~ Nak katanya; contoh dekat Pasaraya A harga roti RMB 2.99. Lepas tu kau pergi beli barang lain dekat Pasaraya B; pastu terperasan roti dekat situ RMB 7.99! Contoh lain; yogurt Pasaraya A RMB 8.89, dekat Pasaraya B RMB 7.99. Jangan terkejut! Memang macam itu. Tak ada pulak aku tengok pihak dia serbu-serbu kedai yang naik harga ke apa ke. Tapi kalau nak banding harga sesetengah barang tu, memang ada lah yang murah berbanding Malaysia. Memang ada yang murah tapi tak banyak kot ek. Lain tempat, lain harga. Jadi, pendapat aku lah, kalau tak explore habis Beijing ni, memang tak tau lah nak beli barang murah tu dekat mana. Lagi-lagi, makanan haaa~ Jadi, ada jugak lah benefits keluar jalan; bukan keluar saja je eh. Ni nak survive hidup sini jugak ni. Satu benda yang aku suka dekat sini jugak, depa dah terbiasa untuk bawa beg sendiri, maksud aku, depa tak guna plastik. Ada je orang yang minta plastik tapi tak ramai. Jadi, boleh lah dipraktikkan dari semasa ke semasa dekat Malaysia. Sampaikan kiteorang dekat sini, nak keluar beli barang, siap-siap bawak beg sendiri. Haaa... Kita try eh~ Dekat Malaysia ada je yang dah praktikkan untuk bawa beg sendiri, tapi biar semua :) Dalam troli tu biar tak nampak beg plastik langsung, cewah :P  Okay, next!


   Erm, apa lagi ek? Banyaklah kan. Ini baru 0.01 %. Dari sehari ke sehari memang banyak cerita kalau nak diceritakan. Akan nyusul kemudian hari, InshaAllah, dengan izin Allah lah :) Apa lagi haaa... Banyak! Lagi-lagi; newbie. Phewww~ 


Monday, 30 November 2015

Saat Itu


Disangkakan sudah lengkap, serba-serbi sempurna,
Disangkakan setakat itu sahaja hidup ini,

Tetapi, tidak pernah pula disangkakan 
Bahawa sebenarnya, 
Asbab diri ini tercipta pun tidak punya jawapan padunya. 

Terdetik sesuatu di hati,
Entah apa-apa katanya,
Saban hari terus membisik,
Saban hari terus mencari,
Saban hari terus berfikir.

Mungkin; pernah mencari, tapi begitulah plot ceriteranya;
   Tatkala cuba melangkah jalan ini, terus dicantas lalu terduduk sendiri.
   Tatkala cuba menggali dalam lagi, terus berundur dek akal sendiri.
   Tatkala cuba bangkit daripada terjatuh, adakah masih punya rasa bahawa perjuangan ini perlu diteruskan lagi?

Lama-kelamaan, langkah itu semakin rapuh. 
Rapuh; hanya kerana beranggapan bahawa jalan ini sukar untuk bergerak sendiri.
Kebergantungan terhadap Tuhan masih lagi di tengah-tengah.
Tidak sesekali putus untuk meminta-minta daripada-Nya; diberikan kekuatan.
Lelah mungkin bergerak sendiri.

Langkah diatur, satu-persatu dengan harapan;
Cuba diolah dengan segala jenis pemikiran, cuba dihadam walau perlahan.
Sudah lama mencari,
Mungkin waktu-waktu sebelum itu, punya asbab tersendiri; mengapa ia tidak hadir.

Saat tiba waktu dengan izin-Nya, 
Dihadirkan hadiah-hadiah,
Yang datangnya membawa hikmah,
Yang hadir demi menggapai redha-Nya,
Yang nilainya tidak terkira,
Agar terus utuh dalamannya,

Agar semangat itu terus membara,
Agar sama-sama berjumpa di sana.
Tersedar, kebersamaan itu diperlukan jua.


Andai tersungkur,
Andai terluka,
Cuba diyakinkan hati,

Itu semua pelengkap ceritera,
Tanpa rasanya sakit, tawa, tangisan juga senyuman, 
Maka apa tujuaannya udara ditarik hembus?

Ceritera ini mahu dijadikan bukti,
Untuk disebarkan kepada yang lainnya,
Kerana semua patut merasakan;
Satu rasa yang tumbuh dengan sendirinya,
Dibaja dengan kesabaran,
Disirami dengan janji-Nya,
Dijaga untuk diberi,
Agar bisa menyelusuri jalan-jalan ini dengan hati.

Juga,
Turut sedar bahawa tapaknya perlu dibina semula,
Dibina semula selepas mengalami kejatuhan, 
Kerana setiap kejatuhan, pasti ada kebangkitan,
Biarpun kebangkitan kedua.

Perancangan-Nya sangat indah,
Diberi hadiah yang lainnya setiap jurang masa,
Harapnya diambil penuh hikmah,
Biarlah lelah mengorak langkah kerana di penghujungnya itu pasti terukir sebuah senyuman.
Semoga kita sentiasa di bawah jagaan-Nya, InshaAllah.


Monday, 23 November 2015

Manusia Umpama Logam




   Seharian keluar, main dengan salji lah tujuannya. Bukan selalu dapat merasa main salji. Salji-salji yang turun dari langit itu, aku ibaratkan sebagai sesuatu yang sangat mengujakan! Sesuatu yang sangat menggembirakan. Ibaratnya aku akan selalu tersenyum pabila melihat salji-salji yang turun itu. Bila mana gembiranya aku hari itu, bukan bermakna aku lupa terus dengan hal-hal yang lainnya. InshaAllah, moga Allah perkenankan doa-doa kita, seterusnya memudahkan urusan-urusan kita semua.

   

"Manusia itu ibarat logam, baiknya mereka di waktu jahiliyyah, baik juga mereka di waktu Islam; jika mereka faham."


   Mulanya, aku sendiri tidak faham langsung untuk mentafsir kata-kata Rasulullah ini. Setelah diberi penerangan, dibincangkan, lama-lama sampai dah dalam kepala ni. Ayat cliche; setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Okay, ayat macam hambar sebab tak feel maksud ayat tu sendiri. Cuba kalau; SETIAP MANUSIA PASTI ADA KELEBIHAN YANG TERSENDIRI. Agak-agak sampai tak feel tu? Okay, tak sampai lagi eh? Erm, next! 


   "Manusia itu ibarat logam"

   Erm, agak-agak apa maksudnya? Logam punya banyak cirinya, punya banyak fungsinya. Begitu juga manusia. Dulunya, logam hanya dibuat untuk senjata-senjata perang, bertani dan perkara-perkara lain sebelum berlaku revolusi. Kini, logam yang berbagai-bagai itu digunakan dengan meluas lagi; hanger, barang kemas, lampu dll. Haaa, banyak kan fungsinya? Dan logam juga digunakan dengan berterusan seiring dengan revolusi dunia. Sangat mengagumkan! Logam bukan sekadar sedebuk logam macam tu, bukanlah sehalus-halus logam macam tu je, tapi untuk mendapatkan emas yang cantik, zink yang utuh; pastinya logam-logam itu akan melalui banyak proses untuk menjadi sesuatu yang kita perlukan! Sesuatu yang diperlukan setiap hari; seperti kuprum contohnya. Betul? Kuprum; digunakan dengan meluas, lagi-lagi pelajar. Dakwat pen, pensel; besar jasa kuprum tu haaa... Walaupun harganya tidaklah semahal logam-logam yang lain tapi kegunaanya yang meluas itu digunakan oleh beribu-ribu manusia.

   Sama juga seperti manusia. Setiap daripada kita mesti ada kelebihan yang tersendiri. Ada antara kita yang boleh melukis dengan sangat cantik, ada yang boleh bercakap di khalayak tanpa gugup, ada juga yang boleh memasak bagai chef. Kelebihan setiap manusia itu berlainan. Tak semua orang punya kelebihan yang sama. Mungkin kita sedar kita punya sesuatu yang boleh menyumbang terhadap diri sendiri, keluarga dan lain-lain; tapi tidak tergerak. Jangan risau! Logam perlu melalui banyak proses untuk dijadikan bentuk yang paling ideal, samalah seperti manusia. Kita juga pastinya perlu melalui banyak proses untuk mengilatkan lagi logam-logam kita. Kelebihan yang kita ada ini bukannya sedebuk sempurna, bukannya sekali gus sudah bagus; kerana itu kita akan melalui proses-proses yang pelbagai. Apa contoh proses itu? Dengan hanya berlatih? Dengan hanya mencari sahaja? Okay, betul jawapan tu tapi sebenarnya banyak lagi prosesnya seperti kita didatangi dengan bermacam-macam ujian daripada Allah, kita mungkin akan berasa fed up, rasa mahu putus asa atau termakan dengan godaan syaitan yang melengah-lengahkan tujuan asal kita. Macam-macam lah, tapi  itulah namanya proses. Proses untuk mengilatkan lagi logam-logam kita.

   Jangan anggap KELEBIHAN itu adalah perkara-perkara yang besar sahaja. Suka mengemas pun satu kelebihan, tegas juga satu kelebihan, berlembut pun juga satu kelebihan. Kelebihan yang ada pada diri kita walaupun orang cakap sekadar suka membaca sahaja, tapi jika dengan hobi dia yang begitu, dia boleh menceritakan kepada rakan-rakannya tentang pengetahuan yang dibaca. Dia boleh memberi ilmu secara tidak langsung kepada rakan-rakannya. Walaupun, dengan kelebihannya yang suka membaca sahaja; lagi-lagi kalau memang dia je yang suka membaca. Nampak tak dekat situ, yang memang kita saling melengkapi. Kelebihan bukanlah sesuatu yang kita perlu bangga-banggakan, bukanlah sesuatu yang kita boleh beritahu satu dunia tapi, tanyalah;


"Dengan kelebihan ini, bisakah aku membantu Islam? Dengan kelebihan ini, bisakah aku menjadi manusia yang lebih baik daripada semalam? Dengan kelebihan yang aku ada ini, bisakah aku mengajak orang lain turut ikut sama menyelusuri jalan-jalan ini? Dengan kelebihan ini, bisakah aku menjadi hamba yang sentiasa taat kepada-Mu?" 


   Muhasabah. Kita bukanlah malaikat, kita manusia. Dengan kelebihan yang kita ada ini, jika tidak digunakan dengan baik; ingat semula; apakah sebenarnya tujuan kita hidup di atas muka bumi ini? Di pengakhiran kehidupan nanti, apakah hasilnya? Apakah amal yang boleh kita bawa? Adakah kita hanya hidup sekadar untuk bersuka-ria, tanpa sedar sebenarnya dunia ini hanyalah satu persinggahan. Bukan sekadar tempat yang dipenuhi dugaan, tapi tempat untuk kita menuai hasil-hasil untuk kita bawa di sana kelak. Kata Kak Shafwah, "Jangan tanya orang untuk tahu kelebihan dalam diri kita. Tanya diri kita sendiri kerana itu adalah kelebihan kita." Betul, aku akui. Bukanlah paksa diri untuk terus fikir; "Eh, apa kelebihan aku? Eh, apa yang aku boleh bagi untuk agama aku?" Tidak. Bukanlah begitu.

   Berbalik semula cerita logam tadi. Logam; adakah mudah untuk kita jumpa? Tak, kan? Kena gali tanah, tak jumpa, gali lagi. Sampai lah jumpa dan logam yang dijumpai bukan terus menghasilkan bentuk yang menarik, bukanlah terus sempurna. Begitu jugalah kita. Kadang-kadang, kita tak sedar pun kelebihan kita, mungkin tak jumpa langsung! Carilah, dan cubalah pupuk untuk sentiasa update kelebihan kita. InshaAllah. Ada orang dia pandai berniaga, ada orang yang pandai berkata-kata, ada juga orang yang bersuara merdu. Dengan logam-logam mereka ini, mereka boleh menarik orang lain untuk berbuat kebaikan, sekali gus perlahan-lahan menerapkan nilai-nilai Islam itu. Itulah realitinya, secara sedar atau tidak sedar. 

   Contoh; Saidina Umar al-Khattab, beliau dikenali dengan sikap tegas beliau. Beliau dengan beraninya mengwar-warkan keislaman beliau di hadapan khalayak ramai. Jadi, dengan ketegasan dan keberanian beliau itu, telah menarik orang lain untuk memeluk Islam kerana mereka turut merasakan bahawa mereka selamat apabila mereka memeluk Islam setelah melihat Saidina Umar melakukan sebegitu. Nampak tak, logam Saidina Umar yang tegas itu dapat menarik orang lain untuk memeluk Islam? Dalam ketegasannya, punya hikmah punya toleransi, sekali gus membawa sinar untuk yang lain.

   Contoh keduanya; dengan suara merdu, iringan muzik yang sedap didengar, penampilan yang indah dipandang, turut merupakan satu kelebihan. Doa-doa, selawat yang dialunkan mudah untuk dihafal; sekali gus menjadi 习惯 (xiguan/kebiasaan) untuk kita mengalunkan kata-kata indah itu. Jadi, tidak mustahil untuk hidayah itu datang melalui cara ini. Nampak tak? 

   Aku pasti; jika kita duduk berfikir, bermuhasabah, bercakap dengan Tuhan; pasti akan tertanya; apakah amal yang kita akan bawa untuk seterusnya? Apakah sumbangan kita terhadap agama? Apakah sudah kita melaksanakan tanggungjawab terhadap diri sendiri? Apakah sudah kita turut menjaga keluarga kita; yang paling dekat sekali untuk turut sama-sama selusuri jalan indah ini? Jadi, kesedaran itu penting. Pentingnya untuk kita gali ilmu dan belajar dengan hati yang lapang untuk kita serap ilmu itu sebanyak yang mungkin, kerana kita tidak tahu setakat mana kita masih bisa bernafas. Wallahualam. InshaAllah, perlahan-lahan kita mulakan langkah dan teruskan saja. Jangan sesekali berhenti; ingatlah, setiap kejatuhan yang kita alami itu sebahagian plot cerita untuk kita bangkitkan semangat juang kita dalam mengejar cinta Allah. 

Friday, 13 November 2015

Al-kisah sebelum ke Beijing




Minggu pertama:



"Ya Allah, kenapa laju sangat dekat sini? Ke aku yang lambat pick up ni?"

"Weh, siapkan tutorials, dengan lab report. Ha, jangan lupa print sekali nota; nanti claim."


   Dialog yang sangat cliche dekat matrik. Banyak lagi dialog cliche yang lain. Minggu pertama di matrik, memang tak indah lagi. Tak rasa lagi sinar kehidupan di matrik. Air mata tak pernah tak mengalir. Bukan nak cakap matrik susah sangat; tidaklah begitu. Ingat balik ayat Allah; Allah tak akan bebankan hamba-Nya dengan ujian yang kita sendiri tak mampu hadapi. Jadi, saya cuba perlahan-lahan berpegang dengan ayat tu, jalani kehidupan di matrik dengan sebaik mungkin walaupun sebenarnya banyak cabaran yang mesti ditempuhi.


   Nak dijadikan cerita; minggu pertama di matrik turut merupakan tarikh keluar keputusan kemasukan ke IPG. Saya tampak yakin di situ ya. Sangat yakin! Sekali, HA! Bila check, tak dapat. TAK DAPAT! Ya Allah... Perasaan itu memang tak dapat nak digambarkan. Kecewa itu, memang sakitnya tuh di sini. Pehhh... Tipulah cakap tak menangis. Tipulah! Tipulah tak sedih sangat. Tipulah kalau tak rasa terkilan. Masa itu dah terfikir, "Ya Allah, macam mana aku nak survive dekat sini?" 'Kalau ikutkan hati, rasa macam nak berhenti terus dari matrik; sebab dah fikir sampai tahap seolah-olah ''macam tak ada masa depan je dekat sini".  Jadi, apa yang saya harus buat?


   Nak tak nak, memang dekat situ jugalah saya harus meneruskan perjuangan. Memang kena ubah mind set; biar jiwa saya ini masuk dalam kehidupan dekat matrik. Eh, teruk sangat ke matrik itu sampai beria macam ni pikir?  Jawapan saya, tidak!  Matrik okay saja cuma keadaan waktu itu sedikit bercelaru. Hal ini bersangkutan dengan harapan saya yang tidak kesampaian itu. Itu sahaja. Okay, sambung... Mind set sahaja memang tak cukup; mestilah turut diikuti dengan perbuatan. Saya cuba mencari jalan-jalan baru untuk meneruskan hidup dekat matrik. Walaupun dah nak masuk bulan kedua saya di matrik, saya masih lagi meletakkan sepenuh harapan terhadap-Nya. Bukan saya tidak menerima takdir itu dengan sepenuh hati, tapi saya masih lagi berharap. Saya sendiri tak nampak dengan jelas; apakah harapan yang saya pertaruhkan itu sebenarnya? 

   Tidak lama kemudian, di bulan yang penuh barakah; mak telefon. Abah pun telefon. Malangnya, tak dapat diangkat. Pagi itu juga ada nombor yang tak dikenali called saya. Saya dapat satu mesej daripada emak. Mesej dibuka; Ya Allah! Seriously? Ya Allah, betul ni? Betul? Saya sendiri macam tak percaya masa itu. Speechless. Rasa nak menangis pun ada. Mak tulis; "Akak, mak dapat panggilan daripada IPG. Akak ditawarkan program ke Beijing. Akak nak? Nanti mak telefon IPG semula, bagitahu keputusan. Mak kena bagitahu IPG sebelum pukul 4 petang ni."  Memang saya cakap, "NAK!" Mak dengan abah nampak macam agak ragu-ragu mungkin, tapi sebab saya pernah cari maklumat dekat Google, baca blog Malaysian students dekat Beijing; maknanya InshaAllah program yang ditawarkan ini; betul! Petang tu, abah called saya semula, memaklumkan yang abah dah sahkan dengan pihak IPG. Alhamdulillah. 


   Mak dengan abah agak ragu-ragu dengan program ini, maksud saya di sini ialah program ni mungkin tak lah popular seperti program-program yang ditawarkan ke luar negara yang lain. Emak dan abah pun redha dengan keputusan saya. Siapa tak gembira, kan? Maksud saya; Ya Allah, tak boleh nak digambarkanlah. Lagi teruja dapat tahu ada kawan satu dorm masa dekat asrama dulu; Syazwa pun dapat juga ke Beijing. Alhamdulillah :)


   Setelah seminggu, Syazwa dah dapat e-mel daripada pihak tajaan. Sedangkan saya? Masih tak dapat-dapat lagi. Nak masuk minggu kedua, saya dah mula resah, gelisah, gundah-gulana. Bayangkanlah, lepas saja dapat tahu ditawarkan ke Beijing; mind set memang 100% berubah. Badan saja ada dekat matrik itu. Perasaan gundah memang tak boleh nak dikawal. Memang sampaikan dah fikir yang buruk-buruk; "Pihak IPG salah bagi namakah? Ke nama aku memang tak ada? Ke nama aku tak disahkan?"  Macam-macam lah! Banyak sangat fikir. Nak kata saya cool, rileks dalam seminggu itu tidaklah. Memang taklah kan! Air mata ini mengalir sampai tak boleh tidur malam. Tahap stress tu pun memang ergh! Memang nervous sangat. Sampaikan emak dengan abah pun dah mula cuak. Setiap harilah aku WhatsApp Syazwa, tiap-tiap hari jugak dia bagi kata-kata semangat. Sampaikan Syazwa pun dah banyak tolong saya; siap check nama saya lagi dekat pejabat besar sana.


   Sampailah suatu hari, saya nak tengok surat yang Syazwa dapat. Tergerak hati nak e-mel pihak tajaan, dan petang hari Jumaat itu, e-mel saya dibalas. Diminta nama dan nombor IC. Katanya Isnin minggu depan pihak mereka akan periksa nama saya dan beritahu keputusan. Ya Allah, berdebarnya masa itu; Allah saja tahu. Allah saja faham. Sampailah hari Selasa minggu depan tu, saya buka e-mel dan akhirnya, dapat keputusan! Tersentak! Rasa nak menangis teresak-esak tapi saya terpaksa cover sebab masa itu tengah buat eksperimen Biologi; pasal kulit bawang. Rasa memang tak ada mood sangat; rasa nak call abah terus masa itu. Mujur lepas Biology Lab itu waktu rehat. Kecewa sangat bila nama saya tidak ada dalam data pelajar untuk ke Beijing. Seolah-olah nama saya tidak wujud langsung untuk program itu. Allahu.


   Habis Biology Lab tengah hari itu, saya terus called abah. Setelah lama saya bertahan untuk sembilan hari menunggu keputusan melalui e-mel dengan penuh debaran, jawapannya penuh dengan kekecewaan. Tengah hari itu juga abah datang matrik, menjenguk saya. Abah bagi kata-kata semangat, lagi-lagi minggu depan nanti ada UPS (Ujian Pertengahan Semester). Saya dengan rasa terkejut lagi, hanya mampu menangis. Nak cakap apa lagi? Nak buat apa lagi? Tak mampu nak cakap apa-apa dah. Lepas rehat zuhur, saya teruskan kelas seperti biasa walaupun dada macam nak pecah tahan kecewa.

   Keesokkan harinya, abah hantar WhatsApp; rupanya nama saya dikatakan tidak mendapat pengesahan. Maksudnya sama ada daripada saya ke, abah ke atau pun emak; tiada sesiapa pun yang mengesahkan keputusan YA atau TIDAK untuk ke Beijing. Fuhhh, kecewa sis. Abah pujuk saya dengan kata-kata semangat yang sememangnya menusuk ke kalbu, emak pun. Agak terkilan, mungkin ada kekhilafan masa hari nak sahkan nama aku; mungkin. Katanya, peluang untuk nama saya dihantar ke pihak tajaan mungkin ada, tetapi tipis.


   Sedih sangat! Sedih itu memang sedih sungguh. Bayangkanlah, dua minggu saya tunggu e-mel, tak sampai-sampai. Dengan perasaan berdebarnya, dengan serabutnya. Sedih. Malam itu, selepas Maghrib; fikir-fikir balik, hadam balik; saya cuba bertenang. Cuba fikir dengan waras. Bukan dengan emosi. Cuba. Cuba untuk menerima hakikat, mungkin harapan saya setakat di situ. Tidak perlulah untuk berduka lara. Tidak perlulah menyalahkan sesiapa. Tidak perlulah untuk menangis sepanjang masa. Tidak perlulah untuk terus berfikir benda yang sudah terjadi. Walaupun hakikatnya, saya masih lagi mengharapkan sesuatu. Keajaiban? Entah. Saya pun tidak tahu. Malam itu, saya perlu bangkit, bangkit untuk berjuang di jalan yang tidak pernah-pernah saya sangka untuk saya terus hadapi. Saya terus ke bilik class mate untuk buat tutorials Fizik. Tangan gatal lagi nak check e-mel. Mengharap lagi, konon.


   Ya Allah! Ya Allah Ya Robbi Ya Kareem. Saya speechless. Rasa macam nak pengsan pun ada. Saya telah mendapat e-mel dari pihak tajaan! Alhamdulillah. Mulanya memang tak percaya; tapi bila saya tanya semula, memang betul e-mel tersebut daripada pihak tajaan. Subhanallah. Hari kejadian ialah 8/7; tarikh untuk hantar salinan passport dan lampiran yang dikehendaki itu pada 10/7. Saya called emak, abah, Ya Allah, tak terkata. Terus saya print segala dokumen, dan keesokkannya 9/7, secara rasminya saya bukan lagi pelajar KMPh. 




   Cukup sampai di sini cerita saya. Saya yakin; sangat yakin. Memang benar, Allah tidak akan menguji kita dengan sengaja, cerita yang diatur-Nya sangat menarik; cumanya keindahan sesuatu cerita itu pasti menyerlah andai kita mencorakkannya dengan perkara yang Dia redhai. Setiap orang ujian yang dihadapi lain ceriteranya, lain caranya untuk mencorakkan plot-plot cerita itu. Namun, apa-apa sekali pun, kalau tidak berbalik kepada Allah; bisa kita redha dengan kisah hidup kita sendiri?


Friday, 6 November 2015

Salji: Pertama Kali


   Dalam kesejukan subuh yang mencengkam sampai ke tulang sum-sum ni, aku terdengar suara seseorang menjerit. Cuak tak? Haaa, aku cuak tau. I thought that ada orang tengah bergaduh ke apa ke~ Sekali aku jenguk kepala, nak bagi telinga aku dengar butir-butir bicara suara itu. Suara tu sangat familiar tau :'D Setelah meneliti betul-betul butir perkataan daripada suara tu, Ya Allah, mana tak menjerit orang weh! Rupa-rupanya salji turun! 

   Alhamdulillah, siapa tak seronok kan~ Siapa tak teruja; lagi-lagi kali pertama kot dapat tengok salji real depan mata! 当然我很高兴。Memang tersengih lah kan~ I thought that yang kami orang (bebudak batch 8) yang balik Malaysia bulan Januari nanti tak dapat nak merasa salji tapi bila Allah dah kata "Kun..." maka, Jadilah~ Alhamdulillah :) Sejak dari beberapa hari yang lepas tau kami agak kecoh pasal salji nak turun ni. Semua macam, "Uishhh tak sabar nak tunggu hari esok, salji turun ke tak~" Sebab boleh dikatakan setiap hari, dari sebelum gerak ke sekolah lagi dah check apps weather. Sekali check, tup tup katanya minggu ni ada turun salji, haaa... Siapa tak teruja kan? Lagi pula, sekarang baru musim luruh, jadi, luruh ada salji!!! Woahhhhh~ 






   Semuanya jadi dengan izin Allah; alhamdulillah lah, bersyukur sebab dah merasa. On the way ke sekolah, rasanya kami orang je yang berhuha huha, main campak-campak salji, foreigners lain tak pun :'D SERONOK WEH. Perasaan masa tu macam percaya tak percaya. Fuhhh~Masuk je kelas, fokus dia kejap-kejap tengok luar tingkap. Haaaa gitu :'D Laoshi faham je, sebab first time nak merasa salji haaa...


   Yang mencabarnya hari ini, suhu dalam 1 darjah Celcius, 2 darjah Celcius. Pehhh, sejuk sungguh weh kaki, tangan. Beku! Fon pun tak detect dah jari :'D Adoi~ Beku weh, tapi beku beku pun haaa main jugak salji dekat padang sekolah tu. Siap baring haaa jangan main-main. Bukan selalu dapat main salji, yedok? Ok habis, cerita salji je lah jawabnya :)





Sunday, 25 October 2015

University Trip: Henan


Bismillahhirrahmanirrahim.

Soalan; "Adakah kita ini musafir; dari 六号楼 (liuhaolou) ke sekolah?"
Jawapan; "Ya, musafir menuntut ilmu."

Bila mana aku ke China dengan perasaan teruja, belajar semata; sebenarnya persediaan itu belum berapa nak cukup. Perkongsian, demi perkongsian; tazkirah, usrah, wuishhh, memang awesome ah. Hati pun nak makan; "makanan luar biasa". Teruja weh teruja. Ada benda lain yang perlu ditanam dalam-dalam, biar kita dapat memaknai banyak perkara.

I was in a situation like, "Weh. Apsal kau nampak macam enjoy je belajar? Tak susah pun. Memang lah kan, belajar bahasa Mandarin je, kan? Tak susah macam benda lain. Satu subjek je. Tung laaa~"

Mencabar jugak pernyataan tersebut *emoji sengih ada setitik peluh kat dahi*. Kita doa banyak-banyak biar Allah permudahkan perjalanan kita, sepanjang musafir di jalan menuntut ilmu ni. Belajarlah apa-apa pun, semua tu merupakan proses pembelajaran sepanjang hayat. Sampailah mati nanti. Ibaratnya kita belajar Bahasa Arab tu, Bahasa Melayu tu, Bahasa Inggeris tu; mudahkah? Dengan segala nahu, balaghah, masdarnya, terus dapat A+ dalam SPM? Ya? Begitu mudah? Kalau mudah, baguslah untuk anda tapi bagi aku, ia merupakan satu perjalanan yang panjang. 

Nak katanya, bukan mudah ye kita nak belajar, walaupun belajar bahasa je. Jangan membanding beza benda-benda yang kita belajar dengan orang lain belajar. Ilmu tu berbagai-bagai. Banggalah dulu kita pernah jadi 'saintis', kita pernah jadi 'akauntan', pernah jugak jadi 'peguam syariah', pernah jugak jadi 'pakar sejarah'. Sebab Allah kata kita mampu menghadapi segala benda yang Dia bagi, jadi; dengan kata mudahnya setiap perkara yang kita lalui semua berbeza dan ada cara untuk kita hadapi. Betul? Benda yang kita belajar sekarang mungkin susah, mungkin mereka tatkala ini masih senang lagi. Mungkin akan datang, kita belajar sempoi, mereka pulak sibuk, struggle. Nampak tak? Tunggu masa je. Ukhwah fillah a'badan a'bada :) InshaAllah.



Sekilas Pandang: Bedah Henan

Henan (河南; pinyin: Hénán), ialah sebuah wilayah di China yang terletak di bahagian tengah negara. Nama Henan bermaksud "selatan Sungai Kuning" (Huang He).

Dengan jumlah penduduk menghampiri 100 juta orang, Henan ialah wilayah China yang paling ramai penduduknya. Henan bersempadan dengan Hebei di utara, Shandong di timur laut, Anhui di tenggara, Hubei di selatan, Shaanxi di barat, dan Shanxi di barat laut.

Henan juga kerap dipanggil Zhongyuan ( 中原 zhōngyuán) atau Zhongzhou ( 中州 zhōngzhōu), yang bermaksud "dataran tengah" atau "pusat negeri"; nama ini juga digunakan untuk menyebut seluruh Dataran China Utara. Henan dianggap sebagai tempat lahir tamadun China.

Sumber: Wikipedia





Henan

Day 1:

Bangun seawal pukul 4 pagi, siap-siap, turun. Nak keluar 六号楼 (liuhaolou) pintu masih tertutup! Fuhhh debor, siap ketuk-ketuk pintu jerit "Fuwuyuan! Fuwuyuan!", 5.30 baru dibuka. Fuhhh debor, jalan ke seberang pulak dah nampak dah 老师 (laoshi), sedia menunggu. Gerak ke stesen kereta api, haaa 1st time oghang kampung macam koi naik kereta api. Keluar waktu subuh, memang sejuk! Pehhh mungkin dalam 9-10 °C. Teruja betul keluar wap dari mulut *macam cerita orang putih tu*. 

Tengok gambar senior,dekat Henan berjerebu, jadi kita tengok lah macam mana nanti. Pejam celik pejam celik, lama jugak duduk dalam kereta api. Dari pukul 7.40 pagi sampai 10.50 pagi. Mujur jugak bawak makanan dalam beg, kalau idok, mak aihhh, lapaq! Aku duk peghati lah, kelajuan paling laju kereta api ni dalam 298 km/j. Sebab macam penat semacam, ceh, separuh masa dalam kereta api tu didatangi mimpi indah :) Oh lupa, travel agent yang bawa rombongan 北外 (Beiwai) ni ialah Chinese Palace International Travel Service.

Sampai je dekat Henan, pehhh, jerebu awaaa~ Pehhh, dahsyat! Suhu pun makin tinggi dalam 22 °C. Makanan dia, alhamdulillah. Surau pun disediakan. Besar lagi :) Macam biasalah, tandas tak ada air, berbotol bertisu lah kita~ Dugaan hari pertama, ada sekumpulan batch mates tersangkut dekat lif. Fuhhh~ Setengah jam mungkin. Kesian depa, mujur semuanya okay, alhamdulillah. Perjalanan ke Shaolin Temple bermula! Ingatkan dekat, rupanya dua jam setengah perjalanan, pehhh... Di kawasan ni, sekolah kung fu memang banyak. Maka, ramailah yang kelihatan botak. Seronok tengok budak-budak berlatih kung fu, comel hehe. Sampai sana, macam biasa; bergambar dengan 老师 (laoshi). Pukul 5 petang, Kung Fu Show; pehhh, AWESOME! Memang best! Dapat tengok real depan mata tu; patahkan besi guna kepala, pisau tak lut badan lah, macam-macam. 

Pehhh, disebabkan atas kelewatan berikutan tersangkut dekat lif tu, maka jadual travel kami harini agak singkat. Kami ke Shaolin Temple kemudiannya, dah gelap. Walaupun baru pukul 6 petang tapi gelap tu macam pukul 7.45 malam gitu~ Temple tu pun dah ditutup pintu-pintu di dalamnya. Jadi, ke Pagoda Forest pun sekejap juga. Setakat kita tengok, dengar cerita asal usul pagoda tu lah. Dinner pulak; Ya Rabbi! Alhamdulillah. Rezeki Allah beri, syukur sangatlah. Hotel pun alhamdulillah. Nama hotel ni Shaolin Epo Chanwu Hotel. Memuaskan :) Gaisss, we had created lots of memories today, hope that tomorrow we will gain more :D Borak-borak, makan-makan dengan laoshi; fuhhh rasa macam budak-budak lagi pun ada. Pihak sekolah sangat menjaga kebajikan pelajar; awesome! Tomorrow will be a long day. Let's have a rest! Rabbi yassir wa la tua'ssir.



Day 2:

Usai breakfast, check out hotel terus ke Luoyang. 1 jam perjalanan, alhamdulillah selamat sampai. Kami masuk ke Caves of The West Hill; tempat bersejarah jugak. Banyak gua; dia bukan gua yang masuk dalam-dalam tu *sebab aku bayangkan masuk gua yang dalam-dalam tu*, rupanya gua itu diukir dengan patung-patung Buddha. Macam lubang; dekat dalam tu ada patung Buddha. Menceritakan banyaknya sejarah di negara China ini. Tertarik dengan satu gua ni; agak panjang guanya, sejarah menceritakan bahawa seorang perempuan yang berkuasa mengetuai pembinaan gua tersebut. Nanti kita sama-sama cari cerita tentang wanita hebat ini eh. 

Dekat situ ada sebatang sungai mengalir, berkabus *mungkin, bukan jerebu kot*, sangat cantik! Udara pun sejuk; lagi-lagi waktu pagi. Pehhh, memang sejuk. Dikatakan ada dua hotel 5 bintang dekat situ, khas untuk pekerja kerajaan sahaja. Wuishhh, dalam kepala aku, "Emangnya kerja kerajaan sini kaya ke?" Ok abaikan persoalan tu. Ramai pelancong dari Malaysia yang melancong dekat sini. Chinese, 当然 (of course) lah. Jadi, semua agak terkejut lah wujud pelajar Melayu belajar Bahasa Mandarin dekat Beijing. 

Erm, apa rasional melihat patung-patung Budhha? Selain daripada jawapannya; lawatan sekolah, sedarlah aku bahawa sebenarnya banyak tinggalan sejarah yang tak habis-habis untuk diterokai. Sejarah memang perkara yang dah lepas, tapi sayang kalau kita tidak tahu sedikit pun. Seronok! Biar pun penat berjalan. Penat yang berbaloi :) Alhamdulillah. Sedar tak sedar, 3 jam berjalan keliling gua :D

Dekat China, populasi Muslim ramai jugak sebenarnya. Jadi, nak cari restoran halal pun mudah. Alhamdulillah, Yuxiuzhai Muslim Restaurant jadi hentian seterusnya. Solat pula di salah sebuah masjid di sini. Macam biasa, disambut penuh mesra oleh mak cik-mak cik yang memang teruja lah dengan kedatangan saudara se-Islam. Malangnya, aku dengan kawan-kawan pun bukan lah fasih sangat nak bercakap. Setakat perkataan-perkataan dari bab 1 hingga bab 8 je lah :'D Nak borak pun gitu-gitu je lah. Kemudian, gerak ke Museum of Luoyang Eastern Zhou Royal Horse and Chariot Pits. Kecil aje muziumnya; cerita pasal kuda-kuda, yang pernah bawak raja naik cart tu. Sekejap aje pusing-pusing, dalam 4.20 petang dah gerak ke hotel. Check in hotel baru pulak; Joysion International

Kepala pening-pening jugak asyik makan daging, berangin terus. Bukan nak salah kan daging, heh, tapi itu dah terhidang; tak makan rugi, ceh. Pukul 6 petang, kami bergerak ke restoran berdekatan dengan hotel ni. Macam gitu lah lauknya. Kita makan aje. Ukhwah makin rapat lah, lagi-lagi dengan laoshi. Nak dijadikan cerita, sebelum bertolak ke restoran, seorang rakan kome menangis sebab sakit perut sangat. Sakit perut pun tak boleh buat main eh. Kalau kena yang cirit-birit, lagi sakit. Memang hilang mood, jalan pun tak senang. Nak cari tandas satu hal. Nak selesa guna tandas hotel je lah. Laoshi pun taobao kan makanan untuk rakan kome sorang ni dengan seorang lagi rakan kome yang meneman ha. In this case, whatever happens, cakna persekitaran, selalu support kawan, jangan selfish and bersyukurlah kerana punya teman dan guru yang sayang terhadap anda :)

Alhamdulillah sekali lagi diberi kesempatan melihat ciptaan Dia. InshaAllah esok bertambah lagi perasa cerita musafir di Henan ini.




Day 3:

Macam biasa, kami bersarapan, check out hotel dan meneruskan perjalanan ke Jiaozuo. 同学 (tongxue/class mates) ada yang muntah-muntah, sakit perut. Jadi, dapat dah gambaran sedikit sebanyak mood untuk cerita hari ini. Dari Luoyang ke Jiaozuo ambil masa dalam dua jam setengah dan aku tak dapat nak melelapkan mata sangat. Cuaca pulak macam makin sejuk je. Sampai je dekat Yuntai Mountain, semua cari 卫生间 (weishengjian/toilet). Termasuklah 老师 (laoshi/teacher). Sejuk~

Nak ke gunung tu naik bas lah. Bas yang disediakan. Dalam 15 minit baru sampai dekat atas. Lepas solat, maka bermulalah perjalanan kami. Jalan dekat gunung tu 2 km pergi, 2 km balik. Paham? Sepanjang 4 km berjalan ni, jalannya bukan landai je tau; jalan atas batu yang licin, ceiling yang rendah, tangga curam yang tinggi *penat...* Walaupun agak penat jugak, tapi sepanjang perjalanan tu ada 'nature show' tau. Air terjun yang mengalir, bunyi air terjun tu; pehhh SubhanAllah, berbaloi sangat. Air biru, segar, sejuk, ikan kecik-kecik pun boleh nampak dengan jelas dalam air tu. 

Habis je perjalanan kami dekat air terjun yang sangattttttttt segar tuh, ada taichi show dekat tengah-tengah valley dekat situ. Semangat jugak aku berlari nak tengok show tu. Laoshi was like, "Look, there is taichi show. Taichi...". Tu yang semangat tuh; kanak-kanak ribena sangattt :'D Ada seorang mak cik Chinese ni cakap; muka kami macam orang Arab ada, Sri Lanka pun ada, Fuji pun ada *gelap ke kulit ni* Sekali kami jawab Malaysia; terkejut cimpanzi jugak muka depa. Macam tak caya je kami orang Malaysia. Cehhh, emangnya muka Malaysia camana ehehehehe :'D Cuba lah sikit-sikit kita cakap bahasa Cina dengan orang sini. Bila lagi, yedok? Asyik tanya "duoshao qian?" je *sebab pergi pasar je dekat Beiwai tu*.

Lepas tu, turun ke Hongshi Valley; yang dalamnya 60 meter. Kami turun sepanjang 60 meter tu; pehhh skru kaki kena ketatkan lagi. Pak cik tour guide pulak jalan laju amat :'D Memang lawooo dekat lembah tu. MashaAllah lawo sangat! Masih ada lagi air terjun. Ya Allah, air dia memang biru betul! Dekat situ pun ada empangan. Cerita pasal air terjun je lah hari ni.

Di sebalik keseronokan tengok ciptaan Tuhan ni, ada 同学 (tongxue/class mates) yang sakit. Muntah-muntah, sakit perut, tak ada selera makan. فصبر جميل  يا اصدقاء. شفاكن الله



Day 4:

Aku ingatkan dekat jarak antara Kaifeng dengan Jiaozuo, rupanya 4 jam dalam bas. Wuhhh 4 jam! Sejam je lah terlelap. Sampai dalam lebih kurang pukul 12 tengah hari. Trip hari ini dimulakan dengan melawat Kaifeng Fu (Kerajaan Kaifeng). Ibaratnya aku masuk istana lah. Tiket harga 30 元. Dikatakan kerajaan itu wujud pada era Dinasti Tsung. Di situ, diceritakanlah macam mana kerajaan era Dinasti Tsung itu punya karya yang banyak, kesusasteraan yang hebat malangnya kerajaan itu tidak punya ketenteraan yang kuat berikutan pentadbir ketika itu tidak berapa bijak; cerita tour guide tu lah. 

Sambungan cerita; rakyat China ketika itu jika mahu naik pangkat, kekayaan dan macam-macam lah, perlulah mengambil peperiksaan selama 3 hari. Tanpa berhubung dengan orang luar. Soalan exam depa; cipta puisi sendiri, kena tahu dokumen-dokumen pasal negara dsb. Yang paling penting, mestilah benda yang baik-baik pasal kerajaan. Kalau tak, dipancung! Oleh itu, menurut tour guide tu, kebanyakannya yang dijawab oleh calon-calon fake semata. Ye la, takkan nak kutuk kerajaan, senang-senang mati kena pancung. Menarik sejarah negara China ni, sangat menarik!

Kebetulan, stesen TV; CCTV tengah buat rakaman. Jadi, depa pun duk rakam kami. Di suatu tempat, pejabat mungkin; ada 3 tempat pancung yang berbeza patung haiwannya melambangkan darjat seseorang. Ada anjing, harimau dan naga. Di situ, tempat tu dikunci tau, maksud aku macam, "Don't cross the line." Gitewww~ Tiba-tiba, datang pak cik yang jaga tempat tu, buka kunci. Lepas tu dia bagi kami masuk. Maksud aku, 马来西亚人 (Malaixiya ren/Malaysian people) sahaja yang boleh masuk, sebab CCTV nak rakam. Pehhh macam retis kawsss orang tangkap-tangkap gambar. Cehhhh over. Disebabkan masa terhad, hanya sejam saja lawatan kami di sana, kami pun beransur untuk lunch.

Nak ke shenme shenme shenme *aku tak ingat nama tempat*; yang pasti taman lah, agak lama jugak. Terrible traffic jammed weh, lama duduk dalam bas harini. Waktu petang makin singkat, dalam pukul 5 pun dah gelap. Jadi, terhad jugak trip harini. Cuaca harini katanya sejuk, tapi kita hanya mampu merancang. Sekadar ramalan. Takdirnya, harini agak panas :')

Jalan-jalan harini, banyak benda yang duk terpikir. Banyaknya kepercayaan dan sejarah di negara Tembok Besar ni. Punya cara dan adaptasi berbeza dalam amalan seharian, dengan agama yang berbeza juga. Katanya, di sini mengamalkan kebebasan beragama juga tapi kenapa bisa aku menidakkan pernyataan itu? Sampai ada yang tegur, "Why so serious?". Okay, I step back.

InshaAllah esok hari terakhir kami di Henan. Destinasi esok, InshaAllah di Sungai Kuning dan esok jugalah kami berangkat pulang ke Beijing. Lusa sekolah dah :) Wuihhh...




Day 5:

Pukul 6 pagi dah turun untuk bersarapan. 7.30 pagi gerak ke destinasi seterusnya; Sungai Kuning. Dua jam perjalanan, alhamdulillah selamat sampai. Hari ni sejuk amat! Suhu hari ini 12°C, ditambah pulak dengan hujan renyai-renyai; pehhhhhhhh sejuk angattt~ Sejuk tuh memang berlapis-lapis jugak pakai baju nih. Kemudian, nak turun ke Sungai Kuning bukan boleh jalan kaki je eh, naik hovercraft kawsss~ Kami dibawa sehingga ke daratan, di tengah Sungai Kuning. Kami diberi masa 10 minit saja untuk bergambar; atas faktor kesihatan dan keselamatan. Jadi, sekejap sajalah kami di atas air tu. Tak sampai setengah jam.

Bedah Sungai Kuning: Sungai ini merupakan sebatang sungai yang kaya dengan sejarah. Apa ceritanya? Di tepi-tepi sungai ini, dekat tebing tu terdapat tinggalan sejarah, dari dinasti-dinasti sebelum ni. Dalam sungai ini ialah 7 meter. Lebar sungai tak pasti. Yang pasti, lebar jugak. Dekat tengah-tengah sungai ada jambatan; The Great Bridge, yang menghubungkan dua tempat, sepanjang 8 km.

Selesai berurusan dengan air, kita jejak tanah pulak. Dekat belakang kawasan sungai tu ada gunung, yang terdapat ukiran patung wajah dua orang yang dikatakan perintis budaya di China. Nanti sama-sama kita bedah; siapakah dua orang manusia ini? Besar ukiran tu sebab atas gunung; engko bayangkan yang dalam cerita Naruto, yang Hokage tu diukir besor-besor kat gunung tu. Kemudian, gerak ke restoran, seterusnya ke terminal kereta api laju. Begitulah kesudahan trip di Henan. 再见 (zai jian/good bye), Henan