Beijing 1.0




   Alhamdulillah, masih lagi hidup dalam nikmat Iman dan Islam :) Macam dah lama tak menulis woi ! Fuh !



   Saya checked balik post sebelum ini, last cerita Beijing pasal main salji kot. Adoi, macam budak-budak, but saya nak juga lah cerita serba-sedikit pasal Beijing. Ha, why Beijing? Why? 为什么?Haaa, sebab sis duduk dekat Beijing, jadi sis buka lah sedikit cerita pasal Beijing.



   Bismillahhirrahmaanirrahiim :) Okay, jujur lah saya cakap, sebelum saya ke China, apa yang dibayangkan dalam kepala pasal China lagi-lagi Beijing; bangunan tinggi-tinggi, banyak shopping complex, penduduk yang ramai tapi still tak boleh nak bayangkan yang sebenar-benarnya *yelah, tak pernah sampai sini lagi* Sekali dah sampai; rupanya begini~ Rupanya begitu. Benda pelik yang pertama, naik bas pintu belah erk, kanan. Ye lah, dekat Malaysia naik belah kiri. Ye dok~ Sampai dekat 宿舍楼 (bangunan asrama) rasa aneh gitu. Ye lah macam tak percaya lagi. 



   Sis pernah terfikir, kecik-kecik dulu, "Ada ke sim card yang apabila kita call orang, kredit orang tu ditarik sekali...?" Serius, sis pernah terfikir kecik-kecik dulu and yessss ! Wujud ! Dekat China :) Tak tahu lah pula dekat negara lain pula. Wujud rupanya, bila kita call orang, bukan kredit kita saja yang ditarik, kredit orang itu pun ditarik juga ha... Itu satu. 


   Dua; dekat sini tak perlu lesen nak tunggang motosikal. Ye lah, rakyat ramai. Selain itu, di sini banyak digunakan basikal elektrik. Jaranglah nampak orang pakai topi keledar kecuali orang yang bawa motor besar tapi 习惯 (xiguan/kebiasaan) dekat sini tak payah pakai pun takpe. InshaAllah selamat. Orang yang bawa motor, kereta, bas, lori dekat sini; walaupun engko berdiri 50 meter depan dia, dia dah hon awal-awal. Jadi, jangan nak terasa sangat dihon~ Lama-lama biasa lah dihon. Peraturan dekat sini; andai kata engko bawak basikal, then engko terlanggar orang. Orang itu terjatuh, jari terseliuh. Nak dijadikan cerita, dia yang jalan sambil main fon, kita pula bawa dengan penuh hemah tup tup muncul orang depan kita main fon tak sempat mengelak. Haaa, sekali dia saman beribu, kena bayau lah jawabnya. Nak tak nak pun. Kesimpulannya, kenderaan yang lebih besar akan disalahkan. 明白了? Faham?






   Ketiga, sis nak cerita juga kemajuan dekat China ini. Yang paling sis suka, teruja; subway weh! Subway! Dalam bahasa Cina, 地铁 (ditie) atau dalam bahasa Melayu ialah kereta api bawah tanah. Sudah menjadi kebiasaan juga dekat sini naik subway selain daripada naik 公共汽车 (gonggongqiche/bas awam). Dekat sini, nak memudahkan kita naik bas dan ditie, ada kad untuk kita swipe nanti. Nak topup kad, topup dekat stesen subway. Okay, apa kepentingan kad ini? Kenapa tak bayar pakai duit saja? Ha boleh je. Boleh juga nak bayar pakai duit, tapi sebab duduk lama sini, nak mudah pakai kad. Swipe je. 


   Haaa nak cerita sikit. Ini merupakan satu benda yang diamalkan oleh rakyat China dekat sini; lagi-lagi rakyatnya sangat ramai. Jadi semua benda nak cepat, mudah, cermat. Kalau fikir balik, bas awam dekat Malaysia pun dah promote pakai kad. Macam syarikat Rapid. Aku sokong cadangan pakai kad swipe saja, sangat menyokong! Tidak lah timbul lagi masalah tak ada duit kecik lah, nak duit baki lah! Ha, baik guna kad, tak ada lah nak menyusahkan drebar rapid korek besi tempat simpan duit nak bagi baki. Cukuplah drebar buat kerja dia sebagai drebar, bukan akauntan separuh masa. Peh! Guna kad bukanlah satu benda yang menyusahkan tetapi satu legasi kemajuan negara. Ok, sis menyatakan pendapat sis saja tapi rasa ada berkeping-keping duit singgit singgit, bayar je lah. Orang rasa susah sebab persoalan remeh selalu dipersoalkan; contohnya, "Eh kejap swipe kat depan, kejap swipe belakang, leceh ah!". "Eh, susah ah buat kad, kang hilang lah apa lah!" Amboih, alasan. Kata nak maju~ Kad itu memang lah, kita masuk ikut pintu depan swipe dulu. Nak turun, swipe lagi. Kalau nak tahu sebab, panjang pula ceritanya, tapi memang macam itu lah. 



   Baru cerita pasal bas. Ha panjang dah. Keempat, kalau bab menjual beli dekat sini, ada kedai kita boleh tawar-menawar, ada kedai kita tak boleh nak menawar. Contoh; kedai runcit, rasa harga mahal semacam, ha memang wajib tu, sis sendiri tawar-menawar. Mahal weh! Mentang dia tahu kita 留学生 (liuxuesheng/pelajar luar negara), banyak duit lah konon, dia letak harga tinggi. Tips dia, dia paksa engko beli, kau memang tak nak, lari je! Tak pun, engko nak beli, tapi dia letak harga tinggi, kau letak harga yang orang cakap; memang padanlah dengan standard barang itu. Kalau dia tak bagi juga harga itu ditawar dengan harga yang rendah, engko lari je lah! Kebanyakannya, pak cik mak cik itu kejar balik, dia setuju saja dengan harga kita dan akhirnya, kita dapat beli barang tersebut. Kadang depa letak harga tinggi sebab kita orang luar. Jadi, kena ada hati yang sado lah nak fight dengan peniaga sini. Kedai yang tak boleh ditawar, contohnya; kedai yang memang dia letak price tag, contoh pasar raya. Wokeh, tak lawak!



   Haaa nak cerita harga barang dekat sini, woi tak semurah yang disangka! Tak murah woi~ Nak katanya; contoh dekat Pasaraya A harga roti RMB 2.99. Lepas itu engko pergi beli barang lain dekat Pasaraya B; pastu terperasan roti dekat situ RMB 7.99! Contoh lain; yogurt Pasaraya A RMB 8.89, dekat Pasaraya B RMB 7.99. Jangan terkejut! Memang macam itu. Tak ada pula aku tengok pihak dia serbu-serbu kedai yang naik harga ke apa ke. Tapi kalau nak banding harga sesetengah barang, memang ada lah yang murah berbanding Malaysia. Memang ada yang murah tapi tak banyak kot ek. Lain tempat, lain harga. Jadi, pendapat sis lah, kalau tak explore habis Beijing ini, memang tak tau lah nak beli barang murah dekat mana. Lagi-lagi, makanan ha~ Jadi, ada juga lah benefits keluar berjalan; bukan keluar saja-saja. Ni nak survive hidup sini juga ni. Satu benda yang sis suka dekat sini, depa dah terbiasa untuk bawa beg sendiri, maksud sis, depa tak guna plastik. Ada juga orang yang minta plastik tapi tak ramai. Jadi, boleh lah dipraktikkan dari semasa ke semasa dekat Malaysia. Sampaikan kiteorang dekat sini, nak keluar beli barang, siap-siap bawa beg sendiri. Ha... Kita try eh~ Dekat Malaysia ada juga yang dah mempraktikkan untuk bawa beg sendiri. Dalam troli itu biar tak nampak beg plastik langsung, cewah :P  Okay, next!



   WeChat merupakan aplikasi yang direka oleh Chinese sendiri. Walaupun saban hari kita mendengar WeChat merupakan apps yang langsung tidak mendatangkan faedah untuk rakyat Malaysia tetapi lain pula situasinya di China. Melalui WeChat saja, kami boleh beli tiket kapal terbang, tiket kereta api, tempah hotel, beli tiket wayang, tempah Grab Car, baca berita dan banyak lagi kegunaannya. Selain itu, kami hanya menggunakan WeChat untuk scan QR Code ketika membeli-belah. Mudah, kan? Menarik betul! Yang utamanya, fon itu kena ada internet lah. Itu saja. Walau bagaimanapun, aplikasi ini disalahguna oleh rakyat Malaysia. Siap ada label dak dak WeChat, peh! Kiteorang punya group kelas dengan cikgu-cikgu pun pakai WeChat, nak tak nak memang pakai WeChat. 


   Erm, apa lagi ya? Banyaklah kan. Ini baru 0.01 %. Dari sehari ke sehari memang banyak cerita kalau nak diceritakan, nanti adalah yang akan menyusul kemudian hari, InshaAllah, dengan izin Allah lah :) 



Comments

  1. Salam kak Jiha, Malaysian students selalunye buat part-time jobs apa ye kt Beijing?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. Erm, setakat ni tak pernah dengar lagi students buat part-time jobs tapi mungkin ada. Saya tak pasti.

      Delete

Post a Comment

Tak salah nak bagi pendapat :)

Popular posts from this blog

Buat Apa Selepas SPM?

Temuduga IPG : Sejarah 2015

Kau Belajar dekat China ?!?