Amacam Hidup di Beijing?






   Sis pernah terfikir, kecik-kecik dulu, "Ada ke sim card yang apabila kita call orang, kredit orang tu ditarik sekali

Alhamdulillah, masih lagi hidup dalam nikmat Iman dan Islam. Macam dah lama tak menulis. Sejujurnya, sebelum saya ke China, perkara yang terbayang dalam kepala pasal China lagi-lagi Beijing; bangunan tinggi-tinggi, banyak shopping complex, penduduk yang ramai tapi masih tak boleh nak bayangkan yang sebenar-benarnya.

Sekali dah sampai; rupanya begini. Rupanya begitu. Benda pelik yang pertama, naik bas pintu belah erk, kanan. Iyalah, dekat Malaysia naik belah kiri. Sampai dekat 宿舍楼 (bangunan asrama) rasa aneh gitu. Saya pernah terfikir, kecik-kecik dulu, "Ada ke sim card yang apabila kita call orang, kredit orang tu ditarik sekali?" Serius, saya pernah terfikir dulu and yes! Wujud ! Dekat China. Tak tahu lah pula dekat negara lain pula. Wujud rupanya, bila kita call orang, bukan kredit kita saja yang ditarik, kredit orang itu pun ditarik juga. Itu satu.

Dua; dekat sini tak perlu lesen nak tunggang motosikal. Ye lah, rakyat ramai. Selain itu, di sini banyak menggunakan basikal elektrik. Jaranglah nampak orang pakai topi keledar kecuali orang yang bawa motor besar tapi 习惯 (xiguan/kebiasaan) dekat sini memang tak pakai topi keledar. Namun, seeloknya pakailah topi keledar, ya. Walau bagaimanapun, menjelang tahun 2019 ini, Beijing melarang sama sekali penduduknya untuk menunggang basikal atau motor elektrik tanpa lesen. Jadi, nak ada lesen kena mohon dan peraturan semakin ketat. Dalam kawasan kampus hanya kawasan kereta pensyarah dan pejalan kaki sahaja. 

Orang yang bawa motor, kereta, bas, lori dekat sini; walaupun kita berdiri 50 meter depan dia, dia dah hon awal-awal. Jadi, jangan nak terasa sangat kalau dihon. Lama-lama biasa lah dihon. Peraturan dekat sini; andai kata kita bawa basikal, then terlanggar orang. Orang itu terjatuh, jari terseliuh. Nak dijadikan cerita, dia yang jalan sambil main fon, kita pula bawa dengan penuh hemah tup tup muncul orang depan kita main fon tak sempat mengelak. Ha, sekali dia saman beribu, kena bayau lah jawabnya. Nak tak nak pun.

Ketiga, saya nak cerita juga kemajuan dekat China ini. Yang paling saya suka, teruja; Subway! Dalam bahasa Cina, 地铁 (ditie) atau dalam bahasa Melayu ialah kereta api bawah tanah. Sudah menjadi kebiasaan juga dekat sini naik subway selain daripada naik 公共汽车 (gonggongqiche/bas awam). Sangat laju berdesup, MRT, LRT, KTM tu saya kira macam gear 1, subway di China gear 5, gitu!

Dekat sini, nak memudahkan kita naik bas dan ditie, ada kad untuk kita swipe nanti. Nak topup kad, topup dekat stesen subwayOkay, apa kepentingan kad ini? Kenapa tak bayar pakai duit saja? Boleh juga nak bayar guna duit tapi sebab selalu naik pengangkutan awam, nak mudah pakai kad. Swipe je. Zaman 2018, tak pakai kad pun tak apa, swipe guna fon saja asalkan muat turun aplikasi Alipay ataupun Apple Wallet. 

Keempat, kalau bab menjual beli dekat sini, ada kedai kita boleh tawar-menawar, ada kedai kita tak boleh nak menawar. Contoh; kedai runcit, rasa harga mahal semacam, memang kena tawar-menawar. Mahal weh! Mentang dia tahu kita 留学生 (liuxuesheng/pelajar luar negara), banyak duit lah konon, dia bagi harga tinggi sikit. 

Tips menjual beli di China, dia paksa engko beli, kau memang tak nak, lari je! Tak pun, engko nak beli, tapi dia letak harga tinggi, kau letak harga yang orang cakap; memang padanlah dengan standard barang itu. Kalau dia tak bagi juga harga itu ditawar dengan harga yang rendah, engko lari je lah!

Kebanyakannya, pak cik mak cik itu kejar balik, dia setuju saja dengan harga kita dan akhirnya, kita dapat beli barang tersebut. Kadang depa letak harga tinggi sebab kita orang luar. Jadi, kena ada hati yang sado lah nak fight dengan peniaga sini. Kedai yang tak boleh ditawar, contohnya; kedai yang memang dia letak price tag, contoh pasar raya.

Semasa tawar-menawar, jiwa kena kental! Kena sergah sikit dengan pak cik mak cik tu, muka jangan nampak sangat nak menangis. Dia memang psiko punya, you rilek rilek saja ma... 

Satu benda yang saya suka dekat sini, ketika membeli-belah mereka terbiasa untuk bawa beg sendiri, maksud saya, mereka tak guna plastik. Ada juga orang yang minta plastik tapi tak ramai. Jadi, boleh lah dipraktikkan dari semasa ke semasa dekat Malaysia. Sampaikan kami dekat sini, nak keluar beli barang, siap-siap bawa beg sendiri. Ha. Kita try eh~ Dekat Malaysia ada juga yang dah mempraktikkan untuk bawa beg sendiri. Dalam troli itu biar tak nampak beg plastik langsung. Okay, next!

WeChat merupakan aplikasi yang direka oleh Chinese sendiri. Walaupun saban hari kita mendengar WeChat merupakan apps yang langsung tidak mendatangkan faedah untuk rakyat Malaysia tetapi lain pula situasinya di China.

Melalui WeChat saja, kami boleh beli tiket kapal terbang, tiket kereta api, tempah hotel, beli tiket wayang, tempah Grab Car, baca berita dan banyak lagi kegunaannya. Selain itu, kami hanya menggunakan WeChat untuk scan QR Code ketika membeli-belah. Mudah, kan?

Apa lagi ya? Banyaklah kan. Ini baru 0.01 %. Dari sehari ke sehari memang banyak cerita kalau nak diceritakan, nanti adalah yang akan menyusul kemudian hari, InshaAllah, dengan izin Allah.


Comments

  1. Salam kak Jiha, Malaysian students selalunye buat part-time jobs apa ye kt Beijing?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. Erm, setakat ni tak pernah dengar lagi students buat part-time jobs tapi mungkin ada. Saya tak pasti.

      Delete

Post a Comment

Ya, saya?

Popular posts from this blog

Cara Bayar Bil Elektrik dan Bil Air Online: myTNB, PahangGo

Cara Mati Setem di LHDN UTC

Cara Bayar Bil Telefon Rumah Online