#NanaEuropeTrip: Amsterdam

AMSTERDAM


22 Jan Selasa: Malam semalam kami naik Flixbus dari Paris Bercy Seine ke Amsterdam Sloterdijk, sampai di Amsterdam lebih kurang pukul 5 pagi. Kemudian, pukul 6:45 pagi kami naik Sprinter (kereta api) dari Amsterdam Sloterdijk ke Amsterdam Central. Di Amsterdam, nak beli tiket transport di vending machine tak boleh guna cash, hanya kad bank saja. Jadi, untuk beli tiket Sprinter, saya beli di app NS secara online, murah 1 EU, jimatlah sikit.

Kemudian, kami santai sekejap dekat kedai Albert Heijn, kira macam kedai runcitlah. Kami beli secawan kopi dan secawan warme chocomel untuk menghangatkan jari-jemari yang dah membeku. Sejuk sangat dekat luar, -3 Celcius, dijangka turun salji hari ini. Tak sanggup nak duduk dekat luar. Selepas itu, kami beli tiket GVB 24 hrs untuk naik transport dekat Amsterdam ni, kami beli di Amsterdam Central. Caranya adalah cari saja vending machine public transport, pilih jenis tiket sama ada 90 mins, 24 hrs, day pass dsb. Ingat! Pembayaran hanya menggunakan debit card sahaja.


Dalam pukul 9:30 pagi kami naik tram ke De Bedstee Capsule Hotel. Kami tinggalkan luggage dekat hotel dan berjalan di bandar Amsterdam. Salji turun dengan lebat sekali, sejuk dia MashaAllah! Sejuk sangat! Sebelum keluar dari hotel, kami tukar baju lagi tebal, siap pakai tiga lapis baju, Dayana empat lapis baju!



ALBERT CUYPMARKT


Stroop Waffles

Destinasi pertama kami melawat ialah Albert Cuypmarkt. Di sini lebih kurang macam pasar tani, pasar pagi gitu; ada kedai runcit, kedai cenderamata dan kedai makan. Mula-mula kami ke Restoran Bazar, makanan di sini semua makanan Arab. Hurm sedap makan kebablah, harga dia tak semurah kedai lain sebab restorannya besar, nampak mewah gitu. Rasa dia tak kena dengan tekak, kalau saya, saya cadangkan makan kebab kedai lain , sedap lagi!

Siap makan, kami beli Stroop Waffles. Waffle dijual dalam food truck, kedainya dibuka berhampiran dengan Restoran Bazar. Waffles terasa original, ada dua perisa iaitu karamel dan coklat. Sedap!

Kemudian, kami beli meatballs dan chicken sandwich di kedai Bunny’s Chicken 🍗 Kami beli buat makan malam nanti. Sedap sangat! Harga pula sangat murah dan berbaloi! Sedap sangat MashaAllah!



Al-KARAMA MOSKEE



Usai membeli makanan, kami ke Masjid al-Karama. Sempat kami menunaikan solat berjemaah dengan orang tempatan. Masjidnya bukan seperti di Malaysia, masjidnya bersambung dengan rumah kedai. Ruang solat lelaki di tingkat satu manakala ruang solat perempuan di tingkat atas.


ANNE FRANK HOUSE

Kemudian, kami naik tram ke Anne Frank House. Sampai sahaja di sana, baru kami tahu bahawa tiket hanya boleh dibeli secara dalam talian sahaja. Sedih! Tak ada rezeki lagi nak masuk dalam tengok. Kalau nak tahu sejarah Anne Frank House, sila Google.




DAM

Kami naik tram dan turun di hentian Dam. Di sini terdapat banyak kedai-kedai yang sesuai untuk membeli-belah. Antaranya ialah The Body Shop, Foot Locker, Zara dan banyak lagi! Sekitarnya juga terdapat Madame Tussauds, Ripley Believe it or Not dan banyak lagi tempat menarik.




MUSEUMPLAIN



Museumplain — di sini terletaknya hotel kami, Muzium Van Gough, Muzium Rijks. Sepatutnya di sini juga terletak tulisan I amsterdam. Namun, tulisan tersebut telah dialihkan atas beberapa sebab! Sedihnya, kecewa sedikitlah sebab jalan jauh kot dari Dam ke Museumplain halamak. Alang-alang dah dekat dengan hotel, tiada tempat lain yang kami target nak pergi, kami terus pulang ke hotel untuk check-in dan berehat.




PENGANGKUTAN DI AMSTERDAM

Kami beli 24 hrs public transport ticket di vending machine yang terletak di Amsterdam Central. Pembelian hanya menggunakan debit card sahaja. Kami pusing-pusing bandar naik tram saja sebab mudah.


Expenses:

  • Tiket Sprinter: 4.8 EU=RM 23.06
  • GVB 24 hrs: 16 EU=RM 76.88 
  • Banana pie: 4.50 EU 
  • Lunch Bazar: 23.80 EU

Comments

Popular posts from this blog

Cara Bayar Bil Elektrik dan Bil Air Online: myTNB, PahangGo

Cara Mati Setem di LHDN UTC

Cara Bayar Bil Telefon Rumah Online