#NanaEuropeTrip: Salzburg

SALZBURG



11 Jan Jumaat: Seawal 6:45 pagi kami checked-out Le Petit Hotel Prague, naik metro menuju ke Main Railway Station, Hlavni Nadrazi untuk naik Flixbus ke Linz. Kemudian dari Linz akan naik Westbahn Train ke Salzburg. Selepas drama hampir ketinggalan bas, Alhamdulillah sempat naik bas dan sampai di Linz. Dari Linz OBB Station naik kereta api Westbahn ke Salzburg Hbf.

Sampai saja di Salzburg Hbf (Main Railway Station), kami cuba cari Money Changer selepas percubaan mengeluarkan duit dari mesin ATM tidak berjaya. Selepas dua jam, akhirnya dapat tukar duit Euro tapi caj dia memang melampau! Walau bagaimanapun disebabkan tiada pilihan lain, kami teruskan saja untuk hidup di Eropah ni. Memang satu Euro pun tak ada dalam tangan waktu tu.

Jadi, dah ada duit Euro dalam tangan, kami terus beli tiket bas satu jam untuk ke Airbnb. Selepas lebih kurang 20 minit perjalanan, akhirnya sampai juga di Airbnb yang selesa dan ohsem! Kami disambut dengan mesra oleh Conny dan suaminya, Markus. Jadi, malamnya kami hanya berehat, settle mana-mana yang nak settle dan rebus nasi impit untuk dibawa makan ke Hallstat esok.

Katakanlah lagi: "Bagaimana fikiran kamu, sekiranya air kamu hilang lenyap (di telan bumi), maka siapakah (selain Allah) yang dapat mendatangkan kepada kamu air yang sentiasa terpancar mengalir?" [Al-Mulk:30]

- Perbelanjaan untuk 2 orang:

  • Tukar duit: 1000 USD=720 EURO=RM 3,376 (Mata wang Euro kami guna di Salzburg, Itali, Paris dan Amsterdam)
  • 1 hrs ticket - 2 EU/1 person

12 Jan Sabtu: Selepas bersarapan, kami keluar rumah pada pukul 8:10 pagi untuk naik bas pukul 8:19 pagi. Bus stop tak jauh dari rumah, dalam 50 m.

Atas bas, kami beli tiket bas single-ride, tukar bas dekat kawasan tengah bandar untuk ke Salzburg Hbf. Kami menggunakan cara menaiki kereta api untuk ke Hallstat.



HALLSTAT





Di stesen kereta api Salzburg, kami terus ke kaunter kereta api West Bahn untuk beli tiket train ke Attnang Pucheim. One way ticket ke sana EU 8.90 seorang. Sampai saja di stesen Attnang Pucheim, kami beli tiket di vending machine untuk ke Hallstat pada pukul 11:11 pagi dengan harga 13.6 EU seorang. Lebih kurang pukul 1 petang, akhirnya Alhamdulillah sampai juga di Hallstat. Turun saja dari train, terus tengok jadual untuk tiket train petang untuk pulang ke Attnang Pucheim dan ke Salzburg.




Stesen kereta api Hallstat kecil saja, sebelah stesen ada lorong kecil turun ke jeti untuk naik feri. Harga feri one way 3 EU.

Bandar Hallstat kecil saja, tak nampak orang tempatan sangat, pelancong yang ramai. Ramainya datang dari Korea. Salji turun dengan lebat, dah macam hujan tapi sejuk dia bolehlah tahan, sebab Beijing sejuk lagi! Mulanya kami nak naik train pukul 4:32 pm untuk ke Attnang Pucheim tapi tiada rezeki, tak sempat beli tiket jadi kami beli tiket pukul 5:07 pm. Oh ya, kalau beli tiket awal boleh dapat harga murah tapi sebab kami beli tiket on the spot, harga dia memang tak murahlah cerita dia. Kami guna debit card untuk beli tiket dekat vending machine, sebab cash tak lut pulak dah, dan dan dia tak lut.


Sampai di Attnang Pucheim Train Station dalam pukul 6:44 pm, kami nak kejar kereta api Westbahn ke Salzburg pukul 6:54 pm. Sebab Dayana ada app Westbahn dalam fon, kami terus beli online, zzuuppp! Alhamdulillah dapat beli tiket balik Salzburg dan tak sabar nak makan!




Dekat sini kami solat dan makan nasi impit bersama serunding


Jadi, kalau nak pergi Hallstat, nak teratur sikit bolehlah rancang awal-awal. Nanti tak adalah kelam-kabut nak kejar train.


  • Perbelanjaan untuk 2 orang:

  1. One single ride bus ticket: 2.7 EU/1
  2. Salzburg-Attnang Pucheim: 8.9 EU/1
  3. Attnang Pucheim-Hallstat: 13.6 EU/1 
  4. Feri: Round trip 6 EU/1
  5. Tandas 2 kali masuk: 2 EU
  6. Hallstat-Attnang Pucheim: 13.6 EU/1 = RM 130.45/ 2 person (debit card)
  7. Attnang Pucheim-Salzburg: 8.9 EU/1 = RM 86.21/2 person(debit card)
  8. 24 hrs ticket: 4 EU/1
  9. Kebab: 10.10 EU/2 

- TOTAL= EU 121.5







SALZBURG

13 Jan Ahad: Pukul 10 am checked-out, tunggu bas pukul 10:10 am untuk ke tengah bandar dan ambil bas seterusnya ke Salzburg Hbf. Kami sewa loker saiz L (muat dua bagasi saiz kabin dan satu bagpack, boleh letak banyak lagi barang dalam ni) dengan harga 3.5 EU.

Kemudian, kami mula menjelajah bandar Salzburg dengan menaiki bas awam ke tengah bandar. Mula-mula kami ingat nak naik Fortress tapi itulah tengok dari bawah saja. Kemudian, berjalan di Alte Markt dan Getredegaisse. Di sini juga terdapat Mozart Geburthaus. Kawasan-kawasan sini terdapat kedai-kedai cenderamata, cafe, kedai pakaian, kedai mewah gitu~



Getredegaisse

Disebabkan hari ini hujan, mood pun sedikit gloomy, tiba-tiba sis sakit pinggang. Jadi, kami terus Google untuk cari Salzburg Mosque. Selepas Google, memang keluar banyak result dan akhirnya kami ke masjid yang tak jauh dari bandar. Naik bas nombor 3 dari Hanuchplatz dan selepas 4 stesen, berjalan 150 m, tibalah di masjid. Ruangan solat wanita terletak di bawah tanah manakala lelaki di tingkat 1.





Usai solat, duduk rehat, datang seorang wanita yang datang memberi salam, sekali pandang wajahnya terasa aman sekali. Tak lama kemudian, lepas seorang seorang datang beberapa dewasa yang rupa-rupanya merupakan pelajar kepada wanita yang datang awal tadi. Rupanya yang datang awal tadinya itu ialah seorang ustazah. Anak-anak muridnya ada yang dewasa, ada yang kanak-kanak, datang sejuk-sejuk ditambah dengan hujan lagi semata-mata untuk menghadiri kelas agama. Terharu! Walaupun sudah dewasa tapi dari raut wajah mereka yang bersungguh menyebut satu-persatu kalimah Allah, malu rasanya dengan diri sendiri yang kadang ada saja alasan untuk tidak bersegera demi mengejar redha Allah. Tenang rasanya duduk bersama mereka walaupun terdapat kekangan bahasa, tak faham apa yang mereka katakan.

Selepas solat, kami berjalan kaki ke Salzburg Hbf dan menunggu train seterusnya untuk ke Interlaken pada pukul 9 malam. Oh ya, perkara yang saya perasan hari ini ialah kedai kebanyakannya tutup! Mungkin sebab hari Ahad. Jadi, kami duduk sahaja di train station sambil tunggu train seterusnya pada malam ini.  



PENGANGKUTAN SALZBURG



Pengangkutan di Salzburg yang utama untuk traveller ialah bas awam. Jadual bas awam mudah untuk dibaca, kami nak gerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain berpandukan Google Maps. Bus stop di Salzburg banyak tak berbumbung tau, hanya ada sebatang tiang yang ada tanda H berwarna hijau. Jadi, kalau nak turun dekat mana-mana tempat yang ingin dituju, tekan butang STOP dahulu.

Tiket bas ada banyak pilihan; 1 hour, 24 hours, Week dan sebagainya. Tiket boleh beli dekat vending machine di Salzburg Hbf atau di mana-mana kedai tabacco. Kalau beli atas bas dekat driver jadi mahal!

Kalau nak dibandingkan kereta api, Westbahn harganya murah sedikit berbanding OBB, tiket Westbahn boleh dibeli di stesen utama Salzburg Hbf atau secara online.


Melihatkan anak-anak muda di sini sedikit mencurigakan, memang kena berhati-hati dengan pencuri. Beware of pick pocket! Kadang tengok diorang, mata melilau pandang kita, haih memang kena berhati-hati.




WIFI DI SALZBURG

Di Hallstat tempat yang ada internet hanya di jeti feri saja. Dah masuk berjalan dalam Hallstat, tak ada wifi dah. Di Salzburg pula, dalam bas tak ada wifi. Di train station ada! Dalam kereta api Westbahn dan OBB pun ada! Kereta api Meridian dan SBB tak ada wifi.


ATM DI SALZBURG

ATM terdapat di merata-rata tempat di Salzburg, entah mengapa ATM tak terima kad saya, fuh sedih! Jadi terpaksalah menggunakan perkhidmatan money changer yang cajnya melampau-lampau tak masuk akal!


Perbelanjaan untuk 2 orang:
  1. Tax Airbnb: 6 EU/2 
  2. Sewa loker: 3.5 EU
  3. Susu coklat: 2.80 EU
  4. Kebab: 6.2 EU
- TOTAL= 18.5 EU



Sambil pandangan mereka tunduk malu, serta mereka diliputi kehinaan; dan sesungguhnya mereka (di dunia) dahulu telahpun diseru supaya sujud (tetapi mereka enggan) sedang mereka dalam keadaan sihat. [Al-Qalam:43]


➧ Sekiranya mahu baca persediaan saya dan Dayana untuk ke Eropah, sila klik di sini: Persediaan ke Eropah

Cerita saya dan Dayana menjengah sebentar di bumi Prague, sila klik di sini, #NanaEuropeTrip: Prague


Comments

Popular posts from this blog

Cara Bayar Bil Elektrik dan Bil Air Online: myTNB, PahangGo

Cara Mati Setem di LHDN UTC

Cara Bayar Bil Telefon Rumah Online