#NanaEuropeTrip: Interlaken

INTERLAKEN 



14 Jan Isnin: Setelah mengharungi perjalanan tukar naik kereta api, Alhamdulillah berjaya sampai di Interlaken. Dari Salzburg bermula perjalanan, sampailah di Karlsruhe Hbf, train ke Basel SBB delayed pula! Tunggu sejam, train OBB sampai dan kami harung je naik. Kami salah naik train, sepatutnya naik train ICE. Fuh waktu tu ada 2 pilihan: sama ada beli tiket baru atau turun dekat stesen seterusnya dan tunggu train ICE yang delayed tu. Jadi, kami ambil keputusan turun di stesen Baden-Baden. Sedang kami terkapai-kapai mencari papan tanda, eloklah datang train yang delayed tadi di platform 3. Waktu itu kami di platform 4. Nak ke platform 3, kena turun tangga yang tinggi, naik tangga sebelah, baru sampai platform 3. Nampak je papan tanda dekat platform 3 tulis “BASEL SBB” saya menjerit dekat Dayana waktu tu yang dah jauh daripada saya sebab mencari jadual kereta api. Terus angkat bagasi berlari turun tangga, naik platform 4 Alhamdulillah sempat! Perasaan waktu tu haih Alhamdulillah dapat naik! Dan dan naik kereta api, terus bergerak!

Tak habis lagi cerita kereta api ni, dalam pukul 7 am, kami turun di Basel Bad Bf, nak kejar train ke Interlaken tapi mustahil lah sebab train ke Interlaken dah berlepas pukul 6:59 am. Dayana turun sekali lagi berlari ke kaunter, rupa-rupanya kami turun di stesen yang salah. Sepatutnya Basel SBB tapi kami turun di Basel Bad Bf. Ohmai tapi Alhamdulillah dapat tiket baru, dan tak perlu bayar semula untuk ke Interlaken sebab kes kami: train delayed.

Dalam train ke Interlaken West penuh dengan orang yang berpusu-pusu untuk ke tempat kerja masing-masing. Dalam pukul 9:51 pagi, kami sampai di Interlaken West dan terus berjalan ke Happy Inn Lodge yang terletak kira-kira 500 m dari stesen. Sepanjang malam kami tak tidur sebab kena tukar kereta api banyak kali. Fuh, dah macam zombie.

Sampai saja di Happy Inn Lodge, kami terus check-in tapi tak boleh masuk bilik lagi. Pukul 3 petang baru boleh masuk tapi kami boleh letak bagasi dahulu dan guna dapur. Jadi, kami brunch dahulu sebelum keluar.







Selepas brunch, kami terus keluar ke Tasik Brienz, naik bas 103 dan berhenti di Bonigen. Kami ingatkan ada satu stesen nama Bonigen, sekali keluar Bonigen Dorf, Bonigen See, Bonigen itu, Bonigen ini. Bila tengok dekat skrin dalam bas, kami ambil keputusan berhenti dekat Bonigen See sebab bawah nama tempat ni ada gambar bot. Jadi, benar! Bonigen See tempatnya. Cantik sangat! Cantik sangat sangat! Depan belakang pemandangannya gunung-ganang yang bersalji.Kabus-kabus yang menutupi awan, udara yang nyaman, segar benar! Waktu ni dalam pukul 12 tengah hari, ada penduduk tempatan yang berjalan-jalan dengan anjing masing-masing, ada pelancong juga dekat sini. Ramai betul orang Korea, ingatkan ramai Cina merata-rata, rupanya tak berjumpa dengan Cina langsung, ada sekali dua je.







Jadi, di Interlaken kalau nak ambil gambar pemandangan di Tasik Brienz, boleh naik bas turun di Bonigen. Cantik sangat! Nyaman! Subhanallah tasik cantik sangat, air jernih, warna biru hijau, rasa tak gentar pun duduk tepi tasik tu. Kalau dekat Malaysia, punyalah takut nak duduk tepi tasik ke sungai ke, haih.




Kemudian, kami naik bas untuk balik ke hotel sebab dah barai! Fuh barai tak tidur elok dari pukul 9 malam sampai 10 pagi baru sampai Interlaken. Masuk hotel, mandi, solat, terus tertidur.

Perbelanjaan 2 orang:
  1. 200 CHF = RM 850.53 (withdraw duit dari ATM)
  2. Beli groceries: 12.05 CFH


SCHILTORN


15 Jan Selasa: Selepas bersarapan, kami naik bas dari Interlaken West ke Interlaken Ost. Di situ, kami beli tiket ke Schutelberg via Lauterbrunnen. Jadi, kami akan naik train dari Interlaken Ost-Lauterbrunnen. Kemudian, turun di Lauterbrunnen naik bas ke Stechelberg. Di sini beli tiket masuk, kami dapat 30% diskaun (hotel bagi), murah sikit.

Dekat sini cable car ada 3 stesen, so kami turun dekat Schiltorn dan Birg untuk ambil gambar. Yang utama ialah puncaknya iaitu Schiltorn, di sini ada macam-macam; cinema, restaurant, foyer dll. Dekat sini kami makan tengah hari berlaukan nasi dan telur rebus yang dibawa dari hotel. Puas jalan sini, kami turun ke Birg, di sini ada skywalk juga tapi tutup sebab salji tebal.

Alhamdulillah cuaca hari ini tidak seperti semalam, semalam hujan; hari ini cerah. Rasa selesa berjalan, atas bukit sejuk sikitlah suhu -9, turun bawah dalam 0, -1 Celcius. Dari dalam kereta kabel dapat lihat orang sedang bermain ski 🎿 , snowboarding 🏂, ohsem gais! Ada yang rambut dah beruban, tampak cool main tak jatuh. Haritu sis cuba main ski jatuh banyak kali memang idokler nak cuba main lagi.





Oh ya, tandas di Schiltorn ada yang berpaip! Fuh ohsem giler, dekat pintu tandas tu siap ada tulisan Arab. Ceh, excited pulak. Kemudian, kami pulang ke Interlaken Ost. Caranya sama saja, naik bas, naik train. 🚞 Train dari Lauterbrunnen delayed setengah jam, jadi menunggulah kami sampai pukul 4:02 pm.



Migros: antara pasar raya di Interlaken

Sampai di Interlaken West, kami ke pasar raya Coop untuk beli roti buat sarapan esok. Esok perjalanan lebih kurang 7 jam untuk ke Venice, jadi untuk elakkan barai kita siap sedia dahulu.




Interlaken tempat yang sangat cantik! Orangnya peramah, naik bas pun driver cakap “Hello! Morning!” Di sini pun kalau nak makan, ada kedai makan halal, kedai runcit halal pun ada berdekatan stesen kereta api Interlaken West tapi kalau nak jimat, kami beli beras dan telur saja, masak sendiri. Kalau naik bas, berhenti mana-mana pun masih cantik! Bandarnya senyap saja, sama seperti sebelum ini, kami di Prague, Salzburg, bandarnya senyap saja. Matawang Interlaken juga mahal! Sama mahal dengan USD. Jadi, keseluruhan kami belanja di Interlaken ialah 230 CFH.


PENGANGKUTAN DI INTERLAKEN

Kami dapat kad bas dari Happy Inn Lodge, pihak hotel bagi kami kad bas dan discount voucher ke Schiltorn, sangat menjimatkan! Tiket bas boleh guna dalam bandar Interlaken saja, luar Interlaken kena beli tiket train di stesen kereta api. Kalau nak beli tiket kereta api, tiket boleh dibeli di kaunter atau di vending machine.


WIFI DI INTERLAKEN

Post Auto Bus (bas awam) di Interlaken ada wifi, kadang okay, kadang sangkut tapi tak perlu guna wifi sangat kalau nak cari bas awam sebab mana-mana ada tercacak tiang bus stop berwarna kuning. Bandarnya kecil saja, kalau nak pusing-pusing bandar jalan kaki pun boleh.


ATM DI INTERLAKEN

Kalau di Switzerland, boleh guna ATM dan caj dalam RM 20. Kalau keluarkan duit banyak, untung. Hari itu kami keluarkan duit di Bank Eki.


Perbelanjaan untuk 2 orang:

  1. 50 CFH=RM 222.08 (withdraw dari ATM)
  2. Tiket kereta api Interlaken Ost-Schetelberg via Lauterbrunnen, return: 48 CFH/2 
  3. Schetelberg-Schiltorn: 147.20 CFH/2 (selepas diskaun)
  4. Migroslino: 8.15 CFH
  5. Coop: 4.6 CFH


Comments

Popular posts from this blog

Cara Bayar Bil Elektrik dan Bil Air Online: myTNB, PahangGo

Cara Mati Setem di LHDN UTC

Cara Bayar Bil Telefon Rumah Online