Posts

Showing posts from April, 2016

Beijing World Park

Image
Assalamualaikum dan selamat pagi! 早上好。

   Setelah diberi kesempatan dan ruang untuk menulis, jadi kita mula menulis. Nak cerita satu tempat ni namanya Beijing World Park. Nak ke tempat ini berlaku dalam keputusan last minute, jadi kita redah saje. 

   Saya and members gerak lebih kurang pukul 1.30 petang. Naik basikal letrik gerak ke Stesen Kereta Api Bawah Tanah Weigongcun. Ok tak ingat line berapa naik ditie tu tapi disebabkan berdiri saja, agak penat juga. Lebih kurang 45 minit naik ditie, sampailah di destinasi yang dituju. 

   Kami ada juga lah blur sepanjang perjalanan ini, jadi kita gunakan ilmu bahasa Cina untuk bertanya pengawal dekat stesen ditie tu. Yang penting, yakin je. Macam lah depa tak paham langsung yang kita cakap. Ha, alhamdulillah, kami pun paham dia cakap shenme shenme tu, akhirnya sampailah kita. Dari jauh lagi dah nampak bangunan ala-ala Disney gituh.




    Perkara penting yang kita kena bawa ke tempat-tempat pelancongan macam ini ialah kad pelajar. Harga asal nak ma…

Cerita Sikit: Udara di Beijing

Image
Beijing sememangnya famous dengan jerebunya. Satu dunia tahu (mungkin). Sampai lah sekarang ni, terdapat banyak jenis topeng muka yang dijual. Partikel-partikel udara di sini agak menakutkan juga; jadi demi keselamatan dan kesihatan, masyarakat di sini memang disarankan untuk memakai topeng muka. Saya sampai saja dekat Beijing, tekak dah mula rasa kering, sakit. Lagi-lagi jenis manusia yang mudah dapat penyakit, jadi banyak lah ubat saya bawa dari Malaysia. Ubat batuk lah, sakit tekak lah, demam lah, resdung lah, selesema lah dan banyak lagi. Selalunya kalau berita sampai keluar dekat TV, udara dekat Beijing tercemar sampaikan pernah jerebu tu, tak nampak orang dua meter dekat depan kita ni; ha yang ni saya setuju. Memang benarlah. Mana taknya, keluar bangunan asrama nak menuju ke sekolah, tengok-tengok udara jadi warna coklat. Kotor! Ha, tak sanggup nak sedut udara macam tu. Sayangilah paru-paru anda. Kalau naik basikal pergi sekolah, peh, basikal tu kotor macam masuk kebun (dahsyat!) S…