Cerita Sikit: Udara di Beijing


Beijing sememangnya famous dengan jerebunya. Satu dunia tahu (mungkin). Sampai lah sekarang ni, terdapat banyak jenis topeng muka yang dijual. Partikel-partikel udara di sini agak menakutkan juga; jadi demi keselamatan dan kesihatan, masyarakat di sini memang disarankan untuk memakai topeng muka.
Saya sampai saja dekat Beijing, tekak dah mula rasa kering, sakit. Lagi-lagi jenis manusia yang mudah dapat penyakit, jadi banyak lah ubat saya bawa dari Malaysia. Ubat batuk lah, sakit tekak lah, demam lah, resdung lah, selesema lah dan banyak lagi.
Selalunya kalau berita sampai keluar dekat TV, udara dekat Beijing tercemar sampaikan pernah jerebu tu, tak nampak orang dua meter dekat depan kita ni; ha yang ni saya setuju. Memang benarlah. Mana taknya, keluar bangunan asrama nak menuju ke sekolah, tengok-tengok udara jadi warna coklat. Kotor! Ha, tak sanggup nak sedut udara macam tu. Sayangilah paru-paru anda.
Kalau naik basikal pergi sekolah, peh, basikal tu kotor macam masuk kebun (dahsyat!) Sampai member sis pernah cakap, "Kalau kau duduk Beijing ni, tak perlu rasanya nak basuh basikal." Mana taknya, hari ni baru basuh, esok debu melekat gaya masuk kebun.


Ewah, komen kencang pasal tempat orang tapi itu lah realitinya. Nak dibandingkan dengan Malaysia, saya suka hirup udara Malaysia. Lagi-lagi kawasan kampung. Peh, memang padu! Bau rumput-rumput hijau yang nyaman. 
Nah, jadi disebabkan itu, saya selalu mengalami sakit tekak, demam, badan masuk angin. Ha tengok, tadi Berita Harian baru je hantar notification, "77 sekolah di Beaufort, Papar dan Kuala Penyu ditutup esok." Hal ini berikutan dengan IPU yang agak tinggi. Peh! Dekat sini kalau lah diberi cuti, memang tiap-tiap hari cuti. Erk.
Sebagai kesimpulannya, minumlah air dengan banyak. Bukan setakat setong air, bertong-tong air sehari sangatlah bagus. Nak buat macam mana lagi, takkan nak tiup udara suruh pergi tempat lain, eh.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Bayar Bil Elektrik dan Bil Air Online: myTNB, PahangGo

Cara Mati Setem di LHDN UTC

Cara Bayar Bil Telefon Rumah Online