Beijing World Park



Assalamualaikum dan selamat pagi! 早上好你们。

   Setelah diberi kesempatan dan ruang untuk menulis, jadi kita mula ah menulis. Nak cerita satu tempat ni namanya Beijing World Park (lupa nama dalam Bahasa Cina). Nak ke tempat ni berlaku dalam keputusan last minute, jadi kita redah aje. 


   Sis and members gerak lebih kurang pukul 1.30 petang. Naik basikal letrik gerak ke Stesen Kereta Api Bawah Tanah Weigongcun. Ok tak ingat line berapa naik ditie tu, tapi disebabkan berdiri je, agak penat jugak. Tapi, lebih kurang 45 minit naik ditie, sampailah di destinasi yang dituju. 


   Kami ada jugak lah blur sepanjang perjalanan ni, jadi kita gunakan ilmu bahasa Cina ni untuk bertanya pengawal dekat stesen ditie tu. Yang penting, yakin je. Macam lah depa tak paham langsung yang kita cakap. Haaa, alhamdulillah, kami pun paham dia cakap shenme shenme tu, akhirnya sampailah kita. Dari jauh lagi dah nampak bangunan ala-ala Disney gituh.





    Perkara penting yang kita kena bawak ke tempat-tempat pelancongan macam ni ialah kad pelajar. Harga asal nak masuk ialah 100 yuan. Kalau harga pelajar ialah 60 yuan. Jadi, manfaatkan 60 yuan ini dengan sebaik mungkin. Keluasan taman ni agak luas tapi kami berjaya menghabiskan se-round taman ni mungkin dalam 3 jam. Boleh dikatakan tempat-tempat menarik di dunia yang ada nilai sejarahnya ada dalam taman ni. Walaupun replika tapi teruja jugak lah. Member pun siap menjerit; teruja sangat.


   Ada perkhidmatan kereta kecil, sebab tempat tu luas sangat; tapi harganya agak tinggi sih. Jadi, jalan kaki aja. Nak photo shoot pun lawo weh. Sis lagi teruja beb bila nampak llama! Llama Dora The Explorer tu eh, ke Go Diego Go! Lupa lah tapi yang pasti memang teruja giler!  Haaa, selain tu, kalau nak datang tempat-tempat taman macam ni, lagi bagus bawak bekal makanan, air. Sebab ye lah, penat weh jalan, nanti dahaga. Lagi pula, perjalanan hampir sejam. Gituhhh...


   "Angan-angan kadang menggerak keinginan untuk pergi lebih jauh."



Comments

Popular posts from this blog

Buat Apa Selepas SPM?

Temuduga IPG : Sejarah 2015

Kau Belajar dekat China ?!?