Posts

Showing posts with the label Kuantan

Cara Simpan Duit Tabung Haji Melalui Maybank

Image
Assalamualaikum WBT Yeah, Alhamdulillah, hari ini tanpa dirancang, dapat selesaikan satu urusan iaitu menyimpan duit di Tabung Haji melalui Maybank. Kalau sebelum ini, saya pergi pejabat Tabung Haji (TH) untuk urusan penyimpanan duit, namun kini urusan itu boleh dilakukan secara online. Yang paling penting, kita kena ada akaun Maybank! Sewaktu nak link kita punya TH dengan Maybank, bawa sekali buku TH, penting untuk kita tengok nombor akaun dan nombor siri buku (di halaman belakang sekali). Caranya senang sahaja: Pergi ke ATM Maybank , pilih pilihan ⇒ TABUNG HAJI Masukkan nombor akaun dan nombor siri buku. Siap!  Kemudian, kita pun boleh dah transfer secara online! Mudah bukan? Kita juga boleh check baki duit di Tabung Haji di laman web Maybank2u juga. Hanya klik saja pada pautan "Tabung Haji", maklumat akaun dan baki akan dipaparkan.

Cara Mati Setem di LHDN UTC

Image
Matikan Setem Sumber: Google Baru-baru ni pergi UTC nak uruskan pos dan mati setem. Sebelum ini, abahlah yang tolong uruskan urusan mati setem. Disebabkan saya pun duduk rumah cuti ni, jadi bolehlah temankan satu-satunya adik lelaki yang bakal mendaftar masuk universiti nanti. Urusannya mudah sahaja, semudah 123, siap! Tidaklah susah seperti urusan memasak! Urusan ini hanya terjadi di UTC saja, mudah!  Mula-mula, beli setem di pejabat pos. Tampal setem, oh ya, hari tersebut adik tak bawa gam pula! Satu kerja pula pergi turun dekat tingkat bawah sekali, cari kedai runcit nak beli gam. Kemudian, cari pejabat LHDN [kalau di UTC Kuantan, Pejabat Pos dan LHDN berada di tingkat 2, jadi kami berlegar-legar di tingkat 2 saja]. Kemudian, pergi ke LHDN. Tak perlu ambil nombor. Ada seorang pelajar sedang matikan setem juga, jadi kami hanya tunggu sajalah. Kemudian, turn adik saya, pap pap! Siap dah cop! Tak perlu bayar apa-apa. Begitulah mudahnya urusan matikan setem.

Cara Renew IC dan Lesen di UTC Kuantan

Image
UTC Kuantan - sumber Google Assalamualaikum WBT.  Okay, nak cerita lah harini pergi UTC Kuantan atas beberapa urusan.  Biasalah kan, kalau nak buat apa-apa urusan macam pergi bank ke, buat IC ke, renew passport ke, bayar bil ke, apa-apalah urusan mesti pergi awal pagi, kan? Mesti punyalah, kalau tidak, orang mesti ramai.  Macam kisah saya harini, mula-mula nak ke Tabung Haji di UTC Kuantan (tingkat 2).  Masalahnya, aku pergi pukul 12 tengah hari, ramai betul ya orang menunggu sampai di luar ruang pejabat Tabung Haji! Mak aih, lama nak tunggu.  Jadi, tak jadilah nak masuk, sebab urusan tak ada lah terburu-buru sangat. Dulu pergi Tabung Haji di UTC Kuantan pukul 8:30 pagi ha. Tak silap, pejabat tak buka lagi waktu tu, alah, tunggu sekejap je, lepas tu buka lah. Bukan saya saja yang datang awal, ada juga beberapa orang yang lain turut menunggu sebelum waktu pejabat dibuka. Ha !  RENEW LESEN  Kemudian, saya ke tingkat bawah, pergi pejabat Jabat...