Posts

Showing posts from November, 2015

Kisah Sebelum Terbang ke Beijing

Image
Minggu pertama di matrikulasi:



"Ya Allah, kenapa laju sangat dekat sini? Ke aku yang lambat pick up ni?"
"Weh, siapkan tutorials, dengan lab report. Ha, jangan lupa print sekali nota; nanti claim."

   Dialog yang sangat cliche dekat matrik. Banyak lagi dialog cliche yang lain. Minggu pertama di matrik, memang tak indah lagi. Tak rasa lagi sinar kehidupan di matrik. Air mata tak pernah tak mengalir. Bukan nak cakap matrik susah sangat; tidaklah begitu.

Ingat balik ayat Allah; Allah tak akan bebankan hamba-Nya dengan ujian yang kita sendiri tak mampu hadapi. Jadi, saya perlahan-lahan hidup balik, berpegang dengan ayat itu, jalani kehidupan di matrik dengan sebaik mungkin walaupun sebenarnya banyak cabaran yang mesti dihadapi.
   Nak dijadikan cerita; minggu pertama di matrik turut merupakan tarikh keluar keputusan kemasukan ke IPG. Saya tampak yakin di situ ya. Sangat yakin! Sekali, HA! Bila check, tak dapat. TAK DAPAT! Ya Allah. Perasaan itu memang tak dapat nak digambar…

Snowing!

Image
Dalam kesejukan subuh yang mencengkam sampai ke tulang sum-sum, saya terdengar suara seseorang menjerit. Cuak tak? Ha, cuak tahu! I thought ada orang tengah bergaduh ke apa ke~ Sekali saya jenguk kepala keluar sikit dari pintu bilik, nak bagi telinga dengar butir-butir bicara suara tersebut. Suara itu sangat familiar :'D Setelah meneliti betul-betul butir perkataan daripada suara itu, Ya Allah, mana tak menjerit orang weh! Rupa-rupanya salji turun! 


   Alhamdulillah, siapa tak seronok kan~ Siapa tak teruja; lagi-lagi kali pertama dapat tengok salji real depan mata! 当然我很高兴。Memang tersengih lah. Sejak dari beberapa hari yang lepas, kami agak kecoh pasal salji nak turun. Semua macam, "Uish tak sabar nak tunggu hari esok, salji turun ke tak~" Sebab boleh dikatakan setiap hari, dari sebelum bergerak ke sekolah lagi dah check apps weather. Sekali check, tup tup katanya minggu ini kemungkinan salji turun, ha... Siapa tak teruja kan? Lagi pula, sekarang baru musim luruh, jadi,