Snowing!



   Dalam kesejukan subuh yang mencengkam sampai ke tulang sum-sum, saya terdengar suara seseorang menjerit. Cuak tak? Ha, cuak tahu! I thought ada orang tengah bergaduh ke apa ke~ Sekali saya jenguk kepala keluar sikit dari pintu bilik, nak bagi telinga dengar butir-butir bicara suara tersebut. Suara itu sangat familiar :'D Setelah meneliti betul-betul butir perkataan daripada suara itu, Ya Allah, mana tak menjerit orang weh! Rupa-rupanya salji turun! 




   Alhamdulillah, siapa tak seronok kan~ Siapa tak teruja; lagi-lagi kali pertama dapat tengok salji real depan mata! 当然我很高兴。Memang tersengih lah. Sejak dari beberapa hari yang lepas, kami agak kecoh pasal salji nak turun. Semua macam, "Uish tak sabar nak tunggu hari esok, salji turun ke tak~" Sebab boleh dikatakan setiap hari, dari sebelum bergerak ke sekolah lagi dah check apps weather. Sekali check, tup tup katanya minggu ini kemungkinan salji turun, ha... Siapa tak teruja kan? Lagi pula, sekarang baru musim luruh, jadi, luruh ada salji! Woah~ 






   Semuanya jadi dengan izin Allah; alhamdulillah, bersyukur sebab dah merasa. On the way ke sekolah, rasanya kami saja yang berhuha huha, main campak-campak salji, foreigners lain tak pun :'D SERONOK WEH. Perasaan masa itu macam percaya tak percaya. Fuh~ Masuk kelas, fokus dia kejap-kejap tengok luar tingkap. Ha gitu :'D


   Yang mencabarnya hari ini, suhu dalam -1 darjah Celcius, -2 darjah Celcius. Peh, sejuk sungguh weh kaki, tangan. Beku! Fon pun tak detect dah jari :'D Adoi~ Beku tapi beku beku pun main juga salji dekat padang universiti tu. Siap baring lagi ha jangan main-main. Bukan selalu dapat main salji.





Comments

Popular posts from this blog

Cara Bayar Bil Elektrik dan Bil Air Online: myTNB, PahangGo

Cara Mati Setem di LHDN UTC

Cara Bayar Bil Telefon Rumah Online