Sunday, 31 January 2016

Kau Belajar dekat China ?!?

Kelas A4

Assalamualaikum WBT.

   Alhamdulillah, masih lagi dihidupkan dalam keadaan seorang muslim :) InshaAllah, hari ini tetiba tangan laju nak menulis lah, sedikit perkongsian. Rajin nak baca, dipersilakan. Kalau malas, confirm engkorang tak baca apa yang saya nak tulis ni.


 



   Bila jumpa kawan-kawan, cikgu-cikgu, juniors; bila tanya, 



A: "Belajar mana sekarang?"

B: "Erm, dekat Beijing. Ambik course bahasa Mandarin."

A: "Eh, macam mana boleh dapat sana?"

B: "Erm, macam ni ceritanya..."



   Jadi, aku mula cerita eh. 

   Ceritanya macam ni. Lepas SPM, banyak sangat masa terluang dan masa-masa tu kadang terisi dengan pencarian maklumat tentang pendidikan di Malaysia yang tercinta, serta tempat-tempat lain (overseas). Boleh dikatakan, masa itu saya dah macam pengkaji sistem pendidikan Malaysia dan dunia *eleh* Memang semua benda nak kaji. Bukak website itu, website ini. Universiti dekat sana, dekat sini. Macam-macam lah. Lagi teringin nak ke Timur Tengah. Haaa, memang saya teringin sangat nak belajar dekat sana. Serius! Memang teringin sebab bayangkanlah dari form 1 lagi kot, saya memang bercita-cita nak jadi salah seorang penuntut ilmu di salah sebuah universiti di sana. Saya memang nak sangat belajar di Mesir.

   Bayangkanlah setiap kali jatuhnya saya, walaupun hampir give-up; saya mesti teringat mak, abah dan MESIR! Haa nampak tak betapa tekadnya saya nak belajar dekat sana. Kenapa Mesir? Kenapa Timur Tengah? Erm, saya sendiri tak pasti sebab teringin nak pergi Mesir.




MESIR

   Pagi, petang, siang, malam saya cari maklumat. Sampailah satu hari ini, saya isi borang permohonan nak belajar dekat Mesir (bawah KPM). Result SPM saya bukan straight A. Cukup-cukup makan, alhamdulillah. Permohonan belajar saya melepasi syarat; dan masa itu dapatlah course Pergigian dekat Mesir; hanya tinggal settle semua maklumat diri dan ada lah kena isi beberapa borang (tapi!). Ketika itu, permohonan under KPM tu self-sponsored. Gigih juga saya tanya students sana, baca blog dsb; cara-cara nak mendapatkan bantuan kewangan selain 100% self-sponsored. Banyak juga caranya tapi lepas bagitahu mak dengan abah, jawapannya "Tidak." Saya tak rasa lah bagai ada halilintar yang menyambar jantung saya sebab terkejut dengan jawapan mereka itu. Hal ini kerana, saya sendiri dapat agak yang parents macam tak bagi. Sedih juga sebab ya lah, memang teringin nak belajar dekat sana. Dah lama simpan dalam hati ni tuptup, nak buat macam mana; dah tak ada rezeki. Nak tak nak, kena terima keputusan ini seadanya. 




IPG

   Ok, cerita pasal IPG ni, saya ada cerita panjang lebar dekat post lain. Boleh klik dan baca dekat links yang diberikan. Zaman sekarang nak mohon IPG pun, bukan sebarangan saja terpilih. Kena duduki Ujian INSAK, kemudian UKCG (Ujian Kecergasan) dan jika melepasi kedua-dua ujian tersebut maka anda layak menghadapi Temuduga. Ha, jadi ketika itulah anda harus kuat fizikal dan mental. Ada rezeki, Tuhan beri; InshaAllah.





   Selain daripada Mesir, saya turut memohon IPG, Asasi dan Matrikulasi. Masa minggu keputusan asasi keluar; saya dapat tawaran untuk belajar di ASPer (Asasi Sains Pertanian UPM). Wuish gembira juga tersengih sorang saya. Mak abah pun pelik bila dengar nama asasi ini tapi saya terang sebaik-baiknya lah; tak ada peliknya lah pasal asasi ni, UPM kot. Ceh. Minggu pendaftaran UPM agak awal; seminggu awal daripada hari pendaftaran di Matrik. Manakala keputusan IPG keluar dua minggu lagi. 

   Bukan senang-senang saya nak buat keputusan. Sangat runsing dan saya sendiri masih dalam keadaan yang samar-samar. Selain daripada berserah kepada Allah; saya pun ada berbincang dengan mak abah. Bukan senang ya untuk putuskan keputusan akhir ni. Lepas berbincang, saya ambik keputusan untuk sambung belajar ke Matrikulasi. Jadi, saya pun settle kan segala borang untuk urusan pendaftaran matrik nanti. 




MATRIKULASI

   Cakap pasal matrik, saya ada cerita dekat post lain juga. Nak baca; klik links di bawah dan baca lah. Ada lah saya cerita sikit-sikit, mana taknya dua bulan saja saya sempat duduk di sana. Banyak kenangan juga dekat matrik ini. Bergantung kepada diri masing-masing untuk membawa diri dekat matrik ini. Jangan ingat matrik ini tempat biasa-biasa saja. Kau tak tahu betapa ramainya budak straight A dan kau pun kena bertungkus lumus nak dapatkan 4 flat. Ikut lah, saya pun ada persepsi saya sendiri dan anda pun mesti ada persepsi yang tersendiri juga; jadi pandai-pandailah membawa diri. Okay, next! 




   "Eh saya still lagi tak paham macam mana boleh terlepas dekat Beijing tuh? Kena mohon apa-apa ke?"


   Program kami ini dinamakan PROGRAM PENGHANTARAN PELAJAR KE CHINA UNTUK PEMBELAJARAN BAHASA MANDARIN DALAM KALANGAN PENUTUR JATI KE ARAH 1MALAYSIA yang ditanggung sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Bukan itu sahaja, selepas tamat 5 tahun belajar di China, kami juga perlu menghadiri Kursus Diploma Perguruan Lepas Ijazah (DPLI) selama setahun setengah serta perlu melalui proses temuduga untuk ditempatkan di mana-mana sekolah di Malaysia. InshaaAllah. Itu cerita secara ringkasnya. 

   Program ini tidak tersenarai dalam permohonan ketika mengisi borang permohonan IPG. Cara pemilihan untuk ke Beijing pun saya sendiri tidak tahu. Jadi, semua ini bertanggung kepada rezeki, andai Allah izin, Allah bagi. Yang pasti, kami semua menghadapi temeduga untuk kemasukan ke IPG, cerita selanjutnya tentang bagaimana kami dipilih, saya sendiri tidak tahu. 

   Setakat di sini saja cerita saya. InshaAllah sebarang kemusykilan, ada jawapan.


35 comments:

  1. Assalamualaikum sis. Sebenarnya saya dah lama tertarik mngenai BFSU ni.Saya pelajar spm 2015. kalau tak keberatan,saya nak tanya waktu spm sis dapat berapa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow, mana tahu pasal BFSU? Waktu SPM cukup-cukup makan je.

      Delete
    2. Jiha Jahari...saya pengetua smk mutiara impian nak tanya...ada tak rakan rakan di beijing yg boleh bantu saya dan beberapa orang guru untuk ke beijing kerana pasukan bola sepak kami layak untuk geothia cup di sana... hp +60194151254

      Delete
  2. assalamualaikum akak. ada anak kawan2 mama sy dapat mcm ni gak. mama sy nak sgt sy dpt ni. pihak IPG ada tanya apa2 soalan brkaitan mandarin ka time temuduga? and akak mmg pilih option bahasa mandarin ka dlm pilihan tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak ye, sy apply subjek SEJARAH. IPG tak ada tanya apa-apa soalan pun pasal Bhs Cina time temuduga.

      Delete
  3. salam sis. kebetulan saya dapat tawaran yg sama macam sis. 13 jun ni taklimat. heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow tahniah! Dapat sama universiti juga?

      Delete
    2. Muhd Amsyar,bila awak dapat tawaran tu dan macam mana boleh dapat?saja bertanya..hehe

      Delete
    3. Muhd Amsyar,bila awak dapat tawaran tu dan macam mana boleh dapat?saja bertanya..hehe

      Delete
    4. This comment has been removed by the author.

      Delete
  4. ada had umur x.....cam best jer..ada syarat x...cam mana...

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Dia ada had umur x...cam ner nk mohon belajar kat sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Had umur macam mana ye? Kalau under KPM, memang tak ada permohonan. Saya ada tulis dalam post sebelum ni.

      Delete
    2. Maksud saya awak mohon tu time abis spm ker...klu yang dah brapa tahun abis sekolah bole mohon cam ni,.dia hnya budak sains erk yg dpt g .....mostly budak sains.....

      Delete
    3. Yep, saya mohon IPG lepas habis SPM. Tak semua budak sains, ada je aliran lain.

      Delete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum sis.

    Anak saudara saya berminat untuk sambung belajar pengkhususan Bahasa Mandarin. Dia ada asas bahas mandarin sebab sekolah rendah di SJKC. Sekarang sedang ambil SPM.SPM dia tak ambil bahasa cina sebab dia sekolah agama. Boleh sis bantu bagaimana cara untuk dia dapat mohon sambung belajar bidang Bahas Mandarin?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam WBT.

      Tak ambil bahasa Mandarin ketika SPM pun tak apa, nanti boleh ambik bahasa masuk uni. Setakat yang saya tahu, ada universiti yang menawarkan pengajian bahasa Mandarin, contohnya UPM, UM. Lepas SPM, mungkin boleh cari maklumat dengan lebih lanjut tentang pengajian bahasa Mandarin di Malaysia.

      Delete
  9. Maksud saya had umur pemohonan...takot ada limit umur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk memohon IPG, tak silap saya tak lebih daripada 19 tahun. Untuk lebih lanjut, mungkin boleh baca pada laman web KPM/IPG.

      Delete
    2. nk tnya yg pergi beijing tu semua umur 18 ke masa dia tawarkan pergi tu? ada ke yg umur 19 something???

      Delete
    3. Untuk batch saya setakat ni semua 18 tahun waktu ditawarkan.

      Delete
  10. Salam..nak tanya, mcm mane kos hidup di sana ye? Tinggi ke x? Harga barang2 keperluan harian sbgnye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته .

      Kos hidup dekat Beijing bagi saya tinggi, harga barang-barang keperluan harian dekat Beijing sama mahal macam dekat Malaysia cuma yang lagi murah macam sayuran mungkin. Yang lain tak murah sebab kami tinggal di bandar.

      Delete
    2. Klu lebih kurang tu ok la. Sbb tgk kat web ade yg kate mahal dari Msia...lagi2 dgn currency kita dah teruk skang ni. Anyway thanks info.

      Delete
  11. assalam jiha...rezeki tu tak pernah salah alamat kan..nak ty kat sana korang stay kat hostel ke atau sewa rumah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pelajar dekat sini duduk dekat asrama kediaman pelajar Malaysia.

      Delete
  12. Nak tanya, akak dpt tawaran ke beijing tu bile?maksud saya dah blajar di ipg beberapa tahun baru dapat tawaran tu atau macam mana?harap sangat akak reply :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bismillahhirrahmanirrahim, saya dapat tawaran ini ketika bulan pertama saya belajar di kolej matrikulasi.

      Delete
  13. Assalamualaikum , waktu akak isi online ipg , kak ambil kos ape ? sblm dpt tawaran ke beijing . dan ada tak tawaran ke timur tengah under ipg ni ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam WBT, saya isi subjek Sejarah dan Bahasa Inggeris (tak silap) ketika memohon IPG. Pada tahun 2015, belajar ke timur tengah bawah IPG ada ditawarkan. Untuk tahun ini, sila check di laman web IPG semula.

      Delete
  14. Akak,waktu akak terima tawaran ni,akak dah iv ipg atau belom?

    ReplyDelete

Tak salah nak bagi pendapat :)