Kau Belajar dekat China?

Kelas A4





 Bila jumpa kawan-kawan, cikgu-cikgu, juniors; bila tanya,

A: "Belajar mana sekarang?"

B: "Hm, dekat Beijing. Belajar course bahasa Mandarin."

A: "Eh, macam mana boleh dapat sana?"

B: "Hm, macam ni ceritanya..."

Lepas SPM, saya banyak meluangkan masa mencari peluang-peluang pendidikan, halatuju selepas SPM. Sejujurnya, saya tidak tahu tempat yang mahu dirujuk, dengan siapa, bagaimana? Mungkin kebanyakan anak sulong begini ya?

Dengan berbekalkan komputer riba milik emak, saya melayari pelbagai laman web untuk memahami kemasukan ke matrikulasi, asasi, tingkatan 6, diploma, ijazah di dalam negara dan luar negara. Azab juga rasanya sebab saya betul-betul di dalam dilema. 

MESIR

Saya cuba mencari maklumat informasi untuk sambung belajar ke timur tengah, terutamanya Mesir! Saya teringin sangat untuk belajar di sana, dari form 1 lagi saya memang bercita-cita untuk menjadi salah seorang penuntut ilmu di salah sebuah universiti di sana. Setiap kali jatuhnya saya, walaupun hampir give-up; saya pasti akan teringat mak, abah dan MESIR! 

Pagi, petang, siang, malam saya mencari maklumat. Sampailah satu hari ini, saya isi borang permohonan untuk belajar di Mesir (KPM). Keputusan SPM saya bukan straight A. Cukup-cukup makan, alhamdulillah. Permohonan belajar saya melepasi syarat dan masa itu dapatlah course pergigian di Mesir; hanya tinggal selesaikan semua maklumat diri dan ada lah kena isi beberapa borang.

Tetapi!

Ketika itu, permohonan bawah KPM itu self-sponsored. Gigih juga saya tanya students di sana, baca blog dsb; cara-cara untuk mendapatkan bantuan kewangan selain 100% self-sponsored. Ada seorang pelajar yang saya hubungi melalui Facebook, beliau memberitahu langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk sambung belajar di sana, cuma rezeki saya bukanlah di Timur Tengah. 

Institut Pendidikan Guru (IPG)

Selain daripada mempunyai cita-cita untuk belajar di Mesir, saya turut memohon IPG, Asasi dan Matrikulasi. Semasa minggu keputusan asasi keluar; saya mendapat tawaran untuk belajar di ASPer (Asasi Sains Pertanian UPM). Wuish gembira juga tersengih seorang saya. 

Awalnya, emak dan abah pun pelik mendengar nama asasi ini. Jangan risaulah, kalau awak dapat Asper, bukannya wajib jadi petani, gitu. Minggu pendaftaran UPM agak awal; seminggu awal daripada hari pendaftaran Matrikulasi. Manakala keputusan IPG keluar seminggu selepas tarikh pendaftaran Matrik.

Saya sangat runsing dan saya sendiri masih dalam keadaan yang samar-samar. Jauh dalam sudut hati saya, saya sangat mengharapkan saya ditempatkan di IPG, itulah peluang yang saya harapkan untuk menjadi seorang pendidik. Kemasukan ke IPG sangatlah sukar, kita perlu menduduki Ujian INSAK dan UKCG (Ujian Kecergasan). Sekiranya kita melepasi kedua-dua ujian tersebut maka kita layak untuk dipanggil kali kedua untuk Temuduga Lisan. 

MATRIKULASI

Saya sempat belajar di matrikulasi selama dua bulan saja. Banyak juga kenangan dekat matrik ini. Saya duduk dengan room mates yang sangat ohsem! Saya juga belajar bergaul dengan rakan-rakan baru, banyak perkara yang saya kena urus sendiri, di luar zon selesa saya. Selama ini ingatkan duduk lima tahun di asrama dah cukup berdikari tapi di matrikulasi saya mula belajar untuk congak duit makan sehari-hari, duit fotostat modul, latihan, buku. 

"Eh saya still lagi tak paham macam mana boleh terlepas dekat Beijing tuh? Kena mohon apa-apa ke?"

Program kami di Beijing dinamakan PROGRAM PENGHANTARAN PELAJAR KE CHINA UNTUK PEMBELAJARAN BAHASA MANDARIN DALAM KALANGAN PENUTUR JATI KE ARAH 1 MALAYSIA yang dibiayai oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Bukan itu sahaja, selepas tamat 5 tahun belajar di China, kami juga perlu menduduki Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) atau dulu dikenali dengan nama Kursus Diploma Perguruan Lepas Ijazah (DPLI) selama setahun serta perlu melalui proses temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) untuk ditempatkan di mana-mana sekolah di Malaysia. 

Program ini tidak tersenarai dalam permohonan ketika mengisi borang permohonan IPG. Ketika saya menunggu tawaran ke IPG, saya sedang berada pada minggu pertama di matrikulasi. Saya sangat sedih kerana saya tidak terpilih untuk ke IPG.

Tidak lama selepas itu, saya mendapat SMS daripada emak mengatakan ada pegawai KPM yang menelefonnya bertanya untuk tawaran ke Beijing. Yang pasti, kami semua yang belajar bawah tajaan KPM ini melalui temuduga IPG cuma cara atau justifikasi pemilihan untuk ke Beijing saya tidak tahu. 

Alhamdulillah ala kulli hal!

Comments

  1. Assalamualaikum sis. Sebenarnya saya dah lama tertarik mngenai BFSU ni.Saya pelajar spm 2015. kalau tak keberatan,saya nak tanya waktu spm sis dapat berapa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow, mana tahu pasal BFSU? Waktu SPM cukup-cukup makan je.

      Delete
    2. Jiha Jahari...saya pengetua smk mutiara impian nak tanya...ada tak rakan rakan di beijing yg boleh bantu saya dan beberapa orang guru untuk ke beijing kerana pasukan bola sepak kami layak untuk geothia cup di sana... hp +60194151254

      Delete
  2. assalamualaikum akak. ada anak kawan2 mama sy dapat mcm ni gak. mama sy nak sgt sy dpt ni. pihak IPG ada tanya apa2 soalan brkaitan mandarin ka time temuduga? and akak mmg pilih option bahasa mandarin ka dlm pilihan tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak ye, sy apply subjek SEJARAH. IPG tak ada tanya apa-apa soalan pun pasal Bhs Cina time temuduga.

      Delete
  3. salam sis. kebetulan saya dapat tawaran yg sama macam sis. 13 jun ni taklimat. heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow tahniah! Dapat sama universiti juga?

      Delete
    2. Muhd Amsyar,bila awak dapat tawaran tu dan macam mana boleh dapat?saja bertanya..hehe

      Delete
    3. Muhd Amsyar,bila awak dapat tawaran tu dan macam mana boleh dapat?saja bertanya..hehe

      Delete
    4. This comment has been removed by the author.

      Delete
  4. ada had umur x.....cam best jer..ada syarat x...cam mana...

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Dia ada had umur x...cam ner nk mohon belajar kat sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Had umur macam mana ye? Kalau under KPM, memang tak ada permohonan. Saya ada tulis dalam post sebelum ni.

      Delete
    2. Maksud saya awak mohon tu time abis spm ker...klu yang dah brapa tahun abis sekolah bole mohon cam ni,.dia hnya budak sains erk yg dpt g .....mostly budak sains.....

      Delete
    3. Yep, saya mohon IPG lepas habis SPM. Tak semua budak sains, ada je aliran lain.

      Delete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum sis.

    Anak saudara saya berminat untuk sambung belajar pengkhususan Bahasa Mandarin. Dia ada asas bahas mandarin sebab sekolah rendah di SJKC. Sekarang sedang ambil SPM.SPM dia tak ambil bahasa cina sebab dia sekolah agama. Boleh sis bantu bagaimana cara untuk dia dapat mohon sambung belajar bidang Bahas Mandarin?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam WBT.

      Tak ambil bahasa Mandarin ketika SPM pun tak apa, nanti boleh ambik bahasa masuk uni. Setakat yang saya tahu, ada universiti yang menawarkan pengajian bahasa Mandarin, contohnya UPM, UM. Lepas SPM, mungkin boleh cari maklumat dengan lebih lanjut tentang pengajian bahasa Mandarin di Malaysia.

      Delete
  9. Maksud saya had umur pemohonan...takot ada limit umur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk memohon IPG, tak silap saya tak lebih daripada 19 tahun. Untuk lebih lanjut, mungkin boleh baca pada laman web KPM/IPG.

      Delete
    2. nk tnya yg pergi beijing tu semua umur 18 ke masa dia tawarkan pergi tu? ada ke yg umur 19 something???

      Delete
    3. Untuk batch saya setakat ni semua 18 tahun waktu ditawarkan.

      Delete
  10. Salam..nak tanya, mcm mane kos hidup di sana ye? Tinggi ke x? Harga barang2 keperluan harian sbgnye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته .

      Kos hidup dekat Beijing bagi saya tinggi, harga barang-barang keperluan harian dekat Beijing sama mahal macam dekat Malaysia cuma yang lagi murah macam sayuran mungkin. Yang lain tak murah sebab kami tinggal di bandar.

      Delete
    2. Klu lebih kurang tu ok la. Sbb tgk kat web ade yg kate mahal dari Msia...lagi2 dgn currency kita dah teruk skang ni. Anyway thanks info.

      Delete
  11. assalam jiha...rezeki tu tak pernah salah alamat kan..nak ty kat sana korang stay kat hostel ke atau sewa rumah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pelajar dekat sini duduk dekat asrama kediaman pelajar Malaysia.

      Delete
  12. Nak tanya, akak dpt tawaran ke beijing tu bile?maksud saya dah blajar di ipg beberapa tahun baru dapat tawaran tu atau macam mana?harap sangat akak reply :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bismillahhirrahmanirrahim, saya dapat tawaran ini ketika bulan pertama saya belajar di kolej matrikulasi.

      Delete
  13. Assalamualaikum , waktu akak isi online ipg , kak ambil kos ape ? sblm dpt tawaran ke beijing . dan ada tak tawaran ke timur tengah under ipg ni ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam WBT, saya isi subjek Sejarah dan Bahasa Inggeris (tak silap) ketika memohon IPG. Pada tahun 2015, belajar ke timur tengah bawah IPG ada ditawarkan. Untuk tahun ini, sila check di laman web IPG semula.

      Delete
  14. Akak,waktu akak terima tawaran ni,akak dah iv ipg atau belom?

    ReplyDelete
  15. Asslam kak, boleh mintak email akak tak??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, boleh. E-mel: jihajahari@gmail.com

      Delete
  16. Waa...sis..lbh kurang la cerita kita ...saya pun dpt jgk tawaran ni..blh saya tahu dgn lbh lanjut x😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah kerana telah mendapat peluang tawaran ke Beijing. Saya ada ceritakan beberapa pengalaman saya, just click page Beijing dekat bahagian atas blog. Tak pun, apa-apa boleh e-mailkan.

      Delete
    2. Sekarang ni sis masih lagi ke dekat china dan betulke semua yuran pembelajaran dan penginapan ditanggung oleh kpm??berape elaun sis Dapat ekk??saya nak buat persiapan nih 😅😅

      Delete

    3. Masih di Beijing, berbaki lagi dua tahun. Soalan ni boleh dijawab dalam e-mail. E-mail saya lah: jihajahari@gmail.com

      Delete
  17. Salam, nk tnye time sis dpt tawaran ni dulu, ade x surat tawaran ditangguhkan. Sbb surat tawaran utk ke beijing tahun ni ditangguhkan. Atau pon mmg stiap tahun mcm ni. Harap bole reply����

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

      Sebelum ni, tak ada surat tawaran penangguhan. Terus dapat e-mel tawaran tapi lama juga tunggu e-mel tawaran.

      Delete
    2. Ok thanks a lot

      Delete
    3. Boleh ke saya tengok surat tawaran penangguhan? Emel ke emel saya : jihajahari@gmail.com

      Delete
  18. salam sis , saya dah beri pengesahan menerima tawaran ini melalui panggilan talefon,tapi surat tawaran tahun ni ditangguhkan . adakah tawran ini saya komfem dapat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. dah boleh cek dah. Alhamdulillah saya dapat. Dia tangguhkan sekejap

      Delete
    2. Salam.. dah boleh cek dah. Alhamdulillah saya dapat. Dia tangguhkan sekejap

      Delete
  19. Assalamualaikum w.b.t kepada calon bfsu/blcu under ipg. Tawaran biasiswa ini telah diteruskan semula selepas penangguhan. Boleh cek ke tawaran ipg semula utk dapatkan surat tawaran. Saya antara salah satu pelajar yg berjaya mndapat tawaran dan ingin membantu rakan-rakan yg lain. Terima kasih

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum w.b.t kepada calon bfsu/blcu under ipg. Tawaran biasiswa ini telah diteruskan semula selepas penangguhan. Boleh cek ke tawaran ipg semula utk dapatkan surat tawaran. Saya antara salah satu pelajar yg berjaya mndapat tawaran dan ingin membantu rakan-rakan yg lain. Terima kasih

    ReplyDelete
  21. slm..utk adik2 yg mana tk lepas nk ke ipg..jgn kecewa ya..ade program dgn kerjasama UPSI dn regent school di seremban...utk program pend.awal kanak-kanak..kiranya educationla..ade laluan utk ke perguruan nnt..bole wsp sis for details 011-16930576 ..and jika ade nak msuk program tourism pun bole wsp sis k

    ReplyDelete
  22. akak..musim pandemik covid 19 ni still boleh ke beijing ke.. saya berminat tp spm tangguh dan covid meningkat..agak2 masih berpeluang utk ke sana takk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk masa sekarang, setahu saya memang tak boleh ke sana lagi.

      Delete
    2. Assalamualaikum kak,saya nak tanya.kalau kita apply u dekat sana,peluang untuk diterima tu banyak ke?maksudnyer senang ke nk dapat masuk u kat sana?and kalau boleh saya nak mintak tolong akak tolong suggestkan u kat sana utk kami.sbb saya dan sahabat saya sangt ii berminat nk belajar kat china tapi kitorang baru jer berumur 15 tahun ni.so kitorang nak buat perancangan awal dan berusaha gigih supaya impian kitorang tercapai.and kalau boleh nk tanya,biasanya student yang dpt blajar kt china ni dapat brape A ye dlm spm?

      Delete
    3. Jalan paling mudah adalah dengan mendapatkan biasiswa; jadi cuba dapatkan keputusan yang baik dalam SPM dan cari biasiswa yang menawarkan belajar di China ataupun pinjaman boleh ubah seperti pinjaman Mara. Setiap tahun akan ada peluang biasiswa yang berbeza, jadi boleh Google lepas SPM mana-mana peluang yang menawarkan pengajian di China.

      Delete

Post a Comment

Ya, saya?

Popular posts from this blog

Cara Bayar Bil Elektrik dan Bil Air Online: myTNB, PahangGo

Cara Mati Setem di LHDN UTC

Cara Bayar Bil Telefon Rumah Online