Posts

Showing posts with the label Norm

Tukar dari Celcom ke Umobile

Image
Assalamualaikum WBT Bekerja sebagai guru yang kadang perlu berkursus, mesyuarat ke sana sini, kadang ada tempat tidak ada kemudahan Wifi.  Jadi, selama ini saya bertahan dengan Celcom, tetapi kuota Hotspot yang ada tidak mencukupi. Setelah berfikir panjang, saya sudah nekad untuk bertukar kepada line Umobile. Pakej yang lagi menarik dan  memberi manfaat. Namun, saya tidak mahu menggunakan nombor telefon baru. Jadi, saya telah ke Service Center UMobile di bandar Kuantan untuk servis Mobile Number Portability (MNP) , kiranya saya ingin mengekalkan nombor lama. Jadi, saya ke Umobile Kuantan Sentral, dan sepantas kilas, selesai. Langkah-langkah: 1. Pergi ke mana-mana Umobile Authorized Seller, boleh cari Umobile Store Locator. 2. Bawa IC. Jumpa seller .  3. Nanti seller akan daftarkan, dan akan beri simkad baru & bayar. Selesai! 4. Kemudian, kita tunggu sahaja mesej daripada telco asal untuk Port Out. Ikut langkah yang dinyatakan. Keluarkan simkad lama, masukkan yang baru...

Cara Menjejaki Telefon Bimbit atau Tablet Android Yang Hilang

Image
Hai assalamualaikum wbt! Hari ini saya nak kongsikan kepada anda semua, satu cara yang pastinya dapat melegakan hati yang gundah mencari telefon/tablet kita yang tertinggal atau hilang atau tercicir. Langkah-langkah ini juga saya dapatkan jawapan dari internet:  How to Locate or Track an Infinix Xpad (klik sini).  Jadi, jom kita ambil tahu Cara Menjejaki Telefon Bimbit atau Tablet Android Yang Hilang. Sebelum apa-apa buruk berlaku kepada tablet/telefon, kita perlulah ingat dan lalukan beberapa perkara. 1) Tablet/telefon mestilah sync dengan Google account kita.  2) Tablet mesti connect dengan internet. Jadi, dua hari telefon saya tertinggal di kawasan sekolah. Disebabkan saya cari-cari geledah tak jumpa, saya pun menggunakan cara yang moden ini. 1) Saya pergi pada pautan ini: Find My Device (klik sini) 2) Pada pautan ini akan auto cari device kita yang sedia sync dengan Google Account kita. Maka, keluarlah nama tablet Infinix Xpad saya. 3) Jadi, saya pun pergi ke lokasi y...

Ada Apa di Lipis?

Image
Ada Apa di Lipis? Pejam celik, sudah setahun lebih rupanya saya berkhidmat sebagai seorang pendidik di daerah Lipis. Tak ku sangka, tempat pertama posting saya ialah sebuah sekolah menengah di sini. Tak pernah terjangkau dek fikiran saya, bahawa saya akan posting di sekolah menengah kebangsaan, kerana opsyen saya ialah Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan (BCSK), namun, inilah takdirnya. Saya tidak mahu cerita tentang pengalaman menjadi guru di sini, cuma saya mahu kongsikan beberapa perkara menarik yang saya perhatikan di daerah Geopark ini. 1. Parkir Kenderaan di Lipis Jika di Kuantan, ataupun daerah lain, saya hanya perlu akses di PahangGo, tetapi lain pula di Lipis. Saya serta anda yang mahu parkir di Lipis tanpa perlu membeli kupon, adalah melalui aplikasi Lipis EZ Park. Aplikasi ini khusus untuk membayar parkir, tidak seperti di PahangGo, bayaran bil dan lain-lain boleh diakses di situ. Jadi, hendak menyenangkan urusan secara atas talian, muat turun aplikasi tersebut atau walk-in bel...

Review: Setahun Menggunakan Komputer Riba dari IMIKA

Image
Gambar iklan IMIKA Assalamualaikum WBT. Para pelajar masih sedang berjuang menghadapi SPM, namun ada juga yang sudah pun menamatkannya! Tahniah dan Syabas, semoga kejayaan mengiringi anda semua. Inshaallah. Pada hari ini, saya ingin berkongsi review penggunaan sebuah komputer riba  yang telah saya beli di IMIKA Cawangan Kuantan pada bulan Jun 2023. Saya sebenarnya sudah ada komputer riba yang saya telah beli pada tahun 2018, iaitu MacBook Air. Namun, disebabkan MacBook terlalu canggih, maka Macbook tidak dapat mengenal pasti perisian AscTimetable. Maka, setelah berhari-hari memikirkan yang terbaik, saya membuat keputusan untuk terpaksa membeli sebuah komputer riba lain yang kegunaannya untuk membuat relief ; setelah dilantik sebagai AJK Relief 2023. Kenapa saya tidak menggunakan komputer riba sekolah? Sekolah saya tidak mempunyai komputer riba yang tersedia untuk kegunaan relief. Itulah nasib guru baharu yang baru posting dan menggunakan MacBook, maka perlulah menggunakan duit se...

Nak Buat Apa Selepas SPM?

Image
Nak Buat Apa Selepas SPM? Saya pernah berkongsi satu entri Buat Apa Selepas SPM . Ramai rakan-rakan serta anak-anak yang tercari-cari hala tuju selepas SPM. Sama juga seperti saya, tamat saja SPM 2014, saya juga tercari-cari, apakah yang perlu saya lakukan selepas SPM ini? Kali ini, saya menulis sebagai seorang guru. Akhirnya, setelah 9 tahun entri itu ditulis, saya akan menulis pula beberapa perkara yang anda boleh lakukan selepas SPM daripada POV seorang guru. Pertama, rehat. Rehatkan sebentar minda dan fizikal setelah anda berhempas pulas mengorbankan masa, tenaga dan usaha untuk menghadapi salah satu peperiksaan terbesar dalam hidup iaitu SPM. Tahniah saya ucapkan atas usaha anda yang telah berhempas pulas untuk menikmati perjalanan menuntut ilmu. Syabas anakanda! Rehat dahulu, sentiasa berdoa agar hati pemeriksa lembut ketika menanda, menanda dalam keaadaan yang tenang serta memohon agar Yang Maha Esa melapangkan dada atas segala apa jua keputusan yang Dia beri. Kedua, tahu minat ...

Tip Menyimpan Duit Gaji dan Duit Raya untuk Beginner

Image
Assalamualaikum WBT,  Selamat Hari Raya 🌙  Sudah 3 Syawal 1444H, Alhamdulillah Allah beri kita peluang untuk bertemu dengan Ramadan & akhirnya menyambut kemenangan di bulan Syawal pula. Terdetik pula saya ingin berkongsi dengan para pembaca tentang satu tip yang sangat ohsem tetapi tak ramai yang tahu dan ingin praktikkan iaitu Tip Menyimpan Duit Gaji dan Duit Raya untuk Beginner 😬  Hah, tip ini sebenarnya sudah sangat banyak dikongsikan oleh ahli-ahli kewangan di pelbagai platform media sosial tapi saya ingin juga berkongsi ringkasan dapatan daripada tip mereka semua. Dulu-dulu, saya tidak tahu di mana, bila, dengan siapa saya mahu belajar tip kewangan ini. Saya kira orang zaman sekarang sangat bertuah kerana dengan adanya media sosial yang senang diakses, kita mudah untuk belajar dan mendapatkan info tentang satu-satu perkara dengan cepat dan berguna.  Baiklah, tip ini saya kongsikan daripada perkongsian di YouTube Dr Adam Zubir (klik sini) , yang menjadi as...

Cara Tamatkan Perkhidmatan Telefon Rumah Secara Atas Talian

Image
Assalamualaikum WBT Sebelum ini saya pernah berkongsi cara untuk membayar bil telefon rumah di aplikasi MyUnifi  kali ini saya ingin berkongsi satu cara terkini untuk menamatkan talian telefon rumah . Hal ini disebabkan Tok Abah saya sudah tidak menggunakan telefon rumah itu lagi. Mudah saja caranya, saya hanya berurusan dengan pihak Unifi melalui e-mel sahaja. PROSEDUR UNIFI Berikut adalah prosedur penamatan yang diberitahu oleh pihak Unifi kepada saya: Adalah dimaklumkan bahawa kami kini melaksanakan polisi penamatan akaun dalam tempoh 30 hari. Dibawah polisi ini, para pelanggan dikehendaki untuk menyetujui memberikan notis 30 hari penamatan akaun dan membuat bayaran bagi tunggakan bil dan caj penggunaan dalam tempoh 14 hari selepas notis diberikan. Pihak pemprosesan akan menamatkan perkhidmatan pada hari ke 28 hingga ke hari 30 daripada tempoh notis jika tiada tunggakkan bil. Jadi, sebelum anda hendak menamatkan perkhidmatan, anda hendaklah menyelesaikan bil telefon yang tertu...

Cara Bayar Kompaun MBK dengan PahangGo

Image
Kredit: Majlis Daerah Jerantut Assalamualaikum WBT! Teringat pula 4 Ogos yang lepas, kereta kena kompaun RM30 sebab tak bayar parkir kereta. Wah, boleh pula selama ni bayar je parkir di bandar raya Kuantan ni, nak dijadikan cerita, 4 Ogos 2022 tu boleh pula tak bayar parkir di sekitar Kolej Widad tersebut. Dah terselit kompaun dekat wiper kereta. Untuk kompaun di bandar raya Kuantan ini, boleh terus bayar di apps PahangGo . Tidak perlu bersusah-payah cari tempat untuk bayar kompaun. Esoknya terus saya bayar kompaun yang berjumlah RM30 di apps tersebut.  Hanya masukkan maklumat yang diperlukan dan selesailah pembayaran kompaun tersebut.  Aduhai.  Ingat!  Selesaikan kompaun tak lebih daripada tempoh sebulan, kalau tidak, nilai kompaun semakin bertambah. Jika nak bayar waktu promosi pun boleh, boleh check announcements oleh Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) di Facebook page mereka. Kadang-kadang mereka buka booth di pasar tani, pasar malam atau mana-mana event yang berl...

Satu Hari Berjalan di Perlis

Image
Assalamualaikum WBT Alhamdulillah alhamdulillah, terasa laju saja tangan nak menaip pengalaman saya ke negeri Perlis Indera Kayangan untuk kali pertama ini. Perjalanan saya ke negeri Perlis ini sangatlah tidak dirancang dan sangatlah wow! Memang sesuailah bagi siapa-siapa yang mahu ke Perlis dalam masa sehari, tak kalut tapi agak laju hewhew. KAMPUNG IBU, AYER HITAM, KEDAH Let's go! Kolam ikan air masin Pukul 9 pagi, saya bersama ibu dan abah keluar ke destinasi pertama iaitu kolam ikan abah di kampung ibu di Ayer Hitam. Mashaallah, punya terkejut saya, besar benor kolamnya. Ada dua kolam ikan abah, dua-dua penuh ikan. Teruja weh! Ibu & abah bagi makan ikan dulu sebelum kami bergerak ke Perlis. Saya pun ikut sekali dekat belakang, seperti rusa masuk kampung. Terkedek-kedek saya dekat belakang merasai sendiri pengalaman yang seronok ni! DATARAN EMPANGAN TIMAH TASOH Usai bagi ikan makan, kami pun bergerak ke destinasi pertama di Perlis iaitu Dataran Empangan Timah Tasoh. Lebih ku...

Menjejaki Kasih Ibu & Abah di Kedah

Image
Assalamualaikum WBT Alhamdulillah, masih lagi berpeluang untuk hidup dan mencari-cari makna hidup untuk sentiasa berbalik semula kepada-Nya! Alhamdulillah thummalhamdulillah! Tanpa saya sangka, pada umur saya 25 tahun ini, akhirnya saya dapat menjejaki kasih ibu & abah saya di Kedah. 25 tahun sudah saya bernafas, ada saat-saat saya akan tiba-tiba saja teringatkan detik yang lalu. Antaranya ialah kenangan bermain rounders, basikal, tembak-tembak dengan anak-anak tentera yang lain di TUDM Subang dulu. Selain itu, kenangan bersama rakan-rakan yang antara nama yang terpahat dalam ingatan saya; Omar, Kamarul, Azizah di SK Bukit Jelutong. Kemudian, 2005 saya berpindah ke Kuantan dan semakin lama saya seolah-olah tidak dapat mengorek kembali akan detik-detik zaman kanak-kanak saya di TUDM Subang. Hanya yang benar-benar saya ingat saja yang betul-betul terpahat dalam ingatan. Sepanjang beberapa tahun ini jugalah saya selalu dibayangi kenangan detik perpisahan bersama pengasuh yang saya pan...

Cara Perbaharui Lesen Secara Atas Talian (Renew License Online)

Image
Assalamualaikum WBT. Hari ini saya nak berkongsi cara-cara untuk kita perbaharui lesen tanpa perlu ke kaunter! Sangat mudah. Hanya perbaharui lesen memandu secara atas talian sahaja! Langkah 1 Layari laman web Lesen2u (klik sini) . Kemudian, anda akan nampak paparan seperti gambar di bawah: Langkah 2 Klik pada butang "Perbaharui Lesen Memandu". Kemudian, isi semua maklumat dengan betul dan tepat, dan klik "Hantar Permohonan dan Buat Bayaran." Mudah saja, kan? Kadar Bayaran Seperti yang dinyatakan dalam gambar di bawah, kadar bayaran untuk setahun ialah RM100, 2 tahun sebanyak RM155 dan paling maksimum 5 tahun ialah RM290. Beza harga promosi dengan harga asal!

Cara Tukar Kad Debit Maybank di Maybank2U

Image
Assalamualaikum WBT Saya nak kongsi cara yang paling senang nak ganti kad debit Maybank secara atas talian sahaja! Kad debit Maybank saya luput pada tarikh 31/01/2022, jadi saya dapat mesej daripada Maybank pada awal bulan untuk tukar kad debit.  Jadi, kita ada dua pilihan nak tukar kad tersebut, sama ada secara atas talian (Maybank2U) atau pergi saja ke mana-mana cawangan Maybank. Saya memilih untuk menukar kad tersebut di laman web Maybank2U sahaja! Caranya mudah saja, hanya ikut saja arahan pada pautan ini: Cara Tukar Kad Maybank di Maybank2U . Satu-persatu langkah diajar untuk kita buat sendiri. Yang penting, kad dapat ditukar secara percuma! Namun begitu, perlu untuk kita tahu, jumlah wang sebanyak RM12 akan dipotong terlebih dahulu. Kemudian, saya menunggu lebih kurang 14 hari (termasuk hari cuti) untuk dapatkan kad baru yang dipos terus ke alamat rumah kita. Setelah saya aktifkan semula kad debit baru saya itu, beberapa hari kemudian saya dapat semula wang RM12 tersebut....

Cara Bayar Parking Kereta di Kuantan Menggunakan Aplikasi PahangGo

Image
Saya antara orang yang selalu juga ke bandar dan semestinya hendaklah membayar parking kereta sekiranya parking di mana-mana tempat di bawah Majlis Bandar Raya Kuantan. Sebelum ini saya beli terus sebuku kupon parking kereta di pondok-pondok MBK tetapi kini saya membayar parking dengan menggunakan aplikasi PahangGo.   1) Boleh muat turun PahangGo di Apple Store atau Google Play Store dalam telefon bimbit anda! Pastikan logo seperti gambar di bawah ini! 2) Kemudian, nampak tak "Park" di situ, klik saja di situ.  3) Setelah klik "Park", anda akan lihat paparan seperti gambar di bawah. Saya ada bulatkan dua perkara iaitu "Passes" dan "Fil". Kalau anda klik "Passes", ada 3 pilihan passes yang anda boleh beli. Saya tidak membeli "Passes" kerana saya hanya akan ke bandar sekiranya ada urusan. Lainlah kalau mungkin orang yang bekerja di bandar atau sering kali perlu ke bandar, berbaloilah untuk beli "Passes".  Jadi, ...

Cara Pos Barang Menggunakan Pgeon dari Rumah Sahaja!

Image
Musim pandemik sekarang memang menguji tahap kemampuan dan kesabaran semua orang. Semua orang terjejas dan diuji dengan ujian yang berbeza. Benarlah, hanya Allah sebaik-baik tempat meminta pertolongan. Semoga kita dilapangkan dada dan sentiasa bergantung harap kepada Allah.  Jadi, ramai juga beralih kepada berbisnes, membuat bisnes dengan ruang dan peluang yang ada. Urusan untuk pos barang pun semakin ditambah baik dan mempunyai banyak pilihan. Sebelum ini saya pernah menulis entri cara untuk pos barang dengan mendaftar di laman web Easy Parcel (boleh klik di sini) . Kini, saya ingin berkongsi cara-cara untuk pos barang di dua laman web lain iaitu Pgeon .  1) Kenapa saya pernah menggunakan perkhidmatan ini? Bukankah Pgeon juga turut ada dalam sistem Easy Parcel? Ha, ini adalah kerana Easy Parcel memerlukan kita untuk topup paling sikit RM20, tetapi barang yang saya hendak hantar tidak sampai RM20 caj pengeposannya. Jadi, saya cuba memikirkan cara lain untuk pos barang dengan ...

Bercita-citalah Setinggi Bulan!

Image
Percaya atau tidak, yang mendorong diri kita ke depan adalah cita-cita dan daya penolak; yang menolak kita ke hadapan. Ibaratnya, jika kita letakkan bola di atas padang, kita ingin masukkan bola ke dalam gawang,  kita kena sepak bola   tersebut untuk masuk ke dalam gawang gol. Kenapa kita nak masukkan bola ke dalam gawang? Kerana kita inginkan   kemenangan dan berjaya! Andai kata kita seperti bola yang hanya statik di atas padang, tidak bergolek, kita seolah-olah statik sahaja di zon sekarang ini. Sekiranya sekarang, kita merasakan sudah selesa hidup begini, bergelumang dengan kemewahan dunia yang hina dina, maka kita sebenarnya tidak berjaya lagi. Pohon kecil bertumbuh menjadi pokok besar yang bermanfaat; bayi membesar menjadi seorang insan yang berguna; kita belajar dari sekolah rendah hinggalah peringkat sekarang; bahkan perut yang kempis jika diisi boleh jadi buncit! Eh! Ha, begitulah kita dalam kehidupan. Jika statik sahaja, mana mungkin akan berkembang dan bertumbuh...