Cara Bayar Kompaun MBK dengan PahangGo

Kredit: Majlis Daerah Jerantut


Assalamualaikum WBT!

Teringat pula 4 Ogos yang lepas, kereta kena kompaun RM30 sebab tak bayar parkir kereta. Wah, boleh pula selama ni bayar je parkir di bandar raya Kuantan ni, nak dijadikan cerita, 4 Ogos 2022 tu boleh pula tak bayar parkir di sekitar Kolej Widad tersebut. Dah terselit kompaun dekat wiper kereta.

Untuk kompaun di bandar raya Kuantan ini, boleh terus bayar di apps PahangGo. Tidak perlu bersusah-payah cari tempat untuk bayar kompaun. Esoknya terus saya bayar kompaun yang berjumlah RM30 di apps tersebut. Hanya masukkan maklumat yang diperlukan dan selesailah pembayaran kompaun tersebut. 

Aduhai. 

Ingat! 

Selesaikan kompaun tak lebih daripada tempoh sebulan, kalau tidak, nilai kompaun semakin bertambah. Jika nak bayar waktu promosi pun boleh, boleh check announcements oleh Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) di Facebook page mereka. Kadang-kadang mereka buka booth di pasar tani, pasar malam atau mana-mana event yang berlangsung di Kuantan. Jadi, itulah peluang untuk anda bayar kompaun secara separuh harga atau malah lebih murah.


Comments

Popular posts from this blog

Cara Bayar Bil Elektrik dan Bil Air Online: myTNB, PahangGo

Cara Mati Setem di LHDN UTC

Cara Bayar Bil Telefon Rumah Online