Posts

Showing posts from June, 2016

Ramadan di Beijing : 2016

Image
Ramadan di Beijing *ewahhh* cam gempak eleh tapi kita semua sama saja, tinggal lah dekat mana-mana negara, benua, wajib berpuasa juga. Cerita kali ini mesti lagi lain, sebab cerita pasal berpuasa di tempat orang. Kita tak tahu lagi budaya-budaya masyarakat Islam di sini. Kita tak merasai lagi, jadi mudah-mudahan jihad kita dipermudahkan. Ok, jadi apa cerita Ramadan di Beijing?

   Dekat Beijing memang tak ada lah pengumuman Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja macam di Malaysia nuh. Jadi, inisiatif para pelajar sendiri untuk tahu dari pihak masjid sekali gus kita pun dapat lah jadual imsak, berbuka di sini. Walau pun dah ada Muslim Pro kan tapi masih lagi ada perubahannya. Tahun ini, puasa bermula pada Isnin, 6 Jun 2016. 

   Tak tahu lah nak describe perasaan berpuasa itu. Malam terawikh pertama, kami solat berjemaah di Bangunan No. 6; bangunan asrama yang diduduki oleh pelajar-pelajar Malaysia. Disebabkan masjid yang terdekat pun lebih kurang dalam 3-4 km, jadi lagi 方便 (fangbian/convenient…