Tuesday, 13 December 2016

一本书

sumber Google
   当我七,八岁的时候,我能看完两百页的小说。因为我妈妈是一个老师所以很容易在学校图书馆借书。那时候,我不知道怎么借书。所以,每天我妈妈都会带一本给我看。我一天能看完一本。
   我最喜欢看历史类和生活类的。我真的要看《马来历史》,但是这本书在马来西亚没有了。因为很久很久以前,英国人已经把这本书带走英国去了。现在这本书在牛津大学。人家都不能看这本书因为是个宝贵文物。
   当我七岁的时候,我爸爸给我买了一本特别的书。我每天都会看这本书。妈妈说这本书的内容很丰富也很全;有过去的事,现在的事,未来的事,历史,财经,科幻,等等。但是呢,那时候我一点儿也不明白妈妈的意思。那本书虽然我已经读完,但是我还是不明白它的内容。
   当我十六岁的时候,那本书看起来已经很旧了。所以妈妈买新的送给我。妈妈说,"你难过的时候,高兴的时候,别忘了看这本书。一天看一页就行了。只要你用你最深的心,实在地看这本书,你就一定能通过所有的生活困难。"
   当初我没感到那种感觉,我觉得很难才能明白一句一句的意思。但是,现在我慢慢得了解,慢慢得明白妈妈的意思。
   现在,这本书对我很重要。这本书的名字就是《Gûlánjīng》。
Edited by: Syazwa Najihah

Monday, 12 December 2016

Si Kitol



Tahu apa rahsia yang diberitahu kepada Portugis oleh Si Kitol, sang pengkhianat?
Dia bilang sama itu Portugis, "Kalau mahu menyerang Melaka, serang pada waktu Subuh kerana orang-orang sini lewat bangun subuh."


Dear Friend


Dear friend,

   "Believe me, every time I miss you , I pray for you to be constantly surrounded by kindness . Although it's difficult to find a place in your heart , but your name is always mentioned."

   Please, believe me.

Human Like You


"Don't be afraid in front of me, just because Allah covers me; doesn't meant that I'm perfect. Yet, still a human that need to repair own mistakes; not only to take care of others. As I'm also have a heart to care about. Sometimes, let myself; me and Allah."
4 April 2016

Harapan

   After we put hard works, efforts and even struggling (although a bit ah); be ready for every single things that will happen next.
   Kita memang sungguh-sungguh dalam membuat sesuatu perkara, apatah lagi sungguh-sungguh tu tahap sampai muntah hijooo; kita jugak kena lah sungguh-sungguh untuk lapangkan hati untuk terima segala keputusan yang kita dapat selepasnya.
   Ramai yang meletakkan harapan kejayaannya dalam sesuatu hal itu mungkin sebanyak 99%, lantas diuji; mental break down terus. Sebab menganggap 1% kemungkinan kegagalan itu; andai wujud mungkin tidak akan memberi kesan besar.
Tapi akhirnya 1% itu lah yang pehhh!
  Setelah sedar langsung berfikir; dalam setiap perkara terjadi dalam hidup, harapannya ada pada Tuhan.
   Dia tahu dan mengerti dalam segala tindak-tanduk kita; Dia juga faham apa yang terbaik untuk kita. Dengan bergantung kepada-Nya, timbul redha tu kan? Barulah hati redha dengan tenang.
   Semoga kita semua akan terus-menerus diberikan kebenaran melalui pancaindera kita sendiri. Sentiasa berdoa.

Merdeka




Selamat Hari Merdeka, Malaysia.
Aku hargai jasamu sang pendekar, yang terburai daging, yang mati disiksa, yang ditembak.
Semua itu tidak wajar dilupakan anak bangsa.
Andai luput sejarah, maka tiada siapa yang tahu asal usulnya.
Kerana wujud manusia yang sering berkata, Malaysia ini tiada apa-apa. 
Andai tidak mahu bersyukur menetap di bumi Malaysia, maka beransurlah ke bumi lainnya.
Ayuhlah anak bangsa, naikkan kembali zaman kita dahulu. 
Bukan menjadi anak bangsa yang tidak menyumbang untuk negara.
Malaysia selamanya tanah air ku.
- 31 Ogos 2016

Sangka Baik

Bukan satu akhlak yang baik untuk memandang rendah terhadap manusia lain, sedangkan Tuhan sendiri tidak membezakan manusia dengan mana-mana darjat.
Jangan terkejut, yang menjadi tukang sapu itu dulunya seorang guru cemerlang.
Jangan terlompat, yang menjadi drebar teksi itu dulunya seorang askar yang pernah membarisi barisan depan pertahanan negara.
Jangan terlopong, yang menjadi penjual pisang goreng di tepi jalan itu dulunya seorang business woman di luar negara.
Jangan ternganga, yang menjadi pekerja di pam minyak itu dulunya seorang ahli sains.
Jangan mencemuh andai ada yang datang menghampiri meminta sedekah kerana anaknya terlantar di atas katil hospital dan memerlukan wang untuk membayar bil.
Jangan cepat lantang bersuara andai rakan yang tadinya lalu di sebelah tidak membalas senyuman kerana tadi dalam fikirannya berselirat dengan berita sedih tentang kehilangan ahli keluarga.
Jangan mudah marah andai tadi ada orang berlari-lari lalu terlanggar bahu kerana tadi dia sedang menuju ke rumah melihat ibunya yang sakit.
Jangan mengutuk orang yang berpakaian lusuh melangkah masuk ke dalam mall besar kerana mall itu bukan untuk orang kaya-kaya saja.
Benar, bukan mudah untuk bersangka baik.

Carut

Carutan sudah menjadi kebiasaan manusia. Carut sana, carut sini. Sekejap, sekejap, "bodoh". Sekejap, sekejap, "babi". Itu perkataan paling biasa katanya.
Ada pula carutan zaman moden. Entah apa-apa perkataannya.
Bila mahu berhenti?

Sunday, 27 November 2016

Wuhan: Bertemu Cinta


Salah sebuah bangunan di Wuhan University 


Assalamualaikum WBT.


   Alhamdulillah, masih lagi diberi peluang untuk hidup, untuk merasai nikmat seorang Muslim, untuk berbakti kepada orang lain, untuk menunaikan kewajipan dan banyak lagi nikmat yang Allah bagi. 


   Siapa sangka, ceh, maksud ayat dekat sini (sis sendiri tak menyangka) bahawa sis berpeluang untuk pergi ke sebuah tempat di China ini, yang dinamakan sebagai Wuhan. Alhamdulillah, diberi peluang dan dengan jagaan Allah, saya dan ahli usrah yang lain; seramai 4 orang berpeluang untuk ke Wuhan. Why uols pergi Wuhan ni?
   

   Okay, ceritanya, kami ada dua orang ahli usrah; iaitu Athirah dan Anis yang belajar di Wuhan University ataupun dalam bahasa Cina disebut sebagai Wuhan Daxue (Wuda), jadi, setelah hampir dua bulan usrah bersama mereka menggunakan video call di WeChat ataupun Skype, jadi, dengan kesempatan hujung minggu ini, kami dapat bertemu sendiri dengan mereka di sana. Cumanya, Zakiah tak dapat nak join saya, Farhanim, Ain dan Kak Husna ke Wuhan kerana sakit. 



'Aisy


   Cerita kami di sana lebih kurang macam ni:


   Jumaat, 25/11: Depart pukul 10 malam, sampai lebih kurang pukul 12 tengah malam. Dekat airport, dah ada teksi yang tunggu. Dari airport ke Wuda lebih kurang satu jam, jadi sampai je dekat sana Athirah dah sedia menunggu. Sebenarnya saya dan Ain memang sangat excited. Serius! Tak sabar-sabar nak jumpa orang jauh! Tak sabar-sabar nak tengok tempat baru! Saya dan Ain bermalam di bilik Athirah. Sampai je dalam bilik, duduk rehat kejap, taraaa! Kak Husna dan Kak Atip datang bilik Athirah dan paling special, Kak Husna bawakkan kaoya (roasted duck) yang dibawa khas dari Beijing untuk Athirah, ceh bukan Athirah je makan, semua makan. Athirah memang dah bagitahu siap-siap nak makan kaoya haa, alhamdulillah akhirnya impian sudah tercapai. Dalam pukul 3 pagi macam tu, baru masuk tidur haa. 


   Sabtu, 26/11: Pukul 7:30 pagi, kami gerak pergi kantin depan bangunan asrama minum air soya panas yang berharga 2 kuai sahaja. Fuh, dap! Memang ori betul rasanya, tak ada apa-apa tambahan dalam minuman tersebut, hanya lah soya yang dikisar hancur, ditapis dan terus minum! Memang elok sangatlah minum waktu sejuk-sejuk macam ni. Haa, suhu sejuk memang sejuk, tapi tak sampai negatif lagi. Paling rendah setakat kami dekat sini dalam 6 Celcius.


Air soya 2 kuai



Bas kampus

   Kemudian, kami mulakan hari kami dengan aktiviti menjelajah Wuda. Wuda ini antara universiti yang dah lama bertapak di atas bumi ini, ceh, dari tahun 1893 lagi, kira-kira 123 tahun lamanya berdiri teguh. Wuhan University ini dikatakan antara universiti yang tercantik di China, lagi-lagi pada musim bunga. Keluasan universiti ini memang sangat luas dan of course banyak fakulti dekat sini. Jadi, memang ramailah pelajar di universiti ini. 



美好的回忆


   Disebabkan Wuda sangat luas, dalam Wuda ada disediakan bas untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Jadi, tak adalah rasa penat sangat, lagi-lagi jalannya berbukit-bukit. Kalau dekat Beijing, jalannya straight je melainkan kalau pergi kawasan berbukit. Kemudian, kami pergi ke sebuah tasik yang terletak di sebelah Wuda. Tasik ni merupakan tempat yang kena pergi kalau datang Wuhan, haa ayat ni Athirah lah yang cakap. Tasik ni sangat besar! Di situ, kami duduk atas jeti yang menghadap tasik dan mulakan usrah. 



Inilah tasiknya!

   Usai usrah, kami balik asrama semula untuk menunaikan solat dan kemudian ke restoran Indian Marka untuk makan tengah hari. Kemudian, sambung lagi pusing-pusing dalam Wuda. Walaupun sekarang musim sejuk tapi macam saya kata dekat atas, sejuknya taklah sejuk seperti kebanyakkan tempat di kawasan utara, contohnya Beijing. Walau bagaimanapun, di Wuhan tiada heater! Fuhhh bangun pagi memang sejuk! Ya Rabbi, sejuk sangat. Cikgu pun pernah bagitahu, di kawasan selatan China memang tak pasang heater


Depan Restoran Indian Marka


   Okay sambung cerita, petang tu saya, Ain dan Kak Husna keluar bertiga pergi ke tasik semula. Yang lain berehat di dalam bilik. Kononnya sekadar nak berjalan, duduk, bercakap; haa tak lama tu kami naik bot! Pehhh memang best, mantap dia memang nak tercabut jantung! Naik bot laju tu, haaa kemain pak cik tu bawak bot tu, ke kiri ke kanan phew! 


   Balik petang tu, solat dan teruskan langkah kami di bandar Wuhan ini. Kami berjalan keluar dari kampus, naik bas 2 kuai, 5 stesen berikutnya, kami turun untuk makan malam dahulu. Restoran yang kami pergi kali untuk malam ini merupakan sebuah rumah apartment! Bayangkan, rumah di China ini memang sangat kecil. Jadi, restoran itu luasnya kecil sahaja tapi ramai yang datang makan. Tukang masaknya hanya seorang, tauke restoran itu sendiri iaitu Encik Abdul Hamid. Nampak lah muka macam orang Arab.


Dap!


   Hari sudah pun gelap, kami berjalan di sebuah tempat yang bernama Hanjie. Hanjie ini merupakan sebuah street, kiri kanan ialah kedai-kedai, kalau macam dekat Beijing lebih kurang Qianmen. Sempatlah beli cenderahati nak bawak balik Beijing.


Tengok belakang, suasana bandar Wuhan walaupun kami conquer gambar


   Ahad, 27/11: Disebabkan saya dan Kak Husna balik Beijing dengan menaiki kapal terbang, seawal pukul 6:30 pagi lagi kami dah mula gerak ke airport. Kak Atip, Anis dan Athirah hantar kami di depan asrama. Serius, sayu! 我舍不得离开了她们。Ain dan Farhanim pulak naik gaotie (high-speed railway) pulang ke Beijing. Alhamdulillah, saya dan Kak Husna sampai di Beijing lebih kurang pukul 11 pagi, selamat sampai asrama dalam pukul 12 tengah hari. Manakala Ain dan Farhanim pula selamat sampai dekat Beijing lebih kurang pukul 2 petang.


   Alhamdulillah, walau pun singkat saja pertemuan kami tapi saya sangat bersyukur. Kami beli tiket dalam minggu lepas jugak, dua tiga hari sebelum pergi Wuhan. Memang banyak cabaran dan masalah nak membeli tiket ni, contohnya, tiket untuk balik ke Beijing hanya saya dan Kak Husna saja yang sempat beli. Tiket untuk Ain dan Farhanim dah tak boleh nak beli. Jadi, saya dan Ain fikir ikhtiar lain. Mula-mula dah jumpa tiket untuk balik tapi balik lambat lah, lebih kurang pukul 11 malam. Dah selesai membeli tiket, Astaghfirullahhalazim, salah beli tiket! Kami terbeli tiket dari Beijing ke Shanghai. Masa tu memang perasaan bercampur baur, tak tahu nak menangis ke tak, nak stress ke tak, nak buat apa lah waktu tu. Jadi, lepas tanya pendapat kawan, kawan kata cuba call orang airlines. Jadi, saya memang cari nombor telefon airlines yang kami tersalah beli. Penerbangan yang kami beli tu ialah Hainan Airlines. Nak dijadikan cerita, airlines pun kami tersalah call. Dah cakap panjang lebar, rupa-rupanya China Southern Airlines. Kemudian, bila call Hainan Airlines, dia kata urusan ni kena berhubung dengan ejen yang uruskan tiket kami. Kemudian, barulah kami call E-Long, laman web beli tiket kapal terbang ni lah. Alhamdulillah, dapatlah jugak separuh duit daripada pembelian tiket yang salah tadi. Selepas itu, baru proceed beli tiket gaotie.





   Walaupun sehari saja dapat meluangkan masa bersama-sama, alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Bukan saja dapat melihat tempat baru tapi dapat juga eratkan lagi jalinan antara kami. Dalam apa-apa perkara, andai niat tidak kukuh, kelak susahlah kita. Kalau kita bersungguh-sungguh meletakkan sepenuh harapan kepada Allah dan bersungguh-sungguh untuk melakukan sesuatu, InshaAllah, Allah pasti akan membuka jalan dan ruang kepada hamba-Nya. 

   
   Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Bertemu kita kerana Allah, berpisah kita kerana Allah. Biarlah setiap pertemuan dan perpisahan kita sentiasa berada dekat dengan Allah. Memandang setiap wajah dengan harapan, semoga sentiasa istiqamah dalam setiap kebaikan dan bersama-sama memaknai ikatan dan jalinan yang Allah redhai.


Dan milik Allah lah bala tentera langit dan bumi 48:4


Saturday, 12 November 2016

Wida' : Sayonara Jahiliah


   Alhamdulillah, masih lagi bernafas, masih lagi dapat hidup hari ini, dapat bangkit daripada tidur dan hidup! Semalam punya mengantuk memang mengantuk betul, pukul 9 dah start mengantuk tapi gagahkan juga buat kerja, akhirnya pukul 10 memang dah terlelap. Pukul 10 tu rancangnya nak prepare sikit untuk program hari ini; konon nak baca sikit tapi itu hanyalah perancangan. Seminggu dua ni asyik lost je, so there was someone who had gave me a present; 39:2. Jazakillah :)


   Program hari ini agak berbeza sikit, ceh, berbeza tempat. Kalau sebelum ini dilaksanakan di Dewan Wenhua, BFSU. Hari ini di dewan lain pula; yang terletak di luar BFSU. Alhamdulillah, hari ini dapat lagi tambah ilmu, update diri.



   Program hari ini berpandukan satu tema iaitu Wida': Sayonara Jahiliah. Jadi, tak kenal maka tak cinta tapi kali ini kita kenal bukan untuk mencintai tapi untuk mengucapkan selamat tinggal kepada jahiliah. Slot pertama yang dikendalikan oleh Kak Ainur, semestinya menjelaskan dengan lebih lanjut tentang jahiliah. 



Apakah itu jahiliah? 


   Kalau belajar zaman sekolah, dalam buku teks Sejarah tingkatan 4 pada page sebelah kanan bahagian bawah, ada dalam satu perenggan diterangkan maksud jahiliah. Jahiliah; kata dasarnya ialah jahala yang bermaksud bodoh, tidak tahu apa-apa. Itu maksud dari segi bahasa. Okay, sekarang kita fikir, adakah orang Arab ketika itu sememangnya bodoh dan tidak tahu apa-apa? Mereka sudah pun pandai berjual-beli, sudah pandai bersyair, sudah pandai berdagang tapi kenapa dipanggil jahiliah? Haa, jawapan yang kami dapat ialah mereka sebenarnya jahil dalam agama, mereka tidak percaya dengan kewujudan Allah. Oleh sebab itu, mereka minum arak, bunuh anak perempuan, berzina.


   Dalam erti kata lain, jahiliah ini ialah apabila kita buat sesuatu perkara, kita rasa tak sedap hati, tak senang duduk. Rasa ada je tak kena. Itulah jahiliah, itulah dosa. Banyakkan beristighfar.




Graf Sejarah Islam



   Okay, sekarang kita tengok graf di atas. Cerita sikitlah pasal sejarah agama kita sendiri. Graf berikut merupakan sejarah agama Islam kita sendiri. Bermula dari zaman Mekah, Islam berada di bawah. Tatkala itu, tiada pemimpin, tiada agama, tiada moral. Kemudian, Allah telah mengutuskan Rasulullah SAW di bumi Mekah untuk menyampaikan wahyu-Nya. 


   Seterusnya kita tengok, graf tersebut makin lama, makin tinggi. Ya, itulah dia, kita sudah berada di puncak tertinggi dunia! Kita dah mencapai ustaziatul alam! Dahulu, kita sudah menakluki dua pertiga dunia, kita punya pemimpin yang hebat, ilmuwan yang hebat, rakyat yang patuh dengan syariah. Kemudian, kita pernah jatuh. Kemudian, kita bangkit semula tapi sekejap saja kita bangkit, kemudian kita pernah jatuh semula. Sedihnya, kita jatuh tak naik-naik. Tengoklah graf tu, kita sama bawah dengan zaman Mekah dahulu. Kita mesti bawa naik semula Islam sehingga menjadi ustaziatul alam seperti dua puncak dalam graf tersebut, sebagaimana janji Allah, akhirnya kemenangan milik Islam. Untuk naik semula menjadi yang paling disanjungi, haruslah bermula dari sekarang. Sekarang oleh siapa? Siapa lagi kalau bukan kita. Jangan pernah sebut tak mampu, jangan tunggu dapat title ustazah, hafiz, hafizah saja yang boleh buat, kalau bukan Allah yang ciptakan kita untuk jadi khalifah, apa lagi alasan kita? 


   Sedar tak sedar, jahiliah melambatkan jalan tarbiyah. Islam pernah berada di puncak kerana umat ketika itu berpegang dengan al-Quran sepenuhnya. Semua perkara jahiliah ditinggalkan. Contohnya, kita mahu naik tangga yang tinggi, setinggi 10 tingkat bangunan. Andai kata kita bawa beg seberat 20 kg untuk naik ke atas, masa yang diambil untuk ke atas mungkin mengambil masa selama lima belas minit. Andai kata kalau kita tak membawa apa-apa beban, sudah pasti masa untuk naik ke atas pun akan singkat. Begitu juga lah jalan tarbiyah. Jika kita membawa beban jahiliah, sudah pasti matlamat yang kita nak capai akan mengambil masa yang lama. 



   Jadi, kita buat sedikit analisa. Zaman Mekah dahulu, sebelum lahirnya Nabi Muhammad SAW, mereka tiada bimbingan langsung dalam agama. Mereka telah melakukan jahiliah-jahiliah yang tidak bermoral tapi zaman kita sekarang, jahiliah semakin hebat dan semakin moden! 


   Kalau dulu Arab Jahiliah membunuh bayi perempuan tapi zaman sekarang orang bukan setakat bunuh bayi perempuan, malahan bunuh orang sesuka hati. Kalau dulu mereka berzina lelaki, perempuan tapi sekarang berbagai jenis (LGBT). Dulu mereka tak buat pun transgender, tapi sekarang haa ramai orang nak tukar jantina. Malahan, jahiliah yang ada pada zaman kita sekarang bertambah-tambah hebatnya! Banyak lagi jahiliah pada zaman dahulu yang tiada tetapi pada zaman ini, ada! Kalau kita boleh cakap Arab Jahiliah dahulunya tersangat jahil, tetapi jahiliah pada zaman kini adakah tidak cukup jahil? Walau bagaimanapun, bukan ini yang kita nak banggakan tapi kita nak perbetulkan dan hapuskan. 




   Ada 3 golongan jahiliah moden:


1. Kafir yang tidak tahu langsung tentang Islam
2. Muslim yang sedia jahil tentang Islam  
3. Muslim yang tahu tapi tak mahu mengamalkan Islam




   Apa sebab terjadi jahiliah?

   Sebab paling utama ialah tidak berpegang dengan Al-Quran. Andai memang Al-Quran diletakkan di tempat yang betul di dalam hati, InshaAllah kita akan lebih berwaspada. Mungkin selama ini kita hanya membaca Al-Quran tapi tidak faham dan tidak tahu tentang perkara yang mahu disampaikan kepada hati setiap daripada kita.


   Seperti kisah Saidina Umar al-Khattab; beliau merupakan seorang khalifah yang sangat tegas. Suatu ketika dulu, beliau juga pernah menanam hidup-hidup anak perempuannya. Namun, setelah beliau mendengar alunan kalam Allah dan berpegang dengan wahyu daripada Allah, jahiliah yang pernah beliau buat terus ditinggalkan dan tidak pernah ulang lagi.





   Bagaimana kita nak tinggalkan jahiliah?



ثَلاَثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ بِهِنَّ حَلَاوَةَ الْإِيْمَانِ: أَنْ يَكُونَ اللهُ وَرَسُولُهُ أحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سَوَاهُمَا،
 وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لاَ يُحِبُّهُ إلاَّ لِلهِ، وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ بَعْدَ أَنْ أَنْقَذَهُ اللهُ مِنْهُ،
 كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ

Dari Anas bin Malik, Nabi Muhammad SAW bersabda, "“Tiga sifat yang jika ada pada diri seseorang, ia akan meraih manisnya iman: Allah dan Rasul-Nya lebih ia cintai dari selain keduanya, ia mencintai seseorang, tidaklah mencintainya melainkan karena Allah, ia membenci untuk kembali kepada kekafiran, setelah Allah menyelamatkannya darinya ,sebagaimana ia benci apabila dilemparkan ke dalam api neraka.”


Sekarang kita tengok point yang kita boleh dapat menerusi hadis daripada Rasulullah SAW ini. Untuk mendapatkan halawatul iman (kemanisan iman) ada tiga. Tak boleh terkurang satu, tak boleh pilih nak salah satu tapi kena ada tiga-tiga.


1. Mencintai Allah dan Rasul lebih daripada segalanya

2. Mencintai seseorang semata-mata kerana Allah

3. Benci kembali kepada kekufuran sebagaimana benci apabila dilemparkan ke dalam api neraka.



   Bukan mudah kita mencapai tahap kemanisan iman, setiap daripada kita ada struggle sendiri; ujian setiap daripada kita berbeza, tahap kefahaman kita juga berbeza. Sentiasalah kita berdoa agar Allah berikan kefahaman yang mantap dalam agama-Nya, InshaAllah. 


   Orang jatuh cinta, dia sentiasa teringatkan kekasih hati, senyum sorang-sorang, sentiasa berbalas mesej, selalu nak ada bersama. Kekasih hati itupun datangnya daripada Allah, rasa cinta itu pun daripada Allah. Jadi, selayaknya Allah yang mendapat cinta daripada kita dahulu. Fuhhh, aku pun deep, bukan mudah tapi tak mustahil.


   Mencintai seseorang semata-mata kerana Allah juga tak mudah. Apa maksudnya? Contohnya, kalau kita tanya non-Muslim yang bernama Alvin, "Kenapa awak sangat sayang terhadap ibu bapa awak?" Jawapannya, "Ibu bapa saya sudah membesarkan saya, memberikan segala-galanya untuk saya." Jika kita ditanya begitu, apa pula jawapan kita? Mungkin sama seperti jawapan kawan kita. Jadi, apa beza kita dengan dia? Biarlah kita sayang seseorang kerana Allah, bersedia menerima buruk baiknya, apabila bersama akan memperingatkan kita tentang Allah, berbuat kebaikan. Sampaikan apabila kita sayang sangat-sangat, sama-sama menjadi baik, kita sentiasa berdoa agar dipertemukan lagi di syurga.


   Akhir sekali, kita wajib untuk benci kembali kepada kekufuran sebagaimana benci apabila dilemparkan ke dalam api neraka. Kita  semestinya takut untuk dilemparkan ke dalam api neraka. Sebagaimana kita tidak mahu dilemparkan ke dalam api neraka, begitulah kita memandang jahiliah dengan penuh rasa hina. Setiap daripada kita pernah melakukan jahiliah, masih belum terlambat untuk buang jahiliah dalam diri kita dan menyelusuri jalan tarbiyah untuk membentuk individu muslim yang baik. 


   

   Adakah jahiliah perlu dibuang secara beransur-ansur ataupun secara sekali gus? 


   Setiap orang mujahadahnya berlainan. Ada orang dia mampu tinggalkan jahiliah dia secara sekali gus. Contohnya, dia mampu delete semua list lagu yang lirik entah apa-apa, dan tak pernah dengar dah lagu-lagu macam tu. Ada orang dia ambil keputusan untuk berhenti merokok dan tak pernah hisap dah lepas tu. Ada orang dia tidak pernah pakai tudung lalu ambil keputusan untuk terus pakai tudung labuh dan dia tidak pernah menanggalkan tudungnya selepas itu. Andai mampu, terserah.


   Andai rasa tidak mampu, buanglah secara beransur-ansur. Biarpun kebaikan yang kita buat itu kecil tapi kita mesti istiqamah. Sentiasa buat dan tambah lagi amalan-amalan kecil lain agar lama-lama bertambah banyak. Tak semua orang mampu untuk berubah sekali gus! Ibarat lalang; andai kita tebas lalang itu, lama-lama lalang akan tumbuh semula. Tapi andai kata kita buang lalang itu daripada akar, dia tidak akan tumbuh semula. Begitulah, ada setengah orang dia menganggap, dia mahu berubah sekali gus tapi selepas dua hari, dia tak mampu bertahan kerana cakap-cakap orang atau sebagainya. Jadi, sangat penting untuk kita kenal jahiliah dalam diri kita dan buang perkara yang melambatkan proses tarbiyah kita agar kita mampu buang jahiliah itu daripada akarnya. Biar perlahan, asalkan kita tinggalkan kekufuran. InshaAllah.


Sunday, 6 November 2016

University Trip: Chengde

My squad for 4 years


   Trip semester 3 kali ini, my batch bersama-sama dengan batch second year telah pergi ke sebuah tempat yang bernama Chengde. Chengde terletak di province Hebei. Perjalanan dari Beijing ke Chengde dengan menggunakan lebuh raya Jincheng hanya mengambil masa tiga jam dengan menaiki bas. Oh ya, Chengde terletak di northeast Beijing. Chengde bukanlah bandar besar seperti Beijing. Apa yang saya nampak, Chengde merupakan sebuah bandar yang sedang membangun. Terdapat banyak pembangunan perumahan, pejabat yang ligat dibina di kiri dan kanan jalan raya. Jalan raya di Chengde juga mengalami penambahbaikan. Apa yang menariknya Chengde? Apa yang kami dapat sepanjang uni trip ini? Okay, let me tell you a not so long story.






Day 1:

   Macam biasa, kami harus berkumpul di pintu gerbang kampus sebelah timur pada pukul 7:30 pagi. Dalam pukul 8 pagi, kami memulakan perjalanan menuju ke Chengde. Sepatutnya 7:45 pagi sudah bergerak, tapi ada sebuah bas mengalami kesesakan lalu lintas, jadi perjalanan kami dah lewat 15 minit. Pejam, celik, pejam, celik, eh dah sampai pun di Chengde! 



The Great Wall of Jinshanling



   Masuk saja kawasan Chengde, kami boleh nampak The Great Wall of Jinshanling dari kejauhan. Aktiviti kami pada hari pertama ialah mendaki sehingga ke puncak The Great Wall of Jinshanling. Sebenarnya sis agak nervous sebab dah lama sangat tak mendaki gunung ni. Sangat nervous. 


   Kami lunch dulu, check-in hotel dan terus bergerak ke kawasan Tembok Besar Jinshanling. Dalam tengah hari jugak lah kami sampai di kawasan tersebut. Alhamdulillah, sampai je dekat sana, sejuk sikit hati sebab ketinggian gunung Tembok Besar Jinshanling ni tak boleh lawan dengan ketinggian Tembok Besar Mutianyu. Fuh, ingat lagi first time mendaki beribu anak tangga gunung di Mutianyu dulu memang super duper exhausted! Kali ini rasa lega sikitlah.


We were here!

   Tour guide jalan punyalah laju, memang mengah jugaklah nak kejar. Jalan, jalan, jalan, jalan, akhirnya! Alhamdulillah, sampai sudah di atas Great Wall. Hari pertama ni langit tak membiru, awan putih pun tak sampai di atas kepala. Awan kelabu saja, angin memang sejuk. Berdiri di atas Tembok Besar Jinshanling, melihat pemandangan hijau kekuningan di kiri dan kanan, menghirup udara nyaman dan sejuk; hilang sekejap rasa penat mendaki tadi (ceh ayat buku mana ni). Anak-anak tangga di tembok besar ini agak curam dan licin, jadi kena berhati-hati. Yang paling best, di atas Tembok Besar Jinshanling hari ini, kebanyakkannya ialah pelajar Malaysia sahaja. Pelancong luar ada lah tak sampai sepuluh orang. Kalau tak, selalunya memang penuh dengan Chinese saja.


   Melihat satu keajaiban dunia ini cukup mengagumkan. Binaan yang kukuh sejak beribu tahun dulu ini tetap berdiri kukuh sebagai binaan bersejarah. Menurut orang-orang Cina di sini, ada beberapa kisah yang sangat famous tentang Tembok Besar Jinshanling ini, tapi aku sendiri sebenarnya tak berapa jelas sangat. Setelah puas berjalan menyelusuri Tembok Besar ini, dalam 4:30 petang kami turun semula ke kaki gunung Tembok Besar Jinshanling untuk perjalanan pulang ke hotel. 


   Oh ye, pokok-pokok di kaki gunung dah mula kekuningan. Ada lah modal nak buat bergambar ala-ala autumn haaa tapi bukan lah kesemua pokok. Sekelompok dua saja.


   Jika nak tahu serba sedikit tentang sejarah, info, hiking routes, transportation dan sebagainya tentang Tembok Besar Jinshanling ini, saya sarankan klik link ini: Travel China Guide. InshaAllah, boleh membantu.




Day 2:


滦平职教中心


   Dah puas berehat semalaman, kami teruskan pula untuk hari kedua. Destinasi pertama kami ke 滦平职教中心 (Luanping zhijiao zhongxin). Destinasi kami ini merupakan 高中(gao zhong - senior high school). Tujuan kami ke sekolah ini untuk 文化体验 (wenhua tiyan - experience culture). Di sini kami sedikit sebanyak dapat belajar ilmu baru, jumpa kawan baru, dapat lihat suasana sekolah di sini dan dapat mempraktikkan bahasa Mandarin kami.





   Kami dibahagikan dalam beberapa kumpulan kecil. Kami dapat meluangkan masa dalam 20-30 minit untuk setiap tempat aktiviti yang kami pergi. Macam kumpulan kami, aktiviti pertama ialah 中国结 (zhong guo jie - Chinese knot). Memang menarik, best aktiviti nih! Kami diberi seutas benang tebal untuk belajar cara membuat kraf tangan Cina; boleh digunakan sebagai penanda buku dan digantung sebagai hiasan. Semestinya kami ada guru muda yang membantu untuk memberi tunjuk ajar. Mula-mula, memang payah. Tersimpul sana, tersimpul sini, masa pula singkat. Jadi, memang rasa 着急 (zhaoji - risau) sungguh! Walau bagaimanapun, kami berjaya! Wohooo, memang puas betul bila dah jadi!





   Kemudian, kami bergerak ke tempat kedua iaitu belajar bahasa Mandarin. Segala fasiliti dalam sekolah ni memang hebat, sama hebat dengan universiti yang hebat. Kami diringi oleh dua orang pelajar untuk menjalani aktiviti kedua di  aras bawah bangunan akademik sekolah tersebut. Mula-mula, kami masuk ke dalam sebuah ruang, seolah-olah seperti ruangan di muzium; yang mempamerkan sejarah bahasa Mandarin ini. Ruangan ini juga terdapat medium elektronik yang saya rasa memang dapat membantu pembelajaran anak-anak pelajar di sekolah ini. Cikgu yang mengajar kami juga bercakap bahasa Mandarin yang memang betul-betul tepat sebutannya, tapi bercakap dengan level bahasa yang kami paham. Mula-mula, cakap memang tepat dan laju tapi bila nampak muka kami macam paham tak paham, baru cikgu ubah gaya cakap. 


   Kemudian, kami masuk ke dalam sebuah kelas yang memang jelas PA system lengkap, awesome dan kami boleh lah berlakon acah-acah suasana kelas waktu tu. Aktiviti kami dirakam di dalam kelas tersebut dan di belakang bilik darjah itu ada sebuah bilik rakaman. Wow, menarik! Kemudian, kami masuk pula bilik rakaman; yang macam artis rakam nak buat album tuh, haaa. Sekolah ni siap ada bilik rakaman lagi ha. Dalam bilik rakaman itu juga ada seorang, dua guru yang memantau aktiviti kami. Di sini, kami dibenarkan bercakap apa-apa saja di mikrofon bilik itu, asalkan dalam bahasa Mandarin. Tujuannya untuk check sama ada kami punya sebutan bahasa Mandarin itu tepat ataupun tidak.




   Seterusnya, kami berjalan ke bilik darjah ketiga untuk menulis kaligrafi Cina ataupun dalam bahasa Cina ialah 书法 (shu fa). Saya bergurukan dengan seorang pelajar lelaki yang bernama Chen Huan. Saya ada juga berborak dengannya, sesuatu yang mengejutkan saya ialah 专业 (zhuanye - major study) dia ialah menulis kaligrafi China! Wow, amazing! Dia sudah pun tiga tahun belajar menulis kaligrafi Cina, jadi sememangnya tulisan dia sangat lawa. Saya pun berminat dalam menulis tulisan Cina, jadi mungkin satu hari nanti mana tahu saya boleh tulis sama cantik dengan dia, cewah! 






   Okay, usai saja belajar menulis kaligrafi Cina, kami bergerak ke tempat yang terakhir iaitu mengenali dan belajar cara minum teh Cina yang sebenar. Kelas tu memang kelas untuk belajar teh saja. Fuh, daebak! Ada banyak steps untuk menikmati secawan teh cina ni, satu-persatu diterangkan oleh dua orang guru di depan kelas.


   Tamat sudah kesemua aktiviti kami hari ini bersama pelajar dan guru-guru di 滦平职教中心. Seterusnya, kami bergerak makan tengah hari dan solat di sebuah masjid berdekatan. Kemudian, kami meneruskan perjalanan seterusnya ke 双塔山 (Shuangtashan - gunung berkembar). Sebelum kami kena naik anak tangga yang tak kurang banyaknya, kami dibawa melawat muzium kecil di kaki gunung. Kemudian, kami harus mendaki anak tangga untuk sampai ke puncak. Fuh, memang terasa penatnya. Sampai saja di atas, kami dapat melihat seluruh bandar Chengde, Bang Chui Shan dan gunung-gunung di sekitarnya. Dikatakan, dua gunung berkembar ini kelihatan seperti berbentuk gajah. Di sebelah gunung berkembar ini ada batuan yang berbentuk seperti kura-kura. 


   4:30 petang, kami pun berjalan turun dan bergerak ke restoran halal untuk makan malam.



Day 3:





   Alhamdulillah, langit masih cerah, kami berjalan kaki ke 避暑山庄 (Bishu shanzhuang) atau pun nama dalam bahasa Inggeris ialah The Mountain Resort. Tempat ini terletak di seberang hotel yang kami menginap, jadi kami hanya berjalan kaki melintasi jalan dan sampai! Tempat ini dikatakan tiga kali ganda lebih besar daripada 颐和园 (yiheyuan) ataupun The Summer Palace yang terletak di Beijing. Keluasan The Mountain Resort ini juga dikatakan  berkeluasan separuh daripada Chengde. Tempat ini memang besar! Ada tasik, ada padang hijau yang luas, ada sungai, ada gunung-ganang dan yang paling wajib ialah 四合院 (siheyuan) iaitu court yard yang melambangkan tradisi serta budaya negara China ini.


Boleh buat cover album kan?


   Kami dibawa melihat keseluruhan The Mountain Resort ini dengan menaiki bas mini; pretty excited jugak, pak cik yang bawa bas ni memang expert lah! Rasa macam naik roller coaster, mana taknya, kami naik bas ni ikut laluan yang bergunung-ganang tau. Banyak tempat juga kami berhenti untuk melihat tempat-tempat menarik di situ. Daripada atas gunung, macam biasalah, kami boleh nampak landskap pembangunan bandar Chengde yang sedang membangun, gunung-ganang, hutan yang mula menguning, serta beberapa tempat yang menjadi tumpuan pelancong di Chengde. 


   Habis saja melihat separuh daripada tempat ini, kami pun berjalan kaki menuju ke sebuah tasik yang ada ikan cantik-cantik tu. Kemudian, di situ tour guide ada menceritakan dulu, sebelum nama Chengde diambil bagi menamakan kawasan ini, daerah ini diberi nama 热河 (re he - sungai panas). Hal ini kerana, walaupun musim sejuk, tasik, sungai di sini masih panas, tidak beku. 



Chengde Medical University

    Dah penat berjalan, kami pun bergerak ke restoran untuk makan tengah hari. Usai makan tengah hari, kami bergerak ke masjid di tengah-tengah bandar kecil itu untuk menunaikan solat. Kemudian, kami bergerak ke Chengde Medical University. Agak berdebar sebab di sini kami akan dapat seorang kawan Chinese; fuh memang kena cakap bahasa Mandarin ni. Sampai sahaja, kami sudah dapat kawan baru. Jadi, kami pun dibawa oleh kawan masing-masing untuk sama-sama kenal dengan kawasan universiti ini.

   


   Nama kawan baru saya ialah 张天舒 (Zhang Tian Fu). Dia merupakan seorang pelajar bidang nurse, berumur 21 tahun. Mula-mula, kami dibawa melihat bilik yang mempamerkan sejarah universiti serta serba-sedikit info tentang universiti tersebut. Kemudian, kami dibawa ke melihat taman lavender, kemudahan bersukan, bilik mayat dan banyak tempat lagi. Selain itu, kami dapat meluangkan masa untuk membuat aktiviti bersama di sbeuah bilik di bangunan aktiviti pelajar. Kami dapat bermain Chinese chess, beberapa jenis dam cina, kaligrafi Cina, pakaian traditional Cina serta beberapa lagi aktiviti. Masa terasa berlalu dengan pantas, tengok-tengok dah pukul 4 petang. Kami harus berkumpul dan pulang ke hotel. 


Day 4:



Nampak batu besar dekat belakang tu? Itulah Bang Chui Shan
Inilah cable car, tak silap ada nama lain tapi tak ingat

   Hari keempat langit gelap, dari pagi sehinggalah malam. Sejuk dia pun, semacam! Memang sejuk, keluar-keluar wap dari mulut ni. Kami pun memulakan perjalanan ke 
 棒槌山 (Bang Chui Shan). Tempat yang kami nak pergi ni ialah gunung yang berbentuk ibu jari. Orang sini percaya, kalau sentuh batu ibu jari ni, jangka hayat hidup akan panjang. Untuk sampai ke atas, kami kena naik cabel car yang tak ada cermin, pelindung apa semua tu. Dalam 20 minit, sampai lah ke atas tapi sejuk dia Subhanallah, memang tak terkata! Pakai sarung tangan pun masih sejuk lagi! Atas gunung tu memang cerun, curam. Jadi, hanya sekejap saja kami di atas. Turun saja di daratan, hujan mula turun dengan lajunya. Hujan ini berlarutan sehinggalah ke malam hari.



Kuil Potalaka

   Kemudian, kami ke destinasi seterusnya iaitu 小布达拉宫 (Xiao Bu Da La Gong) ataupun The Temple of Potalaka. Kawasan ini merupakan kuil yang bentuknya hanyalah 1/3 daripada saiz asal. Ha, untuk pengetahuan, Kuil Potalaka ini asalnya ada di Tibet, dan pembinaan Kuil Potalaka di Chengde ini ada sejarahnya yang tersendiri. Walaupun hujan makin lebat tapi kami gagahkan diri juga mendaki anak-anak tangga untuk ke puncak kuil. Kuil ini bukan mendatar sahaja tetapi semakin tinggi seperti gunung. Kemudian, kami mendaki turun untuk ke sebuah kuil lain di sebelah Kuil Potalaka ini. 




Kuil di sebelah Kuil Potalaka

   Kasut, baju, seluar pun dah basah jadi kami pun bergerak ke hotel untuk merehatkan diri. Sempatlah nak keringkan kasut untuk hari terakhir kami, pada hari esok di Chengde ini.



Day 5:



Dalam bangunan kuil inilah terletak sebuah patung Buddha yang besar

   Alhadmulillah, langit pada hari ini sangat cerah. Matahari pun ada, memancarkan sinarnya tapi suhu tetap rendah. Walau pun langit sudah pun cerah, kelihatan awan putih bergerak tetapi wap pun masih keluar dari mulut. Sangat sejuk! 


   Untuk destinasi terakhir kami pada hari ini, kami pergi ke 普宁寺 (Puning Si) ataupun dalam bahasa Inggeris ialah Puning Temple. Binaan kuil di sini lebih kurang dengan kuil-kuil lain tapi yang berbeza berbanding kuil-kuil lain ialah Kuil Puning ini hidup. Maksudnya, ada sami-sami yang belajar di sini, yang menjalani rutin seharian mereka di sini. Yang paling famous di kuil ini ialah patung Buddha yang sangat besar. Kemudian, dalam lebih kurang 10:30 pagi, sesi lawatan kami tamat. Kami pun mula bergerak pulang ke Beijing.





Friday, 30 September 2016

Safari Beijing


Welcome!


   Turun bawah, dah siap nak bergerak ke Safari, eh Anis tak turun lagi. Tunggu Anis sekejap.Baru keluar dari pintu pagar sekolah, eh kad pelajar Syaf tertinggal. Kalau ada kad pelajar, harga boleh kurang sikit.



   Dah sampai dekat bus stop, tunggu 10 minit bas dah sampai. Baru nak naik bas, eh bas berlalu pergi macam tu je. Tak perasan kot ada penumpang dah lama berdiri dekat tepi tu. Kena tunggu lagi. 
Beberapa minit lepas tu, bas 563 sampai. Kami naik. Berhenti di depan National Library, masuk stesen subway National Library. Perjalanan ke Tiangongyuan bermula.


   Dari stesen National Library sehinggalah ke stesen terakhir di Tiangongyuan harus melalui 26 stesen kesemuanya. Lama memang lama beb! Dapat tempat duduk terus duduk! Akhirnya, selepas hampir sejam lebih dalam ditie, sampai juga di destinasinya. Eh tapi belum sampai lagi ke Safari tu. Kena naik kuai che dulu atau pun teksi untuk ke sana. Pergi balik 120 kuai. Kuai che ni dalam bahasa Melayu ialah kereta laju la kot. Kuai (laju). Che (kereta). Kuai che ni lebih kurang macam Uber lah.



   Naik kuai che nak sampai Safari tu tertidur jugak la sebab dalam ditie tak tidur pun. Rasa macam sedap pulak duduk atas kerusi empuk kereta. Lebih kurang 20 minit jugak lah dari stesen subway Tiangongyuan untuk sampai ke Safari.


Omeynya awak!


Beruang menyerang gais!
Kangaroo melompat depan kita!

   Sampai je dekat sana, MashaAllah! Rasa seronok terus. Seronok lah dapat pergi zoo safari :') Memang seronok lah pusing-pusing zoo tu, paling best naik kereta kecik [80 kuai setengah jam], pusing-pusing dekat satu kawasan ni, bagi makan makanan tanpa apa-apa pagar pemisah. Ceh. Semestinya binatang tu haruslah jinak. Contohnya, alpaka, kambing, rusa. Memang jinak. Anis yang duduk sebelah ni memang menjerit bingit jugak telinga ni. Aku pun macam takut-takut tapi boleh lagi lah nak bagi kubis, lobak dekat binatang comel tu.


   Part kedua paling best masa naik trak bersangkar. MashaAllah aku rasa kecik-kecik macam pernah pergi tapi yang ni memang ingat lah kejadian yang jadi setiap satunya. Memang seronok. Seronok! Beruang panjat-panjat trak, bagi makan zebra tapi singa, harimau senyap je harini. Tak pergi dekat pun dengan trak.



   Selain itu, kita orang masuk tengok 5D. 30 kuai satu cerita. Orang macam aku yang tak pernah tengok 4D ke 5D ke rasa macam excited giler. Menjerit jugak lah masuk dalam bilik 5D tu ha. Bergegar-gegar kerusi, kepala otak semua.



   Nak bagi makan gajah, zirafah semua berbayar lah. Seharusnya. Benda yang tak berbayar, selain daripada naik trak bersangkar tu, tengok pertunjukan. Ha, aku sempatlah tengok pertunjukan monyet-monyet comel. Kesian pun ada, comel pun ada.



   Tandas dekat sana okay lah. Sebab tempat pelancongan kan. Selesa lah. Macam biasa, bawak botol kosong. Bawak tisu. Cukup. Selain itu, nak solat memang tak ada surau. Carilah mana-mana tempat lapang, bentang sejadah travel, solat.


Lunch! 


   Makanan ada dijual tapi seeloknya bawa makanan sendiri. Tak ada yang halal dimakan. Tempat duduk nak makan ada je, jangan risau. Tak perlu bawa tikar.Lepas hampir 4 jam lebih pusing-pusing dalam zoo tu, pukul 3 lebih mahu beransur pulang ke Beiwai. Alhamdulilah, kami bawa makanan sendiri. Terima kasih Kak Miao, sebab susah payah mengerah keringat buat sandwich untuk sarapan kami dan juga masak nasi goreng kari yang peh! Memang resepi terbaik! Alhamdulillah. Selain daripada itu, nampak makanan dalam gambar tu? Ada kuih samperit, ada coklat M&M, ada maruku, ada biskut aiskrim, alhamdulillah :) Yang paling ohsem, aku dengan Syaf makan nasi goreng macam dalam gambar tu lah, ha siapa suruh tak bawak sudu. 



   Selepas beberapa jam meluangkan masa bersama, kami pun rasanya dah pusing satu zoo, tiba masanya untuk pulang ke Beiwai. Boleh call mana-mana kuai che atau pun naik kereta mana-mana pak cik kuai che yang setia menunggu di luar zoo itu. Jangan berangan nak jalan kaki ke stesen ditie, jauh giler! Kalau larat boleh lah jalan, ada lah dalam sejam atau dua jam sampai lah kalau berjalan kaki. Naik kereta lebih kurang setengah jam.



Alhamdulillah.

   Setakat yang aku pergi, tak nampak pulak panda. Atau pun memang tak ada panda, aku tak terfikir pulak waktu tu. Mungkin panda ada dekat Beijing Zoo. Nak pergi zoo, Zoo Negara pun best. Safari Gambang pun nampak menarik. Taman Buaya pun okay. Banyak lagi lah tempat dekat Malaysia yang kita boleh jenguk-jenguk haiwan. Kalau nak datang Beijing untuk pergi Safari Beijing; pun boleh tapi aku rasa tak termasuk dalam bucket list kot. Dah namanya China kan, kalau hari cuti je, memang penuh! Lama je beratur. Jadi, memang kena pandai rancang waktu nak pergi tempat-tempat yang jadi tumpuan dekat Beijing nih. Sekian.