Esok Balik Beijing



Kekasih yang dulu hilang, kini dia telah kembali pulang ๐ŸŽง

   Kini aku yang akan kembali ke bumi bertuah sana, Beijing! Aku kah kekasih yang Beijing rindukan? Okay, tidak lawak!

   Kembali dengan azam baru? Adakah punya azam baru? Atau kembali dengan barang makanan yang banyak? Ceh! Aku masih di Malaysia, flight esok petang, InshaAllah.

   Masuk semester baru, kalau baca dekat Twitter lah, orang-orang tulis masuk semester baru dengan harapan lagi bagus daripada semester yang lepas. Samalah macam aku. Mengharapkan hari mendatang semuanya lebih baik daripada hari ini dan hari lepas.

   Ramai kawan, seniors dah selamat sampai di bumi Beijing. Pastinya, pastinya dengan senarai nama classmates yang keluar ini bakal menjanjikan pelbagai perkara baru.

   Trust me, kalau sekarang cakap, "Harapnya kita okay, tak ada perang ke apa ke lepas ni."

   Itu hanyalah sekadar kata-kata. Bear in mind, nanti akan ada juga percanggahan, mustahil untuk tidak ada percanggahan.

   Tunggu lah nanti, mesti ada masalah jugak. Bukan nak suruh wajib ada masalah tapi memang akan ada! Jadi? Kita kena ada back up plan. Kalau sedang menghadapi masalah, terus pap pikir dalam kepala, "Rileks. Fikir. Jangan melatah. Astaghfirullahhalazim. Senyum. Fikir. Fikir. Okay perkara pertama, hadap masalah. Blablabla..."


   Jangan expect masalah tak akan datang atau masalah tak ada langsung!


   Masalah pasti ada. Sedangkan orang yang duduk sebumbung pun ada masalah. Jadi nak selesaikan masalah, kita kena hadapi masalah.




Bukan hadap masalah dengan carutan!



Bukan dengan hasutan!



Bukan dengan amarah!



Bukan dengan dendam!



Bukan dengan perasaan!



Bukan dengan emosi!



Bukan dengan lari!




   Tak ramai yang berani nak hadap dengan masalah. Kita nak masalah selesai tapi kita tolak orang, kita tuding jari dekat orang tapi kita? Diri sendiri? Apa yang kita buat bila ada masalah?



Adakah menjadi orang tengah?



Adakah menjadi batu api?



Adakah menjadi pendengar?



Adakah menjadi tukang gossip?



Adakah menjadi pemerhati?



Adakah turut sama selesaikan masalah?




Fikir.





Masalah boleh selesai dengan banyak cara. Masalah ibarat muntah kucing.


Adakah kita nak bersihkan dengan cara menjirus air?



Adakah kita nak sapu muntah itu?



Adakah kita nak lap muntah itu?



Adakah kita membiarkan sahaja?





Hasil daripada setiap tindakan kita pasti berbeza.




Kalau kita jirus dengan air, muntah hilang, bau hilang, warna hilang.



Kalau kita sapu saja, muntah terseret, bau melekat, warna ada.



Kalau kita lap dengan kain kering, begini hasilnya. Dengan kain basah, begitu hasilnya.



Kalau kita biar, muntah akan busuk, meninggalkan kesan, berbau.





   Ikut kehendak kita mahu memilih mana-mana cara sekali pun untuk menyelesaikan satu-satu masalah.

   Kalau bersungguh, InshaAllah hasilnya pun dapatlah yang bersungguh.

   Kalau sambil lewa, hasilnya ada kesan seret muntah kucing ke, masih berbau busuk ke.



   Yang penting, hati manusia.



   Tatkala punya masalah, perlu lapang dadanya. Kerana masalah yang datang, makin lama makin payah. Aku rasa macam nak tulis berangkat pulang aku ke bumi Beijing tapi ni macam tulis buku motivasi je ๐Ÿ˜

   Apa-apa pun, InshaAllah aku pun masih mencuba.


Comments

  1. assalamualaikum akak..
    saya seorang pelajar form 5..spm tahun nih..
    saya dah lama berminat utk menyambungkan pelajaran dalam bidang bahasa di china sbb saya pilih kelas bahasa cina masa form1 smpai form3(saya bdk sekolah sbp).
    akak..boleh saya tahu masa akak gi interview ipg..adakah akak dah memang pilih course perguruan bahasa cina..?? atau adakah akak apply subjek lain tpi diaorang bgi lainn??
    ☺☺adakah akak apply biasiswa kpm sekali masa tuh..
    maaf sebab saya byk tanya..����
    harap akak boleh jawap persoalan saya nih...terima kasih��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.

      1. Course ni tidak ada dalam senarai subjek yang boleh dipilih. Saya apply subjek lain.
      2. Biasiswa KPM ni tak dimohon dan tak boleh dimohon rasanya.

      Delete

Post a Comment

Tak salah nak bagi pendapat :)

Popular posts from this blog

Buat Apa Selepas SPM?

Temuduga IPG : Sejarah 2015

Kau Belajar dekat China ?!?