Posts

Showing posts from 2024

Review: Setahun Menggunakan Komputer Riba dari IMIKA

Image
Gambar iklan IMIKA Assalamualaikum WBT. Para pelajar masih sedang berjuang menghadapi SPM, namun ada juga yang sudah pun menamatkannya! Tahniah dan Syabas, semoga kejayaan mengiringi anda semua. Inshaallah. Pada hari ini, saya ingin berkongsi review penggunaan sebuah komputer riba  yang telah saya beli di IMIKA Cawangan Kuantan pada bulan Jun 2023. Saya sebenarnya sudah ada komputer riba yang saya telah beli pada tahun 2018, iaitu MacBook Air. Namun, disebabkan MacBook terlalu canggih, maka Macbook tidak dapat mengenal pasti perisian AscTimetable. Maka, setelah berhari-hari memikirkan yang terbaik, saya membuat keputusan untuk terpaksa membeli sebuah komputer riba lain yang kegunaannya untuk membuat relief ; setelah dilantik sebagai AJK Relief 2023. Kenapa saya tidak menggunakan komputer riba sekolah? Sekolah saya tidak mempunyai komputer riba yang tersedia untuk kegunaan relief. Itulah nasib guru baharu yang baru posting dan menggunakan MacBook, maka perlulah menggunakan duit sendir

Nak Buat Apa Selepas SPM?

Image
Nak Buat Apa Selepas SPM? Saya pernah berkongsi satu entri Buat Apa Selepas SPM . Ramai rakan-rakan serta anak-anak yang tercari-cari hala tuju selepas SPM. Sama juga seperti saya, tamat saja SPM 2014, saya juga tercari-cari, apakah yang perlu saya lakukan selepas SPM ini? Kali ini, saya menulis sebagai seorang guru. Akhirnya, setelah 9 tahun entri itu ditulis, saya akan menulis pula beberapa perkara yang anda boleh lakukan selepas SPM daripada POV seorang guru. Pertama, rehat. Rehatkan sebentar minda dan fizikal setelah anda berhempas pulas mengorbankan masa, tenaga dan usaha untuk menghadapi salah satu peperiksaan terbesar dalam hidup iaitu SPM. Tahniah saya ucapkan atas usaha anda yang telah berhempas pulas untuk menikmati perjalanan menuntut ilmu. Syabas anakanda! Rehat dahulu, sentiasa berdoa agar hati pemeriksa lembut ketika menanda, menanda dalam keaadaan yang tenang serta memohon agar Yang Maha Esa melapangkan dada atas segala apa jua keputusan yang Dia beri. Kedua, tahu minat