Posts

Showing posts from 2021

Slidesgo: Lubuk Template Pembentangan Cantik-Cantik!

Image
Assalamualaikum WBT Kali ini saya ingin berkongsi tentang satu tips yang sangat menarik dan boleh diguna pakai oleh para pelajar dan para guru dalam membuat pembentangan. Apakah tips itu? Nah, jawapannya ialah membuat pembentangan menggunakan template pembentangan yang sangat comel, cantik dan menarik! Terdapat banyak tema, warna dan jenis template yang boleh dipilih. Yang menariknya, kebanyakannya adalah PERCUMA ! Tinggal untuk kita explore dan edit  mengikut citarasa sendiri. Jadi, di bawah saya akan berkongsi satu laman web yang menjadi lubuk saya mencari template yang lawa. Slidesgo   Slidesgo merupakan laman web kegemaran saya! Sudah banyak template telah saya gunakan untuk pembentangan dan ketika praktikum.  J ika kita klik pada Powerpoint , ia akan automatik dimuat turun dalam komputer riba kita. Jadi, kita boleh edit ketika di luar talian. Namun, jika kita klik pada Google Slides, kita boleh edit secara atas talian. Nah, ini part kegemaran saya. Edit PowerPoint bersama

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) Online?

Image
 PBS Online ? Selepas berhempas-pulas belajar dan menghadam segala teori, maka bermulalah episod untuk mendekati dan memahami keadaan, budaya dan warga sekolah. Namun, dek pandemik Covid-19 ini, maka sekolah terpaksa ditutup dan saya serta rakan-rakan perlu menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) selama dua minggu secara atas talian.  Jadi, syarat utama untuk PBS kami adalah sekolah kebangsaan yang mempunyai opsyen Bahasa Cina. Setelah menghubungi beberapa buah sekolah di Kuantan, rezeki tidak berpihak kepada kami untuk ke sekolah yang mempunyai opsyen Bahasa Cina. Akhirnya, Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota Utama (SKIMU) menjadi tempat saya dan rakan partner  untuk menjalani PBS di situ, dengan syarat kami perlu berada dalam kelas bahasa kedua seperti Bahasa Inggeris atau Bahasa Arab. Hari pertama kami disambut dengan penuh ramah oleh GPK Pentadbiran, Pn Fatma. Minggu pertama kami cuba menyelesaikan portfolio dan berbincang dengan guru pembimbing untuk aktiviti minggu kedua sam

Cara Bayar Parking Kereta di Kuantan Menggunakan Aplikasi PahangGo

Image
Saya antara orang yang selalu juga ke bandar dan semestinya hendaklah membayar parking kereta sekiranya parking di mana-mana tempat di bawah Majlis Bandar Raya Kuantan. Sebelum ini saya beli terus sebuku kupon parking kereta di pondok-pondok MBK tetapi kini saya membayar parking dengan menggunakan aplikasi PahangGo.   1) Boleh muat turun PahangGo di Apple Store atau Google Play Store dalam telefon bimbit anda! Pastikan logo seperti gambar di bawah ini! 2) Kemudian, nampak tak "Park" di situ, klik saja di situ.  3) Setelah klik "Park", anda akan lihat paparan seperti gambar di bawah. Saya ada bulatkan dua perkara iaitu "Passes" dan "Fil". Kalau anda klik "Passes", ada 3 pilihan passes yang anda boleh beli. Saya tidak membeli "Passes" kerana saya hanya akan ke bandar sekiranya ada urusan. Lainlah kalau mungkin orang yang bekerja di bandar atau sering kali perlu ke bandar, berbaloilah untuk beli "Passes".  Jadi,

Cara Pos Barang Menggunakan Pgeon dari Rumah Sahaja!

Image
Musim pandemik sekarang memang menguji tahap kemampuan dan kesabaran semua orang. Semua orang terjejas dan diuji dengan ujian yang berbeza. Benarlah, hanya Allah sebaik-baik tempat meminta pertolongan. Semoga kita dilapangkan dada dan sentiasa bergantung harap kepada Allah.  Jadi, ramai juga beralih kepada berbisnes, membuat bisnes dengan ruang dan peluang yang ada. Urusan untuk pos barang pun semakin ditambah baik dan mempunyai banyak pilihan. Sebelum ini saya pernah menulis entri cara untuk pos barang dengan mendaftar di laman web Easy Parcel (boleh klik di sini) . Kini, saya ingin berkongsi cara-cara untuk pos barang di dua laman web lain iaitu Pgeon .  1) Kenapa saya pernah menggunakan perkhidmatan ini? Bukankah Pgeon juga turut ada dalam sistem Easy Parcel? Ha, ini adalah kerana Easy Parcel memerlukan kita untuk topup paling sikit RM20, tetapi barang yang saya hendak hantar tidak sampai RM20 caj pengeposannya. Jadi, saya cuba memikirkan cara lain untuk pos barang dengan harga ber

TOP 7 Produk di Shopee yang Sangat Berbaloi!

Image
Assalamualaikum WBT! Mashallah, tabarakallah, alhamdulillah, masih diberikan peluang untuk bernafas dan hidup sebagai hamba-Nya! Wah! Setelah sekian lamanya tidak menulis di blog, akhirnya hari ini diberi peluang untuk menulis :') Alhamdulillah. Sepanjang tahun 2020, ada beberapa produk yang saya sambar di Shopee yang saya rasa sangat berbaloi dan berguna. Saya benar-benar ingin mengongsikan dengan anda beberapa produk yang sangat ohsem! Semua produk ini boleh didapatkan di Shopee tau :)  1) APPLE EARPHONES Sebelum ini saya memang guna earphone biasa-biasa saja, senang kata earphone murah-murahlah sebab nak pakai cucuk dekat laptop saja tapi bila dah mula online class , kawan-kawan cakap suara saya kurang jelas dan ada gangguan bunyi bising disebabkan oleh earphones murah tu lah. Kadang-kadang, waktu kelas pun, lecturer tak berapa dengar suara padahal suara saya ni dengar satu rumah! Punyalah kita cakap kuat-kuat tapi rupanya tak didengari dengan jelas. Jadi, saya pun mengadu