TOP 7 Produk di Shopee yang Sangat Berbaloi!

Assalamualaikum WBT!


Mashallah, tabarakallah, alhamdulillah, masih diberikan peluang untuk bernafas dan hidup sebagai hamba-Nya! Wah! Setelah sekian lamanya tidak menulis di blog, akhirnya hari ini diberi peluang untuk menulis :') Alhamdulillah.

Sepanjang tahun 2020, ada beberapa produk yang saya sambar di Shopee yang saya rasa sangat berbaloi dan berguna. Saya benar-benar ingin mengongsikan dengan anda beberapa produk yang sangat ohsem! Semua produk ini boleh didapatkan di Shopee tau :) 


1) APPLE EARPHONES


Sebelum ini saya memang guna earphone biasa-biasa saja, senang kata earphone murah-murahlah sebab nak pakai cucuk dekat laptop saja tapi bila dah mula online class, kawan-kawan cakap suara saya kurang jelas dan ada gangguan bunyi bising disebabkan oleh earphones murah tu lah. Kadang-kadang, waktu kelas pun, lecturer tak berapa dengar suara padahal suara saya ni dengar satu rumah! Punyalah kita cakap kuat-kuat tapi rupanya tak didengari dengan jelas. Jadi, saya pun mengadulah kepada kawan saya dan dia mengesyorkan satu kedai di Shopee ini, yang menjual earphones yang kualiti sebiji macam original punya! Apa lagi, terus beli! 

Hasilnya? 

Kualiti tip top, bass dia sedap, muzik jelas, berdentam-dentum dalam telinga. Yang penting sekali, mikrofonnya, sangatlah elok! Jelas-sejelasnya, puas hati!

Harga? RM25 untuk 3.5 mm, RM45 untuk Lightning Earphones. 

Kedai: 6wlxmmu2u0


2) CADAR (BEDSHEET)


Fuh, cadar ini sangatlah sesuatu ya. Sesuatu yang sangat tidak tersangka pun sebagus ini! Saya pernah beli saiz single dan queen, fuh memang berbaloi-baloi. Nak masuk asrama, cadar-cadar di rumah, memang beli dekat sini! Kenapa kena beli cadar di sini?

Satu, corak menarik! 
Dua, harga murah sangat tapi kualiti tip top! 
Tiga, bergetah keliling. Fuh, sangatlah ohsem, lagi-lagi bergetah tu sangatlah memudahkan. 

Harga? Kalau ada SALE boleh dapat RM6 untuk single, queen pula selalunya dalam RM15-RM20.

Kedai: cloudbedding 



3) COSRX ACNE PIMPLE PATCH



Okay, ini memang kedai favorite saya untuk beli skincare Korea, Wakobeauty! Dekat sini saya pernah beli Cosrx Pimple Patch, Produk Skin1004, IUNIK Serum etc! 

Yang ohsemnya, produk dekat sini murah berbanding kedai-kedai lain dan kalau ada SALE tu memang berbaloi! 

Kedai: wakobeauty 

4) HARD WAX BEANS


Woah, hewhew ini discovered waktu tengah scroll Twitter. Ramai yang kata wax jenis macam ni best! Sebab saya pernah cuba wax jenis-jenis lain, rasa tak mesra dengan kulit, hewhew. Jadi, lepas baca review yang pelbagai, sis pun cubalah beli.

Hasilnya?

Mantap sekali! Kita sapu pada kulit, sekali tarik tu sappppp! Bulu tercabut dari akar ya, dan paling penting sekali tidak menyakitkan. Serius! Rasa berbaloi betul, dulu tak tahu pun wujud wax macam ni. Kalau dulu sampai rasa nak tercabut kulit guna wax yang jenis menyakitkan dulu huhu. 

Harga? Bawah RM10 saja. 

Kedai: happybonanza

5) BAJU KURUNG, BLOUSE MUSLIMAH



Fuh, dekat Shopee ni banyak je tau butik-butik yang jual baju muslimah atau baju kurung yang cantik-cantik. Antaranya, butik yang menjadi pilihan saya ialah kautsar.my. Pertama kali saya beli baju di kedai kautsar.my ni, terus jatuh hati! 

Dah banyak kali dah beli dekat sini, kain baju kurung, blouse dia sangat best, berkualiti! Tak ada defect. Memang dijahit kemas. Ukuran saiz memang sama seperti yang ditulis. Warna pelbagai, ada banyak jenis baju kurung. 

Harga? Selalu saya beli time SALE, memang berbaloi! Blouse muslimah serendah RM33, baju kurung serendah RM45 peh!

Kedai: kautsar.my

6) LOCENG PINTU


Ha, ini memang mantap! Murah pun murah, bunyi dia memang nak bagi satu taman dengar. Ni kalau orang dalam rumah tak dengar juga, tak tahulah tu. Ada pelbagai jenis bunyi, wireless, guna bateri saja. Beli loceng ni juga letak dekat rumah Tok Abah. Ye lah, nurse datang pagi-pagi, bagi salam tak berapa nak dengar dari dalam rumah. Ha, kita letak terus loceng. 

Berbaloi sangat! Teringat loceng dekat bangunan asrama di Beijing. Bunyi dia memang satu aras dengar. Murah sajaaa.

Kedai: mystxdirect

7) ALAT PEMERAH UBAT GIGI



Satu rumah punya ubat gigi, kalau jatuh terabur tu, sabar je lah. Last-last, kita cubalah inisiatif lain dengan membeli alat ini ya. Mashaallah, hasilnya sangatlah memuaskan ya!

Pertama, tempat meletak berus gigi.

Sangatlah ohsem! Beratur berus gigi, tak jatuh-jatuh dah. Duduk diam dekat situ je. 


Kedua, alat pemerah ubat gigi.

Fuh, memang puas hati! Tak adalah sampai picit tak sampai sebulan habis terus ubat giginya. Pelik betul kita, adik-adik saya ni makan ubat gigi ke berus gigi tak tahulah. Dengan adanya alat ini, bolehlah kemas sikit, terkawal sikit penggunaan ubat gigi.

Harga? RM4.70 sahaja! 

Kedai: mystxdirect


Yang penting, nak lekat dekat dinding tu, kena guna double tape yang kuatlah! Ha, double tape ni saya beli dekat Mr. DIY. Berbaloi sangat! Dia tak melekat dekat dinding macam double tape biasa tu, kita boleh cabut dengan mudahnya daripada dinding tu. Daya lekat dia sangat kuat ya! Benda berat pun boleh ditahannya.



Alright, sekadar ini saja! Of course, saya sangat berpuas hati dengan segala produk di atas! Sedikit sebanyak mungkin boleh memberi idea kepada anda.

Semoga bermanfaat, InshaAllah.

Jemput baca entri seterusnya pula! 



Comments

Popular posts from this blog

Cara Bayar Bil Elektrik dan Bil Air Online: myTNB, PahangGo

Cara Mati Setem di LHDN UTC

Cara Bayar Bil Telefon Rumah Online