Cara Bayar Bil Telefon Rumah Online

Assalamualaikum WBT.

Alhamdullillah, masih bernafas atas bumi Tuhan dengan rahmat dan kurnia-Nya, semoga kita sentiasa tergolong dalam kalangan orang yang beriman dan sentiasa tunduk, taat dan patuh kepada Allah SWT, Yang Menciptakan.

Hari ini saya nak share lagi dengan anda tentang ilmu baru, yang saya sendiri pun pada awalnya terkial-kial nak melakukannya. Disebabkan sekarang semuanya bergantung kepada kecanggihan teknologi dan pemikiran maju, moden dan cerdas, maka semua perkara juga berlaku mengikut sandaran waktu.

Hari ini saya nak bercerita tentang CARA PEMBAYARAN BIL TELEFON RUMAH SECARA ATAS TALIAN. Mudah ke idok? Moh lah kita baca lagi. Setelah melakukan beberapa pembacaan dan melayari laman web Unifi, maka inilah cara terbaik yang saya boleh kongsikan:

1. Muat turun (download) aplikasi myunifi di Google Store atau App Store.

2. Daftar akaun. Walaupun saya tidak melanggan unifi atau ada telefon rumah tapi saya boleh bantu bayarkan bil telefon datuk saya dengan register sahaja akaun di myunifi.

3. Apabila akaun sudah didaftarkan, klik Acccount

4. Klik Add Account

5. Masukkan maklumat yang diperlukan.

6. SIAP!

Mudahnya dengan menggunakan aplikasi myunifi ini adalah bil akan terus keluar di situ dan boleh terus bayar secara atas talian. Sekiranya tak mahu muat turun aplikasi, cara mudahnya boleh mesej unifi di Facebook mereka. Servis mereka laju! 



Comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. T. Kasih byk. Sgt membantu

    ReplyDelete

Post a Comment

Ya, saya?

Popular posts from this blog

Cara Bayar Bil Elektrik dan Bil Air Online: myTNB, PahangGo

Cara Mati Setem di LHDN UTC