Posts

Showing posts with the label telekom

Cara Tamatkan Perkhidmatan Telefon Rumah Secara Atas Talian

Image
Assalamualaikum WBT Sebelum ini saya pernah berkongsi cara untuk membayar bil telefon rumah di aplikasi MyUnifi  kali ini saya ingin berkongsi satu cara terkini untuk menamatkan talian telefon rumah . Hal ini disebabkan Tok Abah saya sudah tidak menggunakan telefon rumah itu lagi. Mudah saja caranya, saya hanya berurusan dengan pihak Unifi melalui e-mel sahaja. PROSEDUR UNIFI Berikut adalah prosedur penamatan yang diberitahu oleh pihak Unifi kepada saya: Adalah dimaklumkan bahawa kami kini melaksanakan polisi penamatan akaun dalam tempoh 30 hari. Dibawah polisi ini, para pelanggan dikehendaki untuk menyetujui memberikan notis 30 hari penamatan akaun dan membuat bayaran bagi tunggakan bil dan caj penggunaan dalam tempoh 14 hari selepas notis diberikan. Pihak pemprosesan akan menamatkan perkhidmatan pada hari ke 28 hingga ke hari 30 daripada tempoh notis jika tiada tunggakkan bil. Jadi, sebelum anda hendak menamatkan perkhidmatan, anda hendaklah menyelesaikan bil telefon yang tertu...

Cara Bayar Bil Telefon Rumah Online

Image
Assalamualaikum WBT. Alhamdullillah, masih bernafas atas bumi Tuhan dengan rahmat dan kurnia-Nya, semoga kita sentiasa tergolong dalam kalangan orang yang beriman dan sentiasa tunduk, taat dan patuh kepada Allah SWT, Yang Menciptakan. Hari ini saya nak share lagi dengan anda tentang ilmu baru, yang saya sendiri pun pada awalnya terkial-kial nak melakukannya. Disebabkan sekarang semuanya bergantung kepada kecanggihan teknologi dan pemikiran maju, moden dan cerdas, maka semua perkara juga berlaku mengikut sandaran waktu. Hari ini saya nak bercerita tentang CARA PEMBAYARAN BIL TELEFON RUMAH SECARA ATAS TALIAN. Mudah ke idok? Moh lah kita baca lagi. Setelah melakukan beberapa pembacaan dan melayari laman web Unifi, maka inilah cara terbaik yang saya boleh kongsikan: 1. Muat turun (download) aplikasi myunifi di Google Store atau App Store. 2. Daftar akaun. Walaupun saya tidak melanggan unifi atau ada telefon rumah tapi saya boleh bantu bayarkan bil telefon datuk saya dengan reg...