Cara Tamatkan Perkhidmatan Telefon Rumah Secara Atas Talian



Assalamualaikum WBT

Sebelum ini saya pernah berkongsi cara untuk membayar bil telefon rumah di aplikasi MyUnifi kali ini saya ingin berkongsi satu cara terkini untuk menamatkan talian telefon rumah. Hal ini disebabkan Tok Abah saya sudah tidak menggunakan telefon rumah itu lagi. Mudah saja caranya, saya hanya berurusan dengan pihak Unifi melalui e-mel sahaja.


PROSEDUR UNIFI

Berikut adalah prosedur penamatan yang diberitahu oleh pihak Unifi kepada saya:

Adalah dimaklumkan bahawa kami kini melaksanakan polisi penamatan akaun dalam tempoh 30 hari. Dibawah polisi ini, para pelanggan dikehendaki untuk menyetujui memberikan notis 30 hari penamatan akaun dan membuat bayaran bagi tunggakan bil dan caj penggunaan dalam tempoh 14 hari selepas notis diberikan.

Pihak pemprosesan akan menamatkan perkhidmatan pada hari ke 28 hingga ke hari 30 daripada tempoh notis jika tiada tunggakkan bil.

Jadi, sebelum anda hendak menamatkan perkhidmatan, anda hendaklah menyelesaikan bil telefon yang tertunggak. 


CARA TAMATKAN PERKHIDMATAN TELEFON RUMAH

Baiklah! Sekarang, jom kita lihat cara-cara untuk menamatkan perkhidmatan telefon rumah di bawah:

1) Anda hendaklah memberikan maklumat seperti di bawah untuk tujuan pengesahan dan tindakan selanjutnya:

1. Nama penuh pemegang akaun: 
2. Nombor kad pengenalan pemegang akaun:
3. Nombor talian tetap: 
4. Alamat lengkap: 
5. Sebab penamatan akaun: 
6. Hubungan dengan pemilik akaun:


2) Sekiranya permohonan dibuat oleh wakil pemilik, anda hendaklah melampirkan dokumen seperti berikut untuk bantuan selanjutnya:

1. Surat pengesahan yang ditandatangani pemilik akaun
2. Salinan IC pemilik 
3. Salinan IC wakil


3) Sehubungan dengan itu, anda juga dikehendaki untuk melampirkan dokumen sokongan seperti di bawah untuk bantuan pemulang baki akhir.

1. Maklumat akaun bank:-
i. Jenis ID pemilik akaun bank : 
ii. Nombor ID pemilik akaun bank:
iii. Nama bank :
iv. Nombor akaun bank:

2. Dokumen sokongan: -
a) Muka surat hadapan buku akaun bank atau penyata bank yang menunjukkan maklumat bank seperti nama bank, cawangan, alamat dan nama pemilik akaun.


Saya lampirkan kesemua yang dikehendaki di atas dan menghantar e-mel kepada help@tm.com.my 

Settle! Alhamdulillah.


Comments

Popular posts from this blog

Cara Bayar Bil Elektrik dan Bil Air Online: myTNB, PahangGo

Cara Mati Setem di LHDN UTC

Cara Bayar Bil Telefon Rumah Online