Posts

Showing posts with the label Maybank2u

Cara Tukar Kad Debit Maybank di Maybank2U

Image
Assalamualaikum WBT Saya nak kongsi cara yang paling senang nak ganti kad debit Maybank secara atas talian sahaja! Kad debit Maybank saya luput pada tarikh 31/01/2022, jadi saya dapat mesej daripada Maybank pada awal bulan untuk tukar kad debit.  Jadi, kita ada dua pilihan nak tukar kad tersebut, sama ada secara atas talian (Maybank2U) atau pergi saja ke mana-mana cawangan Maybank. Saya memilih untuk menukar kad tersebut di laman web Maybank2U sahaja! Caranya mudah saja, hanya ikut saja arahan pada pautan ini: Cara Tukar Kad Maybank di Maybank2U . Satu-persatu langkah diajar untuk kita buat sendiri. Yang penting, kad dapat ditukar secara percuma! Namun begitu, perlu untuk kita tahu, jumlah wang sebanyak RM12 akan dipotong terlebih dahulu. Kemudian, saya menunggu lebih kurang 14 hari (termasuk hari cuti) untuk dapatkan kad baru yang dipos terus ke alamat rumah kita. Setelah saya aktifkan semula kad debit baru saya itu, beberapa hari kemudian saya dapat semula wang RM12 tersebut....

Cara Simpan Duit Tabung Haji Melalui Maybank

Image
Assalamualaikum WBT Yeah, Alhamdulillah, hari ini tanpa dirancang, dapat selesaikan satu urusan iaitu menyimpan duit di Tabung Haji melalui Maybank. Kalau sebelum ini, saya pergi pejabat Tabung Haji (TH) untuk urusan penyimpanan duit, namun kini urusan itu boleh dilakukan secara online. Yang paling penting, kita kena ada akaun Maybank! Sewaktu nak link kita punya TH dengan Maybank, bawa sekali buku TH, penting untuk kita tengok nombor akaun dan nombor siri buku (di halaman belakang sekali). Caranya senang sahaja: Pergi ke ATM Maybank , pilih pilihan ⇒ TABUNG HAJI Masukkan nombor akaun dan nombor siri buku. Siap!  Kemudian, kita pun boleh dah transfer secara online! Mudah bukan? Kita juga boleh check baki duit di Tabung Haji di laman web Maybank2u juga. Hanya klik saja pada pautan "Tabung Haji", maklumat akaun dan baki akan dipaparkan.

Cara Daftar Maybank2u

Image
Sebelum ni saya  posted entry tentang menguruskan urusan di Tabung Haji, JPN dan JPJ  klik di sini.  Semalam ada pasar tani dekat depan UTC, alang-alang kome pun pergi lah ke Tabung Haji. Peh, kome nunggu dari 8:44 pagi sampailah pukul 9:30 pagi. Orang memang ramai dekat Tabung Haji tu ha. Siap saja urusan dekat situ, terus turun bawah pergi dekat emak. Sekarang nak cerita lain, tentang cara-cara sign up Maybank2u. Mudah saja, InshaAllah. Mula-mula, kita kena ada nombor telefon. Ha ini memang pasti ada lah kan? Jadi, pastikan nombor telefon kita yang kita daftar buat akaun Maybank adalah yang kita guna sekarang. Faham? Macam saya, disebabkan saya tukar nombor telefon baru, saya kena ubah semula nombor telefon di akaun Maybank. Ha, bagaimana? Caranya ialah pergi ke ATM Maybank, tekan pada pilihan Maybank2u, kemudian tekan pada nombor telefon. Selepas itu, masukkan nombor telefon anda yang anda pakai sekarang. Mudah. Selesai. Kemudian, balik rumah buatlah...