Cara Simpan Duit Tabung Haji Melalui Maybank

Assalamualaikum WBT


Yeah, Alhamdulillah, hari ini tanpa dirancang, dapat selesaikan satu urusan iaitu menyimpan duit di Tabung Haji melalui Maybank. Kalau sebelum ini, saya pergi pejabat Tabung Haji (TH) untuk urusan penyimpanan duit, namun kini urusan itu boleh dilakukan secara online.


Yang paling penting, kita kena ada akaun Maybank! Sewaktu nak link kita punya TH dengan Maybank, bawa sekali buku TH, penting untuk kita tengok nombor akaun dan nombor siri buku (di halaman belakang sekali).

Caranya senang sahaja:

  1. Pergi ke ATM Maybank, pilih pilihan ⇒ TABUNG HAJI
  2. Masukkan nombor akaun dan nombor siri buku.
  3. Siap! 
Kemudian, kita pun boleh dah transfer secara online! Mudah bukan? Kita juga boleh check baki duit di Tabung Haji di laman web Maybank2u juga. Hanya klik saja pada pautan "Tabung Haji", maklumat akaun dan baki akan dipaparkan.


Comments

Popular posts from this blog

Cara Bayar Bil Elektrik dan Bil Air Online: myTNB, PahangGo

Cara Mati Setem di LHDN UTC

Cara Bayar Bil Telefon Rumah Online