#NanaEuropeTrip: Paris

PARIS

20 Jan Ahad: Kami checked out Marghera House pada pukul 6 pagi dan berjalan kaki ke stesen kereta api Roma Termini. Kemudian, Dayana beli tiket kereta api untuk ke Fiumicino Airport. Agak kelam-kabut sedikit sebab kami tak beli tiket train dari Roma Termini ke Fiumicno Airport awal-awal. Alhamdulillah, Dayana beli tiket dekat kedai runcit, validate tiket dan dapat naik train pukul 6:35 am. Sampai di airport, terus drop luggage, security check dan Alhamdulillah boleh rehat sekejap sebelum naik flight.

Pukul 12 tengah hari, kami sampai di Paris Orly Airport. Naik Orlyval, tukar line sampailah di stesen berdekatan di hotel dan berjalan kaki ke hotel. Selepas check in kami keluar cari makan. Lapar woi! Kami berjalan kaki ke restoran Shaazan, recommended sebab harga dia ohsem, tak mahal sangat, portion makanan memuaskan. Usai makan, kami cari supermarket untuk beli roti dan air mineral buat sarapan esok. Kebanyakan roti buku yang dijual di Paris semuanya mengandungi alkohol. Jadi, kami tanya tuan kedai roti yang tak ada alkohol, jadi dia pun tunjuklah roti yang boleh dimakan. Hari ini kami tak berjalan ke mana-mana pun, jalan-jalan cari makan saja. Esok InshaAllah akan berjalan pusing Paris.

Expenses:

  • Train ke Fiumicino Airport: 28 EU/1 person
  • Orlyval: 18.60 EU/2 person
  • Train ke hotel: 5.60 EU/2 person
  • Nutella: 2.90 EU 
  • Supermache: 5:22 EU



21 Jan Isnin: Pukul 10:30 pagi kami checked out, tinggalkan luggage dekat hotel dan terus cari stesen metro berdekatan menuju ke Eiffel Tower.

EIFFEL TOWER

Sampai saja di kawasan Eiffel Tower, jalan-jalan, tangkap gambar. Di sini terdapat ramai penjual barang dan orang-orang yang minta sumbangan menggunakan cara meminta tanda tangan kita. Uish dengan mereka yang meminta sumbangan ni, kena berhati-hati.

Kisah Si Peminta Sumbangan. Sebelum ni di Rome juga ada yang meminta sumbangan bagi agensi anti-dadah, mereka minta kita tanda tangan dan jika nak bagi sumbangan, terpulang. Lain pula di Paris, kami cuba elak, mereka datang juga. Bukan seorang tapi sampai tiga empat orang. Saya rasa tak sedap hati, dahlah tengah sakit pinggang dia duk paksa-paksa. Saya tanya banyak kali, siap tekankan, “If I sign, do I need to give money?” Ha, dia mulalah berdolak-dalih, saya tengok atas kertas sumbangan tu orang bagi sampai 40 EU, 20 EU. Saya tulis gitu-gitu je nama, negara dan tanda tangan. Sekali dia kata, “You have signed so you need to give money.” Gais scammer! Sekali geng dia datang, omg orang-orang macam ni menghancurkan mood yang baru nak menghayati hari yang indah depan Eiffel Tower ni. Dia nak juga duit weh, ha sekali Dayana keluarkan duit syiling, kami hulur duit 1 EU, dia ambik duit, dia blah macam tu je gais siap jeling! Hamboi mula-mula datang sapa siap bagi salam, peh sekali bengis eh.

Kami jalan-jalan dekat taman berhampiran Eiffel Tower tu, memang geng-geng dia datang bagi salam, muka baik, sekali dia paksa kita tulis, halamak haih sabo je lah. Baik tak layan je lah. Okay, lupakan kisah bersama mereka kerana selepas menghayati detik indah di Eiffel Tower, kami ke Grand Mosque of Paris.


GRAND MOSQUE OF PARIS


Kami naik metro ke Grand Mosque, dekat saja stesennya cuma yang penat nak berjalan cari stesen metro. Keluar dari stesen Jusseui, dari kejauhan dah nampak Grand Mosque, Subhanallah! Cantik! Tak sabar-sabar nak masuk, dari luar dah nampak besarnya masjid. Kami pusing-pusing cari pintu masuk tak jumpa, pusing sebelah sana ha baru jumpa! Melangkah masuk ke masjid dengan perasaan berkobar-kobar, dah masuk blur sekejap sebab tak tahu dekat mana terletaknya tempat solat wanita. Pak cik yang jaga dekat pintu masuk nampak kami blur macam tu, dia terus tunjukkan tempat solat wanita.

Kemudian, kami ke tandas untuk ambil wudhu dan bersiap untuk solat. Sedang berjalan ke tempat solat, sambil melihat corak-corak dinding masjid, hiasan masjid, sangat cantik! Tempat solat wanita di bahagian luar, masuk saja ruangan solat kedengaran suara yang sedang membaca ayat suci al-Quran. Subhanallah, bahagian depan ruangan solat terdapat sekumpulan wanita sedang belajar mengaji, yang duduk di atas kerusi ialah mualimah.
Usai solat, kami ke restoran Istanbul Kebab yang tak jauh dari masjid. Di situ, makanannya sedap sekali! Mak cik pun baik saja, portion makanan pula banyak dan besar, berbaloi dengan harga. Lebih kurang saja harga kebab di situ dengan kedai-kedai lain.

NOTRE DAME




Selepas mengisi perut dengan kebab sebagai makan tengah hari, kami naik metro untuk ke Notre Dame. Dengan matahari yang hampir terbenam, bangunan-bangunan di situ kelihatan cantik sekali!


LOUVRE MUSEUM

Selepas itu, kami naik metro untuk ke Louvre Triangle. Di sinilah terletaknya gambar Mona Lisa, ha tapi kami tak masuk, macam biasalah, nak masuk muzium kena bayar. Hari pun semakin gelap, kami pun kembali semula ke hotel untuk mengambil bagasi dan naik metro untuk ke Bercy Seine Bus Station. Serius! Jalan nak cari stesen bas ni berliku betul. Tayar bagasi pun tak sanggup nak lalu jalan berliku macam tu, herher. Alhamdulillah, sampai di stesen bas Bercy kami hanya duduk di situ menunggu bas pukul 9:30 malam untuk ke Amsterdam Sloterdijk.


PENGANGKUTAN DI PARIS


Metro sangat memudahkan, tiket boleh beli di mesin tiket atau di kaunter. Diingatkan, sekiranya mahu membeli tiket di kaunter, bayaran hanya menggunakan kad bank saja, wang tunai tidak diterima. Kalau di mesin pula, hanya duit kecil saja yang diterima. Serius, kalau di Paris nak beli tiket pakai cashless bank card sahaja ya, aktifkan overseas banking siap-siap.

Perbelanjaan:
  • Tiket Metro: 24 EU = RM 115.35/2 person
  • Lunch kebab: 14.9 EU/2 person
  • Dinner kebab: 6.50 EU/2 person

Comments

Popular posts from this blog

Cara Bayar Bil Elektrik dan Bil Air Online: myTNB, PahangGo

Cara Mati Setem di LHDN UTC

Cara Bayar Bil Telefon Rumah Online