#NanaEuropeTrip: Roma, Itali

ROMA


19 Jan Sabtu: Lebih kurang pukul 5:55 pagi kami sampai di Rome. Kemudian, berjalan ke stesen metro Tiburtini menuju stesen Roma Termini untuk ke hotel. Kami mulakan pagi kami dengan bersarapan Milo, sedang sedap menghirup air milo, tiba-tiba owner hotel cakap “Your room is ready!”

Haa apalagi, Alhamdulillah rezeki dapat check-in awal. Kemudian, pukul 9 pagi keluar ke destinasi pertama iaitu Colloseo. Awalnya kami ingin ke Vatican City terlebih dahulu tetapi tersalah naik line metro, jadi kami turun di stesen Colloseo. Keluar saja dari stesen metro Colloseo, terus nampak berdiri megah binaan Colloseum yang selama ni lihat dalam buku teks saja. Allahu, rasa macam tak percaya!

Hari ini kami basah sepanjang hari kerana hujan. Sekejap rintik, sekejap lebat. Oh ya, kami tidak masuk pun ke dalam Colloseum, di luar Colloseum terdapat kaunter tiket tapi nak beli secara online pun boleh. Nak masuk Colloseum ada waktu lawatannya, sekali masuk sejam atau dua jam, sebab sekali masuk hanya dibenarkan dua ribu orang saja, tak silap sayalah. Tak boleh masuk ramai-ramai.

Kemudian, kami ke Piazza Venezia, tak jauh dari Colloseum. Kami naik bas untuk ke Piazza Venezia. Di tengah-tengah bandar Rome ini memang penuh dengan bangunan bersejarah, juga penuh dengan orang Bangla yang menjual payung, baju hujan.


Selepas itu, kami naik bas ke Trevi Fountain. Dari Colloseum-Piazza Venezia-Trevi Fountain, semuanya dekat-dekat saja. Sampai saja di Trevi Fountain, terkejut ha kau, ramai betul orang! Bergasak nak ambil gambar.



Selepas itu, kami ke Pantheon. Di sini boleh masuk secara percuma. Pantheon merupakan sebuah gereja, nak masuk kena senyap je. Di kawasan sekeliling Pantheon terdapat banyak kedai yang menjual Gelato yang super sedap! Kemudian, dari Pantheon kami berjalan ke Torre Argentina Cat Sanctuary. Bagi pencinta kucing, anda bolehlah masuk ke sini secara percuma dan bemain dengan kucing yang gebu-gebas, gemuk hesh geram haku. Dekat sini menempatkan kucing jalanan, boleh adopt kucing, boleh bagi sumbangan dan boleh beli barangan yang dijual di sini untuk bantu kucing-kucing jalanan.


Disebabkan lapar sangat, kami pulang semula ke Roma Termini untuk makan di kedai halal berdekatan. Usai makan, kami pulang ke hotel semula untuk menunaikan solat. Selepas sudah bersiap, keluar dari hotel kami naik bas nombor 40 ke Vatican City dari Roma Termini. Oh ya, Roma Termini ialah stesen utama di Rome. Di sini ada stesen bas, train ke airport, stesen kereta api utama yang menghubungkan Rome ke pelbagai tempat!


Sampai di Vatican City, kami berjalan di sekitar, hujan pula makin lebat. Kami tidak lama di sini, turun semula ke jalan raya dan ambil bas pulang ke Roma Termini. Kami di Rome hanya sehari, cukuplah untuk berjalan di bandar Rome tapi kami tak masuk ke dalam muzium. Oh ya, kami hanya ikut panduan dalam aplikasi Visit a City sebaga rujukan itinerary.


PENGANGKUTAN DI ROME

Boleh naik bas dan metro, sangat senang dan memudahkan kita bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Tiket boleh beli untuk 24 hrs, per day dan sebagainya di mesin tiket atau kedai-kedai runcit. Hari tu kami tak ada duit kecil, jadi beli tiket di kedai runcit, harga sama saja dengan vending machine.


Perbelanjaan:

  • Tandas: 1 EU
  • Marghera House: 26 EU
  • Lunch: 9 EU
  • Conad: 2.76 EU
  • Peri-peri: 15 EU
  • Gelato: 3 EU24 hrs ticket: 7 EU/1 person

Comments

Popular posts from this blog

Cara Bayar Bil Elektrik dan Bil Air Online: myTNB, PahangGo

Cara Mati Setem di LHDN UTC

Cara Bayar Bil Telefon Rumah Online