Niujie: Perencah Cerita




Pukul 10.30 pagi gerak ke Niujie. Nak gerak ke Niujie dari Beiwai naik bas no. 5; dia memang berhenti dekat hentian Niujie. Dekat situ ada Masjid Niujie, bentuknya idokler macam masjid-masjid dekat Malaysia tuh. Lain lalu~ Sebelum ni masa Hari Raya Aidil Adha kami budak-budak foundation solat kat situlah, akak-akak bawakkan :) Kali ni saja nak ke sana beli barang-barang dapur. Nak cari teh 3 in 1 memang idokler nak jumpa. Kalau ada pun erm mahal sikit. Susu pekat pun aku tak tau lagi nak beli dekat mana. Orang sini minum teh daun rebus tu je ha...



Sampai dalam apa eh nama tempat tu, pasaraya dekat Niujie tu lah, ingatkan semua barang halal. Masa lunch Kak Aiman cakap, "Nanti kita tengok barang apa yang boleh beli dengan tak boleh beli." Terkejut! Ingatkan semua dekat situ 请真 (qing zhen). Okay, sebelum ketibaan Kak Aiman dekat situ, kami solat dekat Masjid Niujie. Seni binanya memang nampak gaya Cina. Masjid ni pun jadi tumpuan pelancong. Masuk-masuk ada pak cik tegur, "Malaysia?" "Shi, Malaysia." Jalan lagi masuk dalam ada sekumpulan mak cik berkumpul depan tempat ambik wudhu tu. Masuk dalam masjid nak solat, ada ayat "Jangan pijak kain putih." Musykil aku, ada ayat bahasa melayu kat situ. Pastu sekumpulan mak cik tu pun ikut serta solat dan habis je solat depa tengok kami tak berkelip sampai lah kami bangun, mak cik-mak cik tu serbu *ceh* Rupanya ajak borak, kau ghase kami paham? Bila lama-lama sikit, yang aku paham la, depa dari Nishu eh ke apa eh nama tempat tu, pastu depa cakap kami cakap macam dari Beijing, bahasa mandarin gitu; ikut kefahaman aku lah. Sampaikan Syazwa hulur Pleco suruh mak cik tulis hanzi sebab tak paham. Bila cakap kami 留学生 (liuxuesheng), depa macam tak pernah dengar.





Kami berborak acah-acah paham je. Sampailah ada sorang mak cik ni cakap Syap 漂亮 (piaoliang) macam orang Cina *ehhh* Suka betul mak cik-mak cik ni bergambor dengan Syap, kami duk tepi je mampu. Ulang suara, dengan Syap je. Ceh... Muka gaya Melayu Asli sangat. Pastu mak cik-mak cik tu ajak kami mengaji. Mula-mula suruh baca al-Fatihah, tapi kami tak paham woi. Pastu cakap la, 我们听不懂 (wo men ting bu dong). Muka dia terkejut ya robbi. Tak lama tu baru dapat tangkap dia nak dengar kami baca al-Fatihah. Pastu ajak baca al-Baqarah, wuih what a blessed! Tak lama lepas tu Kak Aiman datang *wow banyak watak kak aiman* Seronok! Naik bas dari Niujie ke Beiwai dalam 45 minit, rasanya. Boleh la nak lentok sekejap dalam bas tu. Haa yang seronoknya dekat sini nampakla orang Muslim ramai, bila jumpa bagi salam. Assalamualaikum yeah :)

Nak tengok video suasana Niujie? Tekan link ni: Kompas Niujie - Amir China :) Credit to Amir China .



Comments

Popular posts from this blog

Buat Apa Selepas SPM?

Temuduga IPG : Sejarah 2015

Kau Belajar dekat China ?!?