Thursday, 1 October 2015

Dongwuyuan: Barang Murah


    1 Oktober 2015. Dah nak masuk bulan kedua di Beijing. Alhamdulillah. Sekarang dah pun masuk musim luruh atau dalam bahasa omputihnya autumn lah. Dalam bahasa Cinanya 秋天 (qiutian). Dalam pukul 8 pagi aku bukak tirai bilik pehhhh tengok pokok ditiup angin kencang pehhh aku dah dapat rasa angin kat luar mungkin sejuk. Walau bagaimanapun tak sangka lah sekencang ini! Ceh over pulak. Serius. Plan hari ni nak ke Dongwuyuan. Jadi dalam pukul 9 aku dengan budak-budak lain kumpul dekat depan liuhaolou pehhh angin diaaa, aku yang berat ni pun rasa nak melayang *ceh* Angin kuat ditambah dengan suhu yang sejuk, tak macam angin kuat dekat Malaysia tu.



   Nak ke Dongwuyuan dari Beiwai boleh naik bas atau subway. Pilihan yang okay naik bas lah senang. Naik bas bernombor 563, nanti dia bawa terus sampai ke Dongwuyuan tu. Bagi aku la, subway mahal sikit ditambah lagi dengan orang ramai. Andainya nak simpan wudhu la kononnya, kau masuk je subway terus batal. Nampak tak... Kalau naik bas pun sama tapi ada la pro cons dia tapi setakat Dongwuyuan, naik bas je lah :) 5 minit je (kalau tak jammed teruk amat). Haaa dekat kawasan Dongwuyuan tu ada Beijing Zoo (dah namanya Dongwuyuan; Dongwuyuan tu zoo lah), muzium dinasour, planetarium, macam-macam jugak tapi aku perasan yang itu je tadi. Sebenarnya, sis tak tahu pun nama yang betul bagi tempat membeli-belah tu. Jadi, disebabkan dia dah dekat dengan zoo, jadi panggil Dongwuyuan je lah.
   Antara tips membeli-belah sebagai newbie dekat Beijing ni ialah kau kena yakin nak beli barang. Contoh; aku nak beli beg sandang je pun, kalau dekat Malaysia aku belek-belek siap sentuh lagi, rasa tak nak beli, blah je. Dekat sini sekali kau dah tunjuk walaupun nak tengok je dia punya paksa tahap apa entah tapi kalau dah betul-betul tak nak keluar je la. Tak payah layan. Tadi aku nak beli beg harga asal dalam 75 元 aku dapat 50 元. Aku cari kasut pulak. Harga asal dalam 280 元 tapi dapat dalam 95 元. Jenuh jugak aku nak cakap dalam bahasa cina ni. Memang buat muka weh kalau dia tawar harga mahal. Bila orang blah dia cuak haaa... Tengok orang jugak lah aku nak membeli barang. Nampak muka garang tu cakap pun macam gengster memang taklah. Nak tengok barang pun tak ingin. Mula-mula aku nak beli kasut tu mahal weh. Dalam purse aku seratus lebih je ada. Pak cik tu beria la bawak keluar mancis siap bakar-bakar kasut tu, tapi apakan daya, terlalu mahal bagiku. Akhirnya aku mintak nak beli 95 元 muka pakcik agak kecewa tapi aku puas hati lah. Bukan beli setaraf kedai al-Ikhsan pun :') Takut aku nak sentuh barang-barang jualan, tengok, scan yang berkenan je. Barang sini murah-murah. Baju-baju yang aku perhati orang-orang Malaysia jual online dekat IG macam baju tidur sejuk ala-ala Korea tu agak mahal tapi dekat sini bawah 50 元 sahaja. Kena hati dan minda yang sado ceh... Kang nangis pulak kena jerkah dengan pak cik mak cik akak abang yang mencari pelanggan tu.
   Tak puas jugak kalau tak letak gambar. Tunggu laptop aku ada vpn lah baru boleh tunjuk gambar keadaan dalam Dongwuyuan tu. Bangunan Dongwuyuan tu besar. Ada berapa tingkat eh, lupa pulak. Memang ramai orang, setakat langgar-langgar tu sabar je lah. Yang pasti beg wajib dijaga. Jangan biar terdedah. Ceh ni pesanan seniors. Ini memang pasti. Sis pun akui, memang kena jaga beg anda tu. Jangan terleka walaupun sesaat. Kawan sis dah pernah kena ada pengalaman, haaa~ Fon hilang tau, kena seluk macam tu je, kita pulak tak sedar dalam keadaan orang ramai tu haaa... 
   Lepas beberapa ketika duduk dekat Beijing; kita akan 习惯 (xiguan/kebiasaan) dengan 生活 (shenghuo/kehidupan) orang sini. Orang sini kebanyakkannya beli online je. Banyak laman web yang berniaga atas talian; paling famous ialah Taobao, Jd dan banyak lagilah. Just click and masukkan password bank anda; selesai! Apa-apa barang, semua beli dekat atas talian; senang cerita lah. Memang murah lah. Contoh; beg, kasut, baju, seluar, buku, makanan, minuman haaa, tekan je. Mudah tapi barang-barang macam sayur ke, erm, apa eh, barang-barang yang rasanya nak kita tengok 质量 (zhiliang/kualiti) depan mata; disarankan beli dekat kedai-kedai lah. Pergi jenguk sendiri, pegang, rasa. Walaupun begitu, awas! Haaa, kita kena pandai berjimat-cermat lah. Nanti kang kerjanya asyik membeli barangggg je, mulalah nyesal di kemudian hari sebab duit habis bagi tauke-tauke kedai online. Beringat sebelum menyesal ek :)
Dah lama aku tulis pasal Dongwuyuan ni, tapi hakikatnya, tempat membeli-belah yang agak murah ni dah ditutup. Sudah berpindah ke suatu tempat yang sangat jauh. Erm, agak terkilan jugak la *eceh* sebab tempat nak beli barang-barang murah dah tak ada.

No comments:

Post a Comment

Tak salah nak bagi pendapat :)