University Trip: Henan


Bismillahhirrahmanirrahim.

Soalan; "Adakah kita ini musafir; dari 六号楼 (liuhaolou) ke sekolah?"
Jawapan; "Ya, musafir menuntut ilmu."

Bila mana aku ke China dengan perasaan teruja, belajar semata; sebenarnya persediaan itu belum berapa nak cukup. Perkongsian, demi perkongsian; tazkirah, usrah, wuishhh, memang awesome ah. Hati pun nak makan; "makanan luar biasa". Teruja weh teruja. Ada benda lain yang perlu ditanam dalam-dalam, biar kita dapat memaknai banyak perkara.

I was in a situation like, "Weh. Apsal kau nampak macam enjoy je belajar? Tak susah pun. Memang lah kan, belajar bahasa Mandarin je, kan? Tak susah macam benda lain. Satu subjek je. Tung laaa~"

Mencabar jugak pernyataan tersebut *emoji sengih ada setitik peluh kat dahi*. Kita doa banyak-banyak biar Allah permudahkan perjalanan kita, sepanjang musafir di jalan menuntut ilmu ni. Belajarlah apa-apa pun, semua tu merupakan proses pembelajaran sepanjang hayat. Sampailah mati nanti. Ibaratnya kita belajar Bahasa Arab tu, Bahasa Melayu tu, Bahasa Inggeris tu; mudahkah? Dengan segala nahu, balaghah, masdarnya, terus dapat A+ dalam SPM? Ya? Begitu mudah? Kalau mudah, baguslah untuk anda tapi bagi aku, ia merupakan satu perjalanan yang panjang. 

Nak katanya, bukan mudah ye kita nak belajar, walaupun belajar bahasa je. Jangan membanding beza benda-benda yang kita belajar dengan orang lain belajar. Ilmu tu berbagai-bagai. Banggalah dulu kita pernah jadi 'saintis', kita pernah jadi 'akauntan', pernah jugak jadi 'peguam syariah', pernah jugak jadi 'pakar sejarah'. Sebab Allah kata kita mampu menghadapi segala benda yang Dia bagi, jadi; dengan kata mudahnya setiap perkara yang kita lalui semua berbeza dan ada cara untuk kita hadapi. Betul? Benda yang kita belajar sekarang mungkin susah, mungkin mereka tatkala ini masih senang lagi. Mungkin akan datang, kita belajar sempoi, mereka pulak sibuk, struggle. Nampak tak? Tunggu masa je. Ukhwah fillah a'badan a'bada :) InshaAllah.



Sekilas Pandang: Bedah Henan

Henan (河南; pinyin: Hénán), ialah sebuah wilayah di China yang terletak di bahagian tengah negara. Nama Henan bermaksud "selatan Sungai Kuning" (Huang He).

Dengan jumlah penduduk menghampiri 100 juta orang, Henan ialah wilayah China yang paling ramai penduduknya. Henan bersempadan dengan Hebei di utara, Shandong di timur laut, Anhui di tenggara, Hubei di selatan, Shaanxi di barat, dan Shanxi di barat laut.

Henan juga kerap dipanggil Zhongyuan ( 中原 zhōngyuán) atau Zhongzhou ( 中州 zhōngzhōu), yang bermaksud "dataran tengah" atau "pusat negeri"; nama ini juga digunakan untuk menyebut seluruh Dataran China Utara. Henan dianggap sebagai tempat lahir tamadun China.

Sumber: Wikipedia





Henan

Day 1:

Bangun seawal pukul 4 pagi, siap-siap, turun. Nak keluar 六号楼 (liuhaolou) pintu masih tertutup! Fuhhh debor, siap ketuk-ketuk pintu jerit "Fuwuyuan! Fuwuyuan!", 5.30 baru dibuka. Fuhhh debor, jalan ke seberang pulak dah nampak dah 老师 (laoshi), sedia menunggu. Gerak ke stesen kereta api, haaa 1st time oghang kampung macam koi naik kereta api. Keluar waktu subuh, memang sejuk! Pehhh mungkin dalam 9-10 °C. Teruja betul keluar wap dari mulut *macam cerita orang putih tu*. 

Tengok gambar senior,dekat Henan berjerebu, jadi kita tengok lah macam mana nanti. Pejam celik pejam celik, lama jugak duduk dalam kereta api. Dari pukul 7.40 pagi sampai 10.50 pagi. Mujur jugak bawak makanan dalam beg, kalau idok, mak aihhh, lapaq! Aku duk peghati lah, kelajuan paling laju kereta api ni dalam 298 km/j. Sebab macam penat semacam, ceh, separuh masa dalam kereta api tu didatangi mimpi indah :) Oh lupa, travel agent yang bawa rombongan 北外 (Beiwai) ni ialah Chinese Palace International Travel Service.

Sampai je dekat Henan, pehhh, jerebu awaaa~ Pehhh, dahsyat! Suhu pun makin tinggi dalam 22 °C. Makanan dia, alhamdulillah. Surau pun disediakan. Besar lagi :) Macam biasalah, tandas tak ada air, berbotol bertisu lah kita~ Dugaan hari pertama, ada sekumpulan batch mates tersangkut dekat lif. Fuhhh~ Setengah jam mungkin. Kesian depa, mujur semuanya okay, alhamdulillah. Perjalanan ke Shaolin Temple bermula! Ingatkan dekat, rupanya dua jam setengah perjalanan, pehhh... Di kawasan ni, sekolah kung fu memang banyak. Maka, ramailah yang kelihatan botak. Seronok tengok budak-budak berlatih kung fu, comel hehe. Sampai sana, macam biasa; bergambar dengan 老师 (laoshi). Pukul 5 petang, Kung Fu Show; pehhh, AWESOME! Memang best! Dapat tengok real depan mata tu; patahkan besi guna kepala, pisau tak lut badan lah, macam-macam. 

Pehhh, disebabkan atas kelewatan berikutan tersangkut dekat lif tu, maka jadual travel kami harini agak singkat. Kami ke Shaolin Temple kemudiannya, dah gelap. Walaupun baru pukul 6 petang tapi gelap tu macam pukul 7.45 malam gitu~ Temple tu pun dah ditutup pintu-pintu di dalamnya. Jadi, ke Pagoda Forest pun sekejap juga. Setakat kita tengok, dengar cerita asal usul pagoda tu lah. Dinner pulak; Ya Rabbi! Alhamdulillah. Rezeki Allah beri, syukur sangatlah. Hotel pun alhamdulillah. Nama hotel ni Shaolin Epo Chanwu Hotel. Memuaskan :) Gaisss, we had created lots of memories today, hope that tomorrow we will gain more :D Borak-borak, makan-makan dengan laoshi; fuhhh rasa macam budak-budak lagi pun ada. Pihak sekolah sangat menjaga kebajikan pelajar; awesome! Tomorrow will be a long day. Let's have a rest! Rabbi yassir wa la tua'ssir.



Day 2:

Usai breakfast, check out hotel terus ke Luoyang. 1 jam perjalanan, alhamdulillah selamat sampai. Kami masuk ke Caves of The West Hill; tempat bersejarah jugak. Banyak gua; dia bukan gua yang masuk dalam-dalam tu *sebab aku bayangkan masuk gua yang dalam-dalam tu*, rupanya gua itu diukir dengan patung-patung Buddha. Macam lubang; dekat dalam tu ada patung Buddha. Menceritakan banyaknya sejarah di negara China ini. Tertarik dengan satu gua ni; agak panjang guanya, sejarah menceritakan bahawa seorang perempuan yang berkuasa mengetuai pembinaan gua tersebut. Nanti kita sama-sama cari cerita tentang wanita hebat ini eh. 

Dekat situ ada sebatang sungai mengalir, berkabus *mungkin, bukan jerebu kot*, sangat cantik! Udara pun sejuk; lagi-lagi waktu pagi. Pehhh, memang sejuk. Dikatakan ada dua hotel 5 bintang dekat situ, khas untuk pekerja kerajaan sahaja. Wuishhh, dalam kepala aku, "Emangnya kerja kerajaan sini kaya ke?" Ok abaikan persoalan tu. Ramai pelancong dari Malaysia yang melancong dekat sini. Chinese, 当然 (of course) lah. Jadi, semua agak terkejut lah wujud pelajar Melayu belajar Bahasa Mandarin dekat Beijing. 

Erm, apa rasional melihat patung-patung Budhha? Selain daripada jawapannya; lawatan sekolah, sedarlah aku bahawa sebenarnya banyak tinggalan sejarah yang tak habis-habis untuk diterokai. Sejarah memang perkara yang dah lepas, tapi sayang kalau kita tidak tahu sedikit pun. Seronok! Biar pun penat berjalan. Penat yang berbaloi :) Alhamdulillah. Sedar tak sedar, 3 jam berjalan keliling gua :D

Dekat China, populasi Muslim ramai jugak sebenarnya. Jadi, nak cari restoran halal pun mudah. Alhamdulillah, Yuxiuzhai Muslim Restaurant jadi hentian seterusnya. Solat pula di salah sebuah masjid di sini. Macam biasa, disambut penuh mesra oleh mak cik-mak cik yang memang teruja lah dengan kedatangan saudara se-Islam. Malangnya, aku dengan kawan-kawan pun bukan lah fasih sangat nak bercakap. Setakat perkataan-perkataan dari bab 1 hingga bab 8 je lah :'D Nak borak pun gitu-gitu je lah. Kemudian, gerak ke Museum of Luoyang Eastern Zhou Royal Horse and Chariot Pits. Kecil aje muziumnya; cerita pasal kuda-kuda, yang pernah bawak raja naik cart tu. Sekejap aje pusing-pusing, dalam 4.20 petang dah gerak ke hotel. Check in hotel baru pulak; Joysion International

Kepala pening-pening jugak asyik makan daging, berangin terus. Bukan nak salah kan daging, heh, tapi itu dah terhidang; tak makan rugi, ceh. Pukul 6 petang, kami bergerak ke restoran berdekatan dengan hotel ni. Macam gitu lah lauknya. Kita makan aje. Ukhwah makin rapat lah, lagi-lagi dengan laoshi. Nak dijadikan cerita, sebelum bertolak ke restoran, seorang rakan kome menangis sebab sakit perut sangat. Sakit perut pun tak boleh buat main eh. Kalau kena yang cirit-birit, lagi sakit. Memang hilang mood, jalan pun tak senang. Nak cari tandas satu hal. Nak selesa guna tandas hotel je lah. Laoshi pun taobao kan makanan untuk rakan kome sorang ni dengan seorang lagi rakan kome yang meneman ha. In this case, whatever happens, cakna persekitaran, selalu support kawan, jangan selfish and bersyukurlah kerana punya teman dan guru yang sayang terhadap anda :)

Alhamdulillah sekali lagi diberi kesempatan melihat ciptaan Dia. InshaAllah esok bertambah lagi perasa cerita musafir di Henan ini.




Day 3:

Macam biasa, kami bersarapan, check out hotel dan meneruskan perjalanan ke Jiaozuo. 同学 (tongxue/class mates) ada yang muntah-muntah, sakit perut. Jadi, dapat dah gambaran sedikit sebanyak mood untuk cerita hari ini. Dari Luoyang ke Jiaozuo ambil masa dalam dua jam setengah dan aku tak dapat nak melelapkan mata sangat. Cuaca pulak macam makin sejuk je. Sampai je dekat Yuntai Mountain, semua cari 卫生间 (weishengjian/toilet). Termasuklah 老师 (laoshi/teacher). Sejuk~

Nak ke gunung tu naik bas lah. Bas yang disediakan. Dalam 15 minit baru sampai dekat atas. Lepas solat, maka bermulalah perjalanan kami. Jalan dekat gunung tu 2 km pergi, 2 km balik. Paham? Sepanjang 4 km berjalan ni, jalannya bukan landai je tau; jalan atas batu yang licin, ceiling yang rendah, tangga curam yang tinggi *penat...* Walaupun agak penat jugak, tapi sepanjang perjalanan tu ada 'nature show' tau. Air terjun yang mengalir, bunyi air terjun tu; pehhh SubhanAllah, berbaloi sangat. Air biru, segar, sejuk, ikan kecik-kecik pun boleh nampak dengan jelas dalam air tu. 

Habis je perjalanan kami dekat air terjun yang sangattttttttt segar tuh, ada taichi show dekat tengah-tengah valley dekat situ. Semangat jugak aku berlari nak tengok show tu. Laoshi was like, "Look, there is taichi show. Taichi...". Tu yang semangat tuh; kanak-kanak ribena sangattt :'D Ada seorang mak cik Chinese ni cakap; muka kami macam orang Arab ada, Sri Lanka pun ada, Fuji pun ada *gelap ke kulit ni* Sekali kami jawab Malaysia; terkejut cimpanzi jugak muka depa. Macam tak caya je kami orang Malaysia. Cehhh, emangnya muka Malaysia camana ehehehehe :'D Cuba lah sikit-sikit kita cakap bahasa Cina dengan orang sini. Bila lagi, yedok? Asyik tanya "duoshao qian?" je *sebab pergi pasar je dekat Beiwai tu*.

Lepas tu, turun ke Hongshi Valley; yang dalamnya 60 meter. Kami turun sepanjang 60 meter tu; pehhh skru kaki kena ketatkan lagi. Pak cik tour guide pulak jalan laju amat :'D Memang lawooo dekat lembah tu. MashaAllah lawo sangat! Masih ada lagi air terjun. Ya Allah, air dia memang biru betul! Dekat situ pun ada empangan. Cerita pasal air terjun je lah hari ni.

Di sebalik keseronokan tengok ciptaan Tuhan ni, ada 同学 (tongxue/class mates) yang sakit. Muntah-muntah, sakit perut, tak ada selera makan. فصبر جميل  يا اصدقاء. شفاكن الله



Day 4:

Aku ingatkan dekat jarak antara Kaifeng dengan Jiaozuo, rupanya 4 jam dalam bas. Wuhhh 4 jam! Sejam je lah terlelap. Sampai dalam lebih kurang pukul 12 tengah hari. Trip hari ini dimulakan dengan melawat Kaifeng Fu (Kerajaan Kaifeng). Ibaratnya aku masuk istana lah. Tiket harga 30 元. Dikatakan kerajaan itu wujud pada era Dinasti Tsung. Di situ, diceritakanlah macam mana kerajaan era Dinasti Tsung itu punya karya yang banyak, kesusasteraan yang hebat malangnya kerajaan itu tidak punya ketenteraan yang kuat berikutan pentadbir ketika itu tidak berapa bijak; cerita tour guide tu lah. 

Sambungan cerita; rakyat China ketika itu jika mahu naik pangkat, kekayaan dan macam-macam lah, perlulah mengambil peperiksaan selama 3 hari. Tanpa berhubung dengan orang luar. Soalan exam depa; cipta puisi sendiri, kena tahu dokumen-dokumen pasal negara dsb. Yang paling penting, mestilah benda yang baik-baik pasal kerajaan. Kalau tak, dipancung! Oleh itu, menurut tour guide tu, kebanyakannya yang dijawab oleh calon-calon fake semata. Ye la, takkan nak kutuk kerajaan, senang-senang mati kena pancung. Menarik sejarah negara China ni, sangat menarik!

Kebetulan, stesen TV; CCTV tengah buat rakaman. Jadi, depa pun duk rakam kami. Di suatu tempat, pejabat mungkin; ada 3 tempat pancung yang berbeza patung haiwannya melambangkan darjat seseorang. Ada anjing, harimau dan naga. Di situ, tempat tu dikunci tau, maksud aku macam, "Don't cross the line." Gitewww~ Tiba-tiba, datang pak cik yang jaga tempat tu, buka kunci. Lepas tu dia bagi kami masuk. Maksud aku, 马来西亚人 (Malaixiya ren/Malaysian people) sahaja yang boleh masuk, sebab CCTV nak rakam. Pehhh macam retis kawsss orang tangkap-tangkap gambar. Cehhhh over. Disebabkan masa terhad, hanya sejam saja lawatan kami di sana, kami pun beransur untuk lunch.

Nak ke shenme shenme shenme *aku tak ingat nama tempat*; yang pasti taman lah, agak lama jugak. Terrible traffic jammed weh, lama duduk dalam bas harini. Waktu petang makin singkat, dalam pukul 5 pun dah gelap. Jadi, terhad jugak trip harini. Cuaca harini katanya sejuk, tapi kita hanya mampu merancang. Sekadar ramalan. Takdirnya, harini agak panas :')

Jalan-jalan harini, banyak benda yang duk terpikir. Banyaknya kepercayaan dan sejarah di negara Tembok Besar ni. Punya cara dan adaptasi berbeza dalam amalan seharian, dengan agama yang berbeza juga. Katanya, di sini mengamalkan kebebasan beragama juga tapi kenapa bisa aku menidakkan pernyataan itu? Sampai ada yang tegur, "Why so serious?". Okay, I step back.

InshaAllah esok hari terakhir kami di Henan. Destinasi esok, InshaAllah di Sungai Kuning dan esok jugalah kami berangkat pulang ke Beijing. Lusa sekolah dah :) Wuihhh...




Day 5:

Pukul 6 pagi dah turun untuk bersarapan. 7.30 pagi gerak ke destinasi seterusnya; Sungai Kuning. Dua jam perjalanan, alhamdulillah selamat sampai. Hari ni sejuk amat! Suhu hari ini 12°C, ditambah pulak dengan hujan renyai-renyai; pehhhhhhhh sejuk angattt~ Sejuk tuh memang berlapis-lapis jugak pakai baju nih. Kemudian, nak turun ke Sungai Kuning bukan boleh jalan kaki je eh, naik hovercraft kawsss~ Kami dibawa sehingga ke daratan, di tengah Sungai Kuning. Kami diberi masa 10 minit saja untuk bergambar; atas faktor kesihatan dan keselamatan. Jadi, sekejap sajalah kami di atas air tu. Tak sampai setengah jam.

Bedah Sungai Kuning: Sungai ini merupakan sebatang sungai yang kaya dengan sejarah. Apa ceritanya? Di tepi-tepi sungai ini, dekat tebing tu terdapat tinggalan sejarah, dari dinasti-dinasti sebelum ni. Dalam sungai ini ialah 7 meter. Lebar sungai tak pasti. Yang pasti, lebar jugak. Dekat tengah-tengah sungai ada jambatan; The Great Bridge, yang menghubungkan dua tempat, sepanjang 8 km.

Selesai berurusan dengan air, kita jejak tanah pulak. Dekat belakang kawasan sungai tu ada gunung, yang terdapat ukiran patung wajah dua orang yang dikatakan perintis budaya di China. Nanti sama-sama kita bedah; siapakah dua orang manusia ini? Besar ukiran tu sebab atas gunung; engko bayangkan yang dalam cerita Naruto, yang Hokage tu diukir besor-besor kat gunung tu. Kemudian, gerak ke restoran, seterusnya ke terminal kereta api laju. Begitulah kesudahan trip di Henan. 再见 (zai jian/good bye), Henan

Comments

Popular posts from this blog

Cara Bayar Bil Elektrik dan Bil Air Online: myTNB, PahangGo

Cara Mati Setem di LHDN UTC

Cara Bayar Bil Telefon Rumah Online