COVID-19: Online Class, Buat Thesis Dekat Rumah?


Assalamualaikum WBT

Hari ini 31 Mac 2020, sudah tiga bulan kita mengharungi tahun 2020 yang penuh dengan cabaran, bukan hanya kepada seorang dua malah seluruh manusia di atas muka bumi ini. Alhamdulillah, masih bernafas dan banyak kewajipan yang perlu kita buat.

COVID-19

Di sana, di sini banyak kita dapat baca tentang info, statistik, perkembangan COVID-19 di seluruh dunia. Jadi, virus yang tidak diundang ini, datang dan menyerang. Maka, pada awal episod virus ini muncul, ramai juga yang menuding jari, yang berlepas diri, yang duduk di bawah tempurung sendiri dan akhirnya virus ini menjadi pandemik, tiada siapa yang terkecuali.

Maka, kita sebagai seorang hamba Tuhan, seorang rakyat, seorang yang hidup di dalam komuniti masyarakat yang pelbagai, seorang anak, seorang pelajar; kita wajib memberi kerjasama dan saling cakna serta empati. Ujian ini mengajar kita untuk pupuk erti kesabaran, erti kerjasama, erti empati, erti kebergantungan kepada Allah. 我们一起加油吧!

KELAS ONLINE (ATAS TALIAN)

Pada awal berlakunya kejadian ini, dalam hati, "Betul ke ni nak balik Beijing bulan 3 nanti? Bahaya ni." Tiba-tiba, dapat tahu bahawa kami akan kelas secara atas talian di rumah saja. Ada beberapa pelajar yang pada awalnya tidak pulang ke Malaysia, pulang ke Malaysia. Arahan sudah dikeluarkan, maka kami akur sahaja. Sekiranya ingkar (pulang ke Beijing), boleh dikenakan tindakan tatatertib yang berat. Jangan cari pasal!

Kami mulakan kelas pada 2 Mac 2020, genap sebulan kami kelas secara atas talian. Banyak cabarannya, kita kena melabur beli data yang tidak murah, kalau duduk di kawasan yang tidak dapat coverage yang bagus terpaksa keluar mencari cyber cafe (CC) ya! Kadang-kadang, line tak berapa okay, suara pensyarah tersekat-sekat. Kadang-kadang, line memang tak dapat terus! Hilang! Nak cari radar pun tak lepas apatah lagi nak masuk! Ha, memang mencabar. Dugaan-dugaan ini tidak akan melemahkan jiwa-jiwa yang dahagakan ilmu, semoga diberikan pahala yang besar kawan-kawan.

Assignment (kerja sekolah) juga hantar secara atas talian, tangkap gambar muka surat atau tulis semula di Microsoft Words, hantar dalam group WeChat. Apa-apa urusan memang secara atas talianlah mudah katanya. 

TIPS TESIS 

Saya nak kongsikan tips yang boleh kita ambil untuk sebarang perkara yang tidak diduga akan berlaku kelak. Untuk buat tesis, kita akan banyak cari maklumat di 中国知网。Laman web ini sangatlah mantap dan sangat membantu! Di sini kita akan jumpa banyak maklumat sama ada berkaitan atau ada sipi-sipi kaitannya dengan tesis. Jadi, apa yang perlu kita buat?

Okay dah naik final year, ada dua sem terakhir sebelum kita meninggalkan bumi Tembok Besar yang memberi makna bagi jiwa-jiwa yang menghargai. Jangan kamu fikir naik final year banyak masa berbanding 3rd year. Sama sahaja ya. 

Pada semester pertama, ada subjek 写作论文, batch kami 杨旭老师 yang ajar kami subjek ini. Bagi sesiapa yang dah ada idea untuk tajuk tesis, bagus. Yang belum ada, boleh survey, fikir-fikirkan dahulu, sebab dalam subjek ini 老师 akan bantu elaborate tajuk kita dan kita pun akan memaksa diri kita mengerah idea dan mencari-mencari maklumat untuk tajuk tesis. 

Subjek ini akan ajar kita untuk buat tesis, setiap kali kelas kena bersungguh-sungguh ya. Kita akan diajar dari STEP 1 sampailah STEP 3. Kemudian, pada hujung semester kita akan dapat 指导老师。Jadi, dalam seminggu dua sebelum semester 1 habis, sempatlah kita berbincang dengan 指导老师, pastikan kita tahu apa idea, apa tujuan, kenapa nak buat, bagaimana nak buat, siapa responden dll --- satu bonus kalau dah nampak hala tuju! Kalau tidak tahu, terus tanya dan bincang dengan 指导老师。Jangan risau, sebab kalau tak sempat jumpa 老师 sebelum balik, boleh bincang atas talian.



MACAM MANA CARI TAJUK TESIS?

Sedikit tips: cuba lihat sekeliling, cari satu perkara sama ada kita berminat atau sudah muncul permasalahan atau perkara yang kita boleh explore. Kalau buntu sangat, Google terus. Saya pun dapat idea dengan Google, tulis saja apa-apa berkaitan dengan tesis. Jadi di situ, akan ada idea tercipta. Try consult dengan kawan-kawan, cikgu, parents

--- cuti semester musim sejuk ---

Macam saya, sempat lagi ke Turki dan Sepanyol ya lebih kurang dua minggu, maka tidaklah terfikir tentang tesis. Yang penting, bagitahu dekat 老师 kita punya plan, "Saya pergi melancong, bermula 31 Januari, saya akan buat 调查." Okay! Communication is the key. Kalau tak nanti mungkin akan timbul expectation yang tidak menyenangkan.



PENTING


Sebelum bermulanya cuti musim sejuk, sebelum keluar dari Beijing, saya terus download bahan tesis saya di 中国知网. Ini sangat penting ya. MUAT TURUN SIAP-SIAP BAHAN TESIS SEBELUM BALIK MALAYSIA! Hal ini kerana, untuk buka cnki.net di Malaysia sangatlah lambat! Jadi, sebelum kita rasa nak marah, berputus asa maka terus muat turun segala bahan, tidak kisahlah berkaitan atau sipi-sipi atau tiada kaitan, semua ini berguna ya. Untuk yang sudah tetap tajuk tesis, tiada perubahan, langkah ini sangat membantu. Kita tak tahu kelak akan terjadi perkara apa, jadi ikut saja langkah ini.

Pada STEP 2 (kelas 写作论文), untuk siapkan STEP 2 kita wajib mencari bahan. Jadi, pada waktu ini saya terus cari segala bahan yang berkaitan dengan tesis saya. Saya muat turun lebih kurang 11 tesis PhD, 21 jurnal dari 中国知网. Yang paling gigih, pergi 办公室 307, buka semua tesis, mata kita waktu tu laju macam mesin imbas, imbas semua kata kunci sampai tesis tahun 1999 pun dibuka. Memang waktu ni rasa macam nak putus nyawa tapi chillex! Masih lagi boleh main salji, pergi makan malatang, main badminton dekat gym, pergi usrah. No hal lah! 

Jadi, bila dah jadi perkara yang di luar kawalan, kita tak boleh nak salahkan siapa-siapa, cuma akan jeng pale otok! Jadi, bila dah balik Malaysia, dengan cnki.net yang kadang laju kadang lambat, sangatlah membantu bila dah muat turun kebanyakan bahan di Beijing dulu.


TIPS TAMBAHAN

Dekat telefon bimbit canggih kita, komputer riba kita, boleh muat turun aplikasi CAJ云阅读。Kita boleh scroll tesis, jurnal dalam fon. Sambil-sambil dengar Spotify, sambil scroll

Banyakkan berdoa agar semua urusan kita dipermudahkan dan dilapangkan dada untuk perkara yang menjadi rahsia pada masa akan datang. Semoga bermanfaat!


Comments

Popular posts from this blog

Cara Bayar Bil Elektrik dan Bil Air Online: myTNB, PahangGo

Cara Mati Setem di LHDN UTC

Cara Bayar Bil Telefon Rumah Online