Persiapan Sebelum ke Beijing



Assalamualaikum WBT.

   Terdetik dalam hati saya untuk menulis serba sedikit pengalaman dan perasaan yang bercampur-baur, perasaaan yang susah untuk digambarkanlah, eceh, perasaan yang menggoncang jiwa, woah kemain, perasaan-perasaan sebelum terbang jauh ke Beijing untuk melanjutkan pelajaran.

   Cerita saya biasa-biasa saja, kita boleh dapati banyak lagi cerita-cerita hebat dan padu daripada seniors lain yang telah melalui banyak jalan kehidupan yang membentuk diri mereka sekarang lantas menjadi manusia hebat!

   Okay, sebelum terbang ke Beijing mesti ada persediaan dahulu. Tak bolehlah pergi saja-saja. Barangan penting untuk saya ke luar negara untuk pertama kalinya agak banyak, lagi-lagi namanya barangan penting.


AL-QURAN, TELEKUNG & SEJADAH

Ini penting ya, kalau terlupa susah pula nak pos jauh dari Malaysia. 

MAKANAN

Antara contoh jenis makanan yang pelajar selalu bawa ialah:
  1. Kicap
  2. Sos cili, sos tomato, sos thai, sos lada hitam
  3. Rempah 3 sekawan
  4. Asam keping
  5. Daun kunyit, daun pandan dan kawan-kawan daun yang lain
  6. Sardin
  7. Mi segera
  8. Santan paket
  9. Serbuk malt bercoklat: Vico 
  10. Belacan
  11. Budu
  12. Susu pekat (selalu bawa dari Malaysia sebab dekat Beijing mahal nau)
  13. Serbuk kari, kurma, sup, kunyit
  14. Sup bunjut
  15. Pes tomyam
  16. Kiub ayam, kiub ikan bilis
  17. Bihun
  18. Biskut (biskut dekat Beijing tak kena selera huhu)
  19. Ikan bilis
  20. Serai
  21. Minuman 3 in 1
  22. Lengkuas
  23. Cili kering
  24. Gula merah
  25. Tepung bestari (nak buat masakan celup tepung hehe) 
Kemain kau ha, serius ini baru basic! Ceh, ada je rasanya tambahan lain ha contoh macam sos spageti, keropok lekor, makanan frozen ha ambik tapi bawak sekali ni je ha macam gempak, macam banyak tapi lama-lama pandailah nak bajet hidup satu semester (4 bulan).

PAKAIAN

Syarat paling penting, pakaian yang menutup aurat. InshaAllah, tak kisahlah nak bawa blouse, kemeja, baju kurung, baju melayu, baju batik, jubah asalkan menutup aurat. Baju rasmi macam baju melayu atau baju kurung, kasut hitam tu bawa juga in case kalau ada majlis rasmi di Kedutaan Malaysia, kena pakai pakaian rasmi.

Baju tidur, baju t-shirt, baju-baju lain pun ada juga bawa tapi tak lah banyak memandangkan kita pun basuh baju.

Kasut pula bawalah kasut yang selesa untuk dipakai bagi menghadiri kelas. Tak kisahlah sandal ke, sneakers ke, sport shoes ke, boleh sajalah mana-mana jenis kasut pun. Asal jangan pakai selipar pergi kelas sudah. Selipar boleh la nak bawa, kot sampai-sampai dekat Beijing, nak jalan-jalan dalam asrama nak pakai apa yedok?

UBAT-UBATAN

Ubat-ubatan sangatlah penting ya. Tahun 2015, bulan September mendaftar, sampai saja di Beijing angin dia sejuk-sejuk menerpa pipi, fuh! Tiba-tiba saja tekak sakit, seminggu juga macam tu, minum air banyak-banyak tapi kena juga menanggung sakit ewah! Masuk musim sejuk, hasudah! Demam terkejut ha, suhu naik, kepala berat, pening maka terlantarlah di atas katil. Mujur ada bawa ubatan dari Malaysia.

  1. Coolfever
  2. Panadol
  3. Ubat gastrik
  4. Minyak angin, balm
  5. Ubat selesema
  6. Lozenge 
  7. Minyak gamat
  8. Lip balm
Inilah beberapa ubat yang saya bawa setiap kali ke Beijing. Semester lepas, saya tiba-tiba diserang demam panas. Disebabkan demam saya tak kebah selama dua hari, akak-akak housemates yang tersayang suruh saya pergi hospital. Keputusannya, untuk demam panas waktu tu suhu 39.7 C, saya terpaksa bayar kos perubatan sebanyak 450 yuan. Wuih mahal berganda kalau nak banding dengan kos klinik swasta dekat Malaysia. Fuh, sayangilah badan anda, kesihatan anda ya.

Jadi, yang terbaik ialah sebelum terbang belajar jauh ke negara orang, buatlah pemeriksaan kesihatan di klinik kesihatan berhampiran. Murah pun satu kelebihan. Lagi-lagi pemeriksaan gigi. Kalau di Beijing, sampai beratus, beribu cajnya.

GAJET

Kalau tanya, nak beli telefon bimbit atau laptop, beli dekat mana lagi okay? Mana lagi murah? Mana senang? Mana lagi elok? Ha jawapan saya: mana-mana harganya lebih kurang sama. Cumanya kalau contoh telefon bimbit jenama Xiaomi, Huawei, Vivo, Oppo, Lenovo dan jenama-jenama Cina yang lain, mungkin akan ada perbezaan harga sedikit antara harga di tanah besar Cina dan di negara kita.

Walau bagaimanapun, sistem dalaman mungkin berbeza sikit. Mungkin tak support sistem luar, tapi ada yang pernah beli dan review ada bagus, ada kata kurang bagus.

Laptop pula, kalau tanya saya, saya prefer beli di Malaysia walaupun ianya Made in China melainkan kalau nak beli Macbook, ya sistemnya mungkin sama saja seluruh negara jadi Macbook beli di China atau mana-mana mungkin okay saja.

KAMUS 

Nak bawa kamus dari Malaysia pun boleh, kamus bestari ke, kamus dwibahasa ke, terpulanglah mana-mana kamus, boleh saja nak bawa. Tak wajib bawa, sebab dulu pun saya tak bawa kamus.

Kebanyakannya, guna kamus dalam telefon bimbit. Antara kamus yang memang selalu diguna pakai oleh pelajar ialah Pleco, Train Chinese, Baidu Hanyu.

APPS

Ada beberapa apps yang perlu download siap-siap dalam telefon sebelum terbang. 

VPN

Antaranya ialah apps VPN, selalunya saya guna Psiphon. Ada lagi beberapa VPN lain yang digunapakai pelajar seperti Betternet, Hexatech, VPN Robot dan lain-lain. VPN ni digunakan untuk akses beberapa apps yang diharamkan penggunaannya di China seperti Facebook, Twitter, WhatsApp, Instagram, Google.

Muslim Pro, Quran Majeed, Mathurat

Penting juga nak tahu waktu solat (mazhab Hanbali), arah kiblat.


Wuh, mengimbau kenangan lalu memang menggamit memori betul. Jadi, inilah dia serba sedikit persiapan daripada segi barangan untuk terbang jauh ke Beijing. 




Yang paling penting, persiapan mental. InshaAllah, niatkan yang baik-baik saja, InshaAllah Allah mudahkan urusan kita. Allah memang bersama kita, jangan terlampau takut atau apa-apa sebab memang Allah akan tolong kita dengan menghadirkan bermacam-macam jenis pertolongan tanpa kita sangka-sangka, InshaAllah.




Comments

Popular posts from this blog

Buat Apa Selepas SPM?

Kau Belajar dekat China?

Cara Daftar Maybank2u