3) Tips Belajar Bahasa Cina

 Tip 2: Buku yang Sesuai untuk Pemula (Beginner)


2.1 Free online course

Anda boleh cari free course di Google, terdapat banyak platform yang anda boleh sertai untuk belajar bahasa Cina secara percuma di atas talian.

2.2 Buku Teks & Latihan

Selain itu, anda juga boleh dapatkan buku teks atau buku latihan terbaik untuk menguasai bahasa Cina. Terdapat banyak buku bahasa Cina untuk pemula yang sesuai untuk yang pertama kali ingin belajar bahasa Cina. 
Antara penerbitan yang telah mengeluarkan buku rujukan untuk belajar bahasa Cina ialah Penerbitan UiTM, UMP, UniKL dan banyak lagi. Buku-buku ini anda boleh dapatkan dengan mudah di Shopee. Terdapat banyak jenis dan jilid, jadi anda boleh memilih yang terbaik sebagai permulaan.
Di samping itu, jika anda ingin menguasai bahasa Cina mengikut silabus antarabangsa HSK, anda boleh terus beli buku teks dan buku latihan HSK 1 di Shopee. 

2.2.1 Jom kita kenali HSK

HSK ialah singkatan daripada Hanyu Shuiping Kaoshi dan merupakan ujian kemahiran standard antarabangsa untuk bukan penutur jati bahasa Cina. HSK ialah peperiksaan bahasa Cina rasmi untuk warga asing, sama seperti Cambridge untuk bahasa Inggeris. 
HSK diperkenalkan pada 2010 oleh kerajaan China. Peperiksaan HSK terdiri daripada dua bahagian berasingan: peperiksaan bertulis dan lisan. 
Universiti di China memerlukan pensijilan HSK untuk membolehkan pelajar antarabangsa mempelajari program yang diajar bahasa Cina. Sesetengah syarikat juga menjadikan HSK sebagai keperluan untuk mengupah bakat antarabangsa untuk bekerja di pejabat China mereka.

- HSK Tahap 1, anda akan menguasai 150 Karakter Cina
- HSK Tahap 2, anda akan menguasai 300 Karakter Cina
- HSK Tahap 3, anda akan menguasai 600 Karakter Cina
- HSK Tahap 4, anda akan menguasai 1200 Karakter Cina
- HSK Tahap 5, anda akan menguasai 2500 Karakter Cina
- HSK Tahap 6, anda akan menguasai 5000 Karakter Cina
Untuk pertama kali belajar bahasa Cina akan mula belajar daripada silibus HSK 1. Objektif HSK 1 adalah pelajar boleh memahami dan menggunakan beberapa perkataan dan ayat bahasa Cina yang mudah untuk memenuhi keperluan komunikasi tertentu, dengan keupayaan untuk mempelajari bahasa Cina dengan lebih lanjut.

Senang cerita, jika anda melepasi HSK 1, barulah anda boleh meneruskan pembelajaran HSK 2 dan seterusnya. 

Jika anda berminat untuk belajar bahasa Cina dengan lebih serius dan ingin menilai pencapaian kendiri bahasa Cina anda, anda boleh mula mencari guru dan buku teks dan latihan HSK 1.

2.3 Kesimpulan

Jadi, terpulang kepada anda mahu menggunakan buku penerbitan tempatan atau antarabangsa untuk mempelajari bahasa Cina. Sekiranya anda berguru, pastinya guru anda akan mengesyorkan buku rujukan atau modul terbaik untuk pembelajaran anda.


Comments

Popular posts from this blog

Cara Bayar Bil Elektrik dan Bil Air Online: myTNB, PahangGo

Cara Mati Setem di LHDN UTC

Cara Bayar Bil Telefon Rumah Online