Cara Pos Barang Dari Rumah Menggunakan Easy Parcel

Assalamualaikum WBT

Hari ini saya nak kongsikan dengan anda cara menggunakan Easy Parcel. Kenapa perlu guna Easy Parcel? Bagi peniaga online, cara ini sangat mudah! Kita tidak perlu pergi ke pejabat pos membawa barangan kita yang banyak itu, hanya dengan sistem atas talian, courier akan datang ke rumah dan mengambil barang kita.

Caranya begini:

1. Daftar akaun Easy Parcel, percuma saja!

2. Klik "Top up". Top up kredit akaun kita, paling sikit RM 20. Top up via Maybank2u ke CIMB Clicks ke atau mana-mana akaun bank kita.

3. Untuk menghantar parcel, tengok belah kiri, klik "Send Parcel". Kemudian, klik "Single Parcel" (kalau nak hantar satu). Tengok gambar dekat bawah ni.

4. Kemudian, masukkan poskod pelanggan. Kemudian, isi maklumat pelanggan ya. Mudah! Yang penting, kena tahu berat barang yang ingin dipos tu, sebab harga berdasarkan berat barang. Makin banyak kita top up, 1 kg boleh jatuh harga RM 5. 


BUNGKUS BARANG

Okay, macam mana kita nak bungkus parcel kita? Saya beli flyers saiz L di Shopee, ada yang murah! Saya beli yang plastik warna hitam. Boleh juga guna flyers Pos Laju, tak ada masalah. Senang sebab dah ada plastik consignment note. Kalau plastik hitam yang saya beli kena buat sendiri ruang consignment note dekat luar flyers, kalau rasa malas nak buat, boleh beli juga consignment note plastic dekat Shopee. 

Kertas A4, nanti gunting dekat tengah.

Mesti kena buat ruang consignment note tu untuk kita letak kertas AWB. AWB ni kita kena print A4, kemudian gunting separuh. Kemudian, letak dua-dua kertas yang kita potong tu dalam ruang consignment note. Kenapa ada 2? Sebab separuh untuk simpanan courier, satu untuk pelanggan.

Ada banyak courier yang ditawarkan seperti Poslaju, Nationwide, Skynet dan banyak lagi. Lepas kita dah perkemas parcel kita, tunggu saja courier datang untuk pick up parcel. 

Selamat mencuba!

Comments

Popular posts from this blog

Cara Bayar Bil Elektrik dan Bil Air Online: myTNB, PahangGo

Cara Mati Setem di LHDN UTC

Cara Bayar Bil Telefon Rumah Online