#TurkiAndalus: Cordoba

Perjalanan dari Stesen Bas Granada ke Stesen Bas Cordoba mengambil masa selama tiga jam. Selepas Google jalan ke apartment kami, naik bas terus ke sana. Awal kami sampai! Pukul 11:30 pagi, tuan rumah hanya membenarkan kami check-in pada pukul 3 petang.

Mujur, Alhamdulillah sederet dengan apartment kami ada sebuah restoran halal. Yang terkejutnya, makanan di situ murah! Murah banyak dari Granada dan Barcelona, apa lagi! Perut yang lapar minta diiisi. Maka, duduklah kami di restoran itu sehingga pukul 3 petang.Nak masuk dalam bangunan rumah ini, nak kata majunya sekarang, guna APP sahaja tau. Download link yang tuan rumah bagi, kemudian tekan OPEN, kemudian tadaaa! Dah buka dah pintunya. 

Awalnya kami stuck dekat depan pintu apartment sebab tak tahu cara nak buka. Lepas setengah jam duk cuba nak buka tak lepas-lepas, siap hantar mesej bertalu-talu dekat tuan rumah, saya pun buka semula arahan untuk buka pintu rumah.

"You must push the door hard while you hear the opening sound."

Ya Allah, ku fikirkan tolak dengan biasa-biasa saja. Sekali, memang push yang macam nak pecah masuk rumah tu, Allahuuu. Apa-apa pun rumah ini terbaik!
Hari ini kami berehat saja di rumah, esok baru meneroka Cordoba.



MEZQUITA CATHEDRAL

Destinasi pertama kami hari ini ialah Masjid Cathedral Cordoba. Sekarang bangunan ini menjadi gereja dan gereja ini masih hidup. Hanya ada satu bahagian tinggalan sejarah Islam, itupun di bahagian paling hujung, bahagian pertama kiblat di dalam bangunan itu. 
Dalam bangunan itu memang terdapat banyak patung-patung, iya lah, nama pun gereja,  besar pula tu. Rasa semacam, terasa suram di dalam tu. Kemudian, kami berjalan sekitar Jewish Quarter of Cordoba, jalan yang kiri kanan ada kedai-kedai. Dekat saja dengan kawasan Masjid Cathedral tadi.

Kemudian, kami berjalan lagi ke Roman Bridge. Jambatannya panjang, lebar. Ramai orang bergambar di situ. Usai berjalan, kami pun pulang ke apartment semula untuk makan tengah hari dan berehat.

Di Cordoba, kami tidak menaiki pengangkutan awam sebab kawasan tumpuan pelancongan kira-kira 1km saja dari rumah kami. Jadi, kami hanya berjalan kaki sahaja ke sana.

Yang saya perasan, walaupun hari ini hari Isnin, kedai-kedai banyak yang tak buka. Restoran kebanyakan buka pada pukul 12 tengah hari. Lambat sedikit gaya hidup mereka di sini. 

Semalam, hari Ahad, ramai sangat penduduk tempatan sedang beriadah, ada yang berlari bersama anak-anak, ada yang berbasikal bersama keluarga, ada yang bersiar-siar dengan anjing masing-masing. Family bonding time gituh.

Hari ini hari Isnin, hari kerja tapi terasa sunyi sekali kawasan di sini. Kedai-kedai tak buka sangat, kalau buka awal, tutup awal. Kalau buka lambat pun, tutup awal.

Wah! 

Sedar tak sedar, esok ialah hari kami terakhir di Sepanyol. 

Comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Post a Comment

Ya, saya?

Popular posts from this blog

Cara Bayar Bil Elektrik dan Bil Air Online: myTNB, PahangGo

Cara Mati Setem di LHDN UTC

Cara Bayar Bil Telefon Rumah Online