#TurkiAndalus: Goreme Open Air Museum

Alhamdulillah, perjalanan yang panjang akhirnya menuju ke destinasi kami iaitu Goreme, Cappadocia. Yang menariknya bas kami ini, ada assistant yang ala-ala pramugara serve teh/kopi untuk sarapan pagi. Feh! Lain macam.

Yang menyebabkan kami keliru, sewaktu bas sampai di Nevsehir Otogar, tinggal kami berempat untuk turun di Goreme. Mula-mula, drebar bas minta kami tunggu, tiba-tiba ada seorang pak cik, Osman namanya, naik bas kata bas yang kami naik ada masalah, dia boleh hantarkan sampai Goreme. Kami dah rasa tak sedap hati tapi assistant bas pun siap turun bawah keluarkan beg kami, kami pun turun dan ikut saja Pak Cik Osman.

Kami pun dibawa masuk ke dalam otogar, seterusnya dibawa masuk ke pejabat syarikat pelancongannya. Setelah nego harga dengan Pak Cik Osman, kami pun setuju untuk mendapatkan khidmatnya. Walau bagaimanapun, kami tidak punya kesempatan untuk menaiki belon udara panas dek angin kencang. Harga yang ditawarkan oleh Pak Cik Osman untuk pakej belon udara panas ialah 140EU.

MUSKARA TOURISM & TRAVEL AGENCY
1. Green Tour = 30EU
2. Airport shuttle = 40TL

Kemudian, Pak Cik Osman membawa kami sehingga depan pintu The Dorm Cave by Travelers, Goreme. Awalnya kami dengar kami perlu bayar caj penghantaran menggunakan keretanya tapi akhirnya tidak perlu bayar.

Oh ya! Sewaktu naik kereta yang dipandu Pak Cik Osman, terasa berdebar semacam! Mana taknya, jalan kecil berselekoh tajam, ditekan minyak sampai 100km/h. Fuh! Perasan juga dekat Istanbul pun kereta, bas, van dipandu laju. Seriau! Malah, pejalan kaki pun selamba saja lintas jalan. 

Rezeki kami dapat check-in awal, kami tiba pada pukul 11 pagi, kemudian pekerja memberitahu bilik kami sudah siap untuk dimasuki. Dalam pukul 12 tengah hari, kami bercadang ke Goreme Open Air Museum. Jarak dari tempat kami adalah dalam 1.9 km. Sepanjang jarak itu kami berjalan kaki sahaja. Tiket masuk pula berharga 54L.

Macam biasa, Google dahulu untuk baca sejarah mengenai tempat ini. Terdapat banyak Open Air Museum, namun kami pergi yang paling dekat, Goreme Open Air Museum. Tempat ini merupakan sebuah tapak gereja, yang wujud sejak beratus tahun dahulu. Untuk pembacaan lanjut, boleh klik link ini: Goreme Open Air Museum.

Usai check-in, kami makan di sebuah restoran di bandar Goreme ini, Restoran Seckin. Kemudian, beli barangan di kedai runcit dan terus pulang ke bilik. Tak tahan dah dengan angin kencang di luar. Badan pun masuk angin. Berehat pula untuk hari esok. Fuh! 

Comments

Popular posts from this blog

Cara Bayar Bil Elektrik dan Bil Air Online: myTNB, PahangGo

Cara Mati Setem di LHDN UTC

Cara Bayar Bil Telefon Rumah Online