#TurkiAndalus: Istanbul, Kami Datang!

Masjid di Heydar Aliyez Airport

Tiba-tiba saja sudah 1 Januari 2020, satu tahun yang ditunggu kereta terbangnya, eh! Alhamdulillah, akhirnya kita sudah sampai ke tarikh ini. Semalam baru sahaja menduduki kertas peperiksaan Terjemahan Cina-Melayu, fuh mencabar! Hari ini pula terus gerak ke Turki. Bangun saja pagi ini terus mengemas barang-barang. Sepanjang hari ini terasa ada perasaan yang kurang enak. Dah siap kemas barang, dah basuh baju, dah siap makan; masih lagi rasa tak keruan. 

Hah!

Check Maybank, overseas transaction tak aktif! Rasa-rasa dah aktifkan haritu, ha, tunggu apa lagi, terus aktifkan! MashaAllah nervous ana, tapi masih lagi rasa kurang sesuatu. Kemudian, Dayana ada cakap, "Awak kena call mak ayah awak sebelum bertolak ni."

Then, terus call Abah. Mak yang angkat panggilan. Lepas borak-borak, rasa lega sangat. Inilah rupanya perasaan tu. Selagi tak dengar sikit suara mak, abah; selagi tu rasa tak keruan. Selalu kita dengar restu ibu bapa, maka selagi ibu ayah kita masih bernyawa, hargai mereka setiap detik waktu. Sentiasa doakan mereka, berbakti kepada mereka. 

Alright, berbalik kepada perjalanan kami. Kami bergerak ke lapangan terbang Beijing Terminal 2 pada pukul 9 malam. Boarding dalam pukul 12 tengah malam, pukul 1:00 pagi, kapal terbang pun mula menderu laju terbang di angkasa. Perkara yang mengejutkan saya ialah flight Azerbaijan Airlines ini sangat sikit penumpangnya. Banyak sangat tempat duduk kosong sampai ada penumpang yang conquered 3 tempat duduk, berbaring seperti di atas katil yang empuk. Tiba-tiba sahaja sudah masuk ke alam mimpi. Tersedar pukul 3:49 pagi (waktu tempatan di Baku), kemudian sarapan pagi diedarkan dan dijangka mendarat pukul 5:32 pagi.

Alhamdulillah mendarat dengan selamat, maka bermulalah 4 jam transit kami di Heydar Aliyez Int Airport. Kami mencari surau untuk menunaikan solat subuh. Subhanallah! Suraunya terbuka dan sangat menarik! Cantik! Tempat wudu' pula ada di tandas berdekatan. Tandas di situ memang menyediakan tempat mengambil wudhu'. Usai solat Subuh, kami berpisah dengan Ummi — kami naik kapal terbang di Terminal 1, manakala Ummi pula di Terminal 2. 

Sekarang sudah pukul 9:05 pagi tapi masih lagi belum boarding. Phew. Tunggu punya tunggu, rupanya delayed

Boarding full and completed

Alhamdulillah. Mendarat di IST New Airport pukul 12:50 tengah hari. Alhamdulillah kali ini bagasi sampai dalam keadaan selamat. Usai saja ambil bagasi, terus keluar dan Dayana pun mula pasang kad sim. Fuh! Kad sim tidak boleh berfungsi.

Sambil-sambil itu, saya keluarkan duit dari ATM. Saya guna saja kad Maybank, yang paling penting aktifkan penggunaan untuk luar negara. Alhamdulillah dapat keluarkan duit. Kami bercadang untuk naik bas menuju ke penginapan Airbnb kami di Aksaray, Fatih. 


BAS AWAM DARI IST NEW AIRPORT KE FATIH

Untuk naik bas awam, senang saja. Turun tingkat bawah, kemudian tanya saja mana-mana pekerja di situ untuk destinasi kita. Memang ada pekerja yang boleh berbahasa Inggeris. Pada waktu itu, memang bergantung kepada informasi yang diberikan tuan rumah, beliau dah beri siap-siap info untuk ke rumahnya --- peta, alamat lengkap, gambar dan banyak lagi hints. Wifi di airport pula tak boleh nak access

Kami beli istanbulkart (6TL), kemudian topup terus banyak-banyak. Sekeping kad boleh kongsi dengan semua orang. Kemudian, kami ambil bas di station 8 (Yenikapi) di tingkat bawah airport itu. Tempat turun kami ialah Aksaray. Tambang bas kami hanya 18L seorang.

Lebih kurang 45 minit perjalanan, Alhamdulillah sampai! Apartment kami hanya 5 minit saja dari bus stop. Disebabkan ketiadaan internet, kami redah saja jalan mengikut peta yang diberikan oleh tuan rumah, ditambah dengan hujan renyai-renyai. Feh! Dengan laparnya lagi. Lepas bertanya dengan orang tempatan, Alhamdulillah jumpa apartmentnya. Usai solat, dalam pukul 4 petang kami keluar makan di restoran berdekatan. 


Kami makan di restoran UHU, order Iskender Kebab, Chicken Wings dan nasi! Perut pun sudah diisi, kami pun ke masjid berdekatan. Di sini masjid kelihatan di mana-mana saja. Tenang rasa hati ini. Kedengaran seruan azan, bertambah tenang. Dapat masuk ke masjid pun dengan perasaan tenang, tidak seperti di negara Cina, mesti sentiasa berhati-hati. 


Kami singgah sekejap di Masjid Murat Pasha Camii, kemudian datang seorang mak cik berusia dalam lingkungan 60-an, duduk di sebelah Shikin untuk mengaji. Kemudian, masuk dua orang pelajar Malaysia yang menuntut ilmu di Turki, Sarah dan seorang lagi kawannya. Sewaktu sampai di masjid, teringat dekat Kak Hana' dan Effah yang sedang belajar di Turki, sekali masuk dua orang pelajar Malaysia. Bertemu juga ya pelajar Malaysia di Turki. Selepas itu, kami terus pulang ke apartment untuk berehat. Tak sabar untuk meneroka hari esok!


RUMUSAN HARI PERTAMA:

  • Check-in Airbnb
  • Makan malam
  • Pergi Masjid Murat Pasha


✰ Perbelanjaan:

  • Istanbulkart: 6L
  • Topup kart: 94L
  • Makan malam: 89L


Comments

Popular posts from this blog

Cara Bayar Bil Elektrik dan Bil Air Online: myTNB, PahangGo

Cara Mati Setem di LHDN UTC

Cara Bayar Bil Telefon Rumah Online