#tTurkiAndalus: Istanbul, Masjid Hopping

Fatih Camii (Masjid Fatih)

Pukul 11 pagi kami check-out, kemudian terus ke destinasi pertama — Masjid Fatih (Fatih Camii). Rumah kami ke perhentian bas dalam 600 meter, kemudian naik bas satu hentian dan berhenti di perhentian Fatih. Kami terlepas perhentian bas, maka terpaksa kami jalan sejauh 1 km. Alhamdulillah bertemu dengan Ummi di sini.

Terdapat banyak sangat anjing besar yang manja-manja. Kalau dia kejar kami, memang pecut sehabis laju! Kucing juga banyak di sini, siap ada orang yang belikan makanan untuk kucing-kucing di situ. 

Di bahagian tepi masjid ini ada makam Fatih. Jika dibaca info masjid ini, Masjid Fatih dibina dengan sangat cantik dan mempunyai pelbagai kemudahan seperti perpustakaan, klinik dan sebagainya. 


Masjid Yavuz Sultan Selim

Usai berjalan di Masjid Fatih, kami ke Masjid Sultan Salim yang terletak tidak jauh dari Masjid Fatih. Kami naik bas 90 dan turun di tiga perhentian seterusnya. MashaAllah cantik sangat pemandangan daripada atas masjid ini. Reka bentuk dalaman masjid juga Subhanallah, begitu juga dengan masjid-masjid yang lain. Besar, cantik, bersih malah ramai jemaah yang hadir untuk solat jemaah.

Sekarang musim sejuk, lantai masjid sangat sejuk. Pabila masuk ke dalam masjid, memijak karpet masjid, terasa hangat. Memang benar-benar hangat, mungkin di bawah lantai ada heater. Setiap kali sujud, bau wangi! 


Masjid Eyup Sultan (Masjid Abu Ayub al-Ansari)

Kemudian, kami ke Masjid Ayub al-Ansari. Sekeliling masjid ini ada kedai-kedai, restoran, ATM, kiosk aiskrim turki, malah kiosk yang menjual jagung bakar serta buah berangan bakar juga menjual dengan harga yang murah sedikit berbanding kawasan Sultanahmet. Alang-alang ada SALE (Indirim), Shikin berjaya menangkap sehelai baju. Cantik benar blouse, dress yang dijual di Turki ini ya. Murah pun murah!

Ramai sangat orang di dalam kawasan masjid, lagi-lagi di Makam Ayub al-Ansari. Ramai yang membaca Yasin, berdoa. Hujan renyai turun, kami mengambil keputusan untuk ke Grand Bazar. 

Oh, kad bas kami hampir kehabisan duit, jadi kami topup di kedai runcit yang ada. Jenuh juga mencari, berpusing-pusing di situ untuk mencari kedai. Tak semua kedai boleh topupkan kad istanbulkart tu. 


Grand Bazar

Sampai saja di Grand Bazar, kami tergamam! Grand Bazar ditutup pada hari Ahad. TUTUP! Maka, kami membeli belah di kawasan luar Grand Bazar itu sahaja. Jam sudah menunjukkan pukul 5:30 petang. Banyak kedai yang sudah tutup. Mujur saja ada sebuah kedai buku yang menjual penanda buku cantik masih belum tutup. Mujur juga ada sebuah kedai sejadah di situ juga masih dibuka. Ketika orang kedai mula angkat sejadah untuk disimpan, Dayana sempat menahan.

"Wait!"

Maka, membelilah kami sejadah turki yang gebu-gebas dan cantik itu! Cantik sangat! 


Comments

Popular posts from this blog

Cara Bayar Bil Elektrik dan Bil Air Online: myTNB, PahangGo

Cara Mati Setem di LHDN UTC

Cara Bayar Bil Telefon Rumah Online